Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Sunday, January 26, 2014

Allah!

bismiLLAH
a
angin menuip debu-debu yang bersarang di bl0g ini

m0ga masih ada ruang tuk menulis lagi..

ALLAH

seringkali kita mengharapkan sesuatu dengan segera
tetapi masih belum diizinkan untuk memilikinya

mungkin kerana Dia tahu, kita masih belum bersedia
tuk menghadapinya.

seringkali yang sakit itu mengharapkan agar dirinya sembuh segera
agar hilang derita segala yang dirasa
namun nikmat sihat masih belum kunjung tiba

mengapa?

kerana Dia tahu,
orang yang diuji itu masih belum bersedia
tuk mengekalkan keyakinannya pada Yang Esa
setelah sihat itu kembali padanya.


****************



saat dada rasa sesak dengan ujian dunia

maka tiada apa lagi yang lebih memberi ketenangan

melainkan

dengan memanjangkan sujud kepada Tuhan.


**************

sungguh,

setiap derita itu rahmat

setiap kesakitan itu berkat

setiap dugaan itu mengenal makrifat

setiap kekecewaan itu ada hikmah tersurat

hanya dengan iman dan amal

kan memb0ngkar segala yang tersirat


matangkan minda.
matangkan jiwa.

buka sanubari seluas-luasnya
dan CARI
bahawa Tuhan itu ADA

:)

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com