Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Monday, September 23, 2013

Dia lagi besar!

bismiLLAH..

fuhh fuh *tiup habuk*

mata masih merah. gara-gara habuk *dosa* saat melihat result midsem yang tak seberapa.

dua hari bermuhasabah diri. Sampai satu tahap jiwa menjerit.
" d0sa apa aku buat selama inI??"



DOSA MENUTUP PINTU CAHAYA.

Seperti yang kita tahu, hati kita punya banyak pintu. Pintu yang akan dibuka seluas-luanya saat cahaya ibadah menerjah ke jiwa. Pintu cahaya yang dibuka seluasnya saat diuji dengan dugaan dunia.

jua, pintu yang akan dibuka sebagai jalan menuju syurga.

Saat pintu itu sentiasa terbuka, seringkali yang hadir untuk menembusi pintu itu adalah dosa-dosa kita yang sia-sia. Perkara yang hampir setiap hari kita tidak terlepas daripada melakukannya, iaitu DOSA

bila saatnya dosa menerjah kamar hati, pintu cahaya itu semalin lama semalin kelam. hati mudah menjadi gundah gulana, tidak tenang, sentiasa dirundum keresahan. maka ketika itulah...

dosa kita akan mula menutup pintu cahaya..

cahaya ilmu yang dulu mudah ditembusi kini sukar umpama benteng kerikil yang sukar untuk terlepas.
semakin lama semakin sukar untuk kita memahami ilmu tersebut..

MASIH ADA CAHAYA BERSISA

saat dosa semakin menyempitkan cahaya pintu untuk menerima cahaya lain menembusinya,
masih ada cahaya yang bersisa.
Cahaya fitrah saat hamba terasa tersepit antara dua pilihan, jahiliyah dan iman.

cahaya fitrah yang membawa seorang hamba itu pulang ke pangkuan Tuhan..

saat  itu, SYUKUR akan mula melata
karat d0sa segera dicuci tanpa meninggalkan sebarang seksa,
dan ketika itu jualah..

CAHAYA HATI KEMBALI BERNYAWA..

masihkah terang pintu cahaya dalam dada?
masihkah ada kesempatan untuk mecari jalan pulang?
masihkah ada nikmat KESYUKURAN saat datangnya petualang?

masihkah... masihkah...

tutup mata. rasakah degupan jantung yang masih ada.
setiap degupan itulah, tanda rahmatNya masih melata dalam setiap urat nadi, dan dalam setiap nafas yag terhela.. :)

kuatkan semangat menghadapi mimpi yang pasti.
mencari KEBERKATAN ilmu dalam kejayaan yang dinanti,
dari kecilnya hati se0rang hamba abdi,
menuju ILAHI..

waLLAHU A'LAM

azuma
2055 PM
bilik dekat dengan awan, KK12 UM



No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com