Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Friday, August 16, 2013

C.I.N.T.A

bismiLLAH

m0ga setiap helaan nafas itu terukir jutaan warna indah.
warna kesyukuran yang tak pernah pindah
dari lubuk hati yang gundah.



CINTA FITRAH. CINTA FITNAH.

itu merupakan tajuk f0rum sempena pr0gram RIFQOH 0leh pelajar asasi sains UM. panel jemputan khas yang terbaik lagi menawan adalah ustaz pahr0l, amin idris jua heliza helmi. gempaks tak? hee.

*kredit t0 ajk RIFQOH :)

lama dah nak k0ngsi di sini. tapi tidak berkesempatan lagi untuk menaip dek kehangatan peperiksaan dikala minggu kedua raya menjelma. Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk si penaip meniup habuk-habuk di bl0g yang sudah terlalu banyak sawang-sawangnyaaa.

PANEL 1 : MS HELIZA

soalan : apa itu cinta?

jawapan :

cinta itu baginya ada tiga perkara,

1. Syirik Cinta.

apa itu syirik cinta? syirik cinta ialah tatkala manusia menyamakan tingkatan cinta manusia di dalam hati melebihi cinta Allah dan Rasul.

secara zahir dan batinnya, hati manusia tidak muat untuk memasukkan dua cinta sekaligus. Apatahlagi saat memasukkan cinta selain dari cinta Allah di kala cinta Allah yang terbit di hati pun masih belum kukuh dan ampuh.

syiriklah cinta andai pemilik sebenar CINTA itu diketepikan hanya kerana MANUSIA. 

2. Cinta Palsu

Kadang kala ramai manusia menggunakan 'agama' untuk mendapatkan cinta. akhlak dan pekerti yang dit0nj0lkan hanyalah plastik demi mendapatkan teman hidup yang diimpi. Lantas keperluan dan tanggungjawab sebagai muslim yang baik dan diredhai sanggup digadaikan dengan memakai t0peng [ alim ]  hanya kerana manusia.

maka palsulah erti sebuah cinta andai 'agama' menjadi taruhan dalam mendapatkan teman hidup idaman, dan membelakangi Tuhan.

3. Cinta Hakiki.

Andai cinta yang UTAMA , cinta kepada ALLAH diletakkan kukuh di jiwa, maka usah risau tentang j0d0h, rezeki, dan ketentuan yang akan datang kepada kita. 

Kunci utama alam meraih bahagianya rasa cinta di dunia adalah saat meletakkan Allah dan Rasul itu yang utama. kelak akan dihadirkan se0rang yang mampu setia menjadi peneman hidup sehingga syurga, kerana terikatnya satu cinta yang sama, cinta kepada Yang Esa.

" Err.. kalau saya memang dah ada 'dia' , tapi tak sampai hati nak lepaskan. macam mana? "

PANEL 2 : MR AMIN IDRIS

soalan : apakah beza cinta fitrah dan fitnah?

jawapan :  ( b0le jadi jawapan kepada m0n0l0g di atas niee )

Cinta yang berlebihan itu adalah bid'ah, malahan sesuatu yang akan merosakkan diri. 
kadang-kadang lamunan cinta itu membuatkan manusia hanyut bahkan lemas dalam gel0ra nafsu yang membakar iman di dada.

bahkan, lebih teruk lagi, mengundang rasa [ hebad ] kerana telah merasai nikmat cinta, yang hakikatnya perasaan cinta  dan jalannya itu bukan datang dari Tuhan, tetapi dari syaitan yang durjana.

Cinta yang melemaskan manusia, sehingga MELUPAKAN asas tugas yang perlu dipikul sebagai se0rang manusia dan hamba, iaitu beribadah kepadaNya.



PANEL 3 : UST PAHR0L 

soalan :  apakah maksud sebenar CINTA dalam Islam?

jawapan :

cinta yang benar adalah syahid. bukan 'syahid' terk0rban kerana lemahnya iman berdepan dengan sese0rang, tetapi syahidnya itu saat akhir hayatnya mampu mengucap kalimah tertinggi milik Allah yang Maha Kuasa.

sebenarnya, cinta itu lahir dari tempat yang PALING baik, iaitu hati. dan secara tidak langsung, CINTA merupakan tradisi orang soleh..

mengapa?

1. kalimah cinta itu sendiri telah Allah turunkan lebih 80 kali di dalam kalam suciNya.

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ ۗ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ
Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal). 

2. Sesiapa yang kita cintai di dunia, akan bersama kita hingga di akhirat.

makanya, kalau cinta yang din0dai nafsu dan melanggar batas, agak-agak sampai tak ke syurga itu? T-T
sebab itulah perlunya kita MENJAGA HATI. kerana cinta yang BAIK akan mengawal hati dan SELURUH JASAD untuk terus beriman kepada Allah. Sebaiknya berhati-hatilah dalam menjaga hati.

3. manusia akan menjadi hamba kepada apa yang dicintainya.

manusia sanggup buat apa sahaja demi mendapat apa yang diingini. sanggup kerja 0ver time untuk beli m0t0sikal baru. sanggup berjaga malam untuk belajar *erk. sanggup datang awal-awal ke masjid yang ada kuliah agama UAI. malahan ada yang sanggup membeli tiket beratus-ratus ringgit ke k0nsert r0ck and r0ll.

kita menjadi hamba kepada apa sebenarnya? kereta? penyanyi hensem? buku tebal-tebal?

CINTA yang baik itulah akan membetulkan kembali k0mpas kehidupan kita.
cinta yang baik akan membuatkan kita menjadi hamba yang sangat cintakan ilmu.
cinta yang baik itu akan membuatkan kita sentiasa berusaha memperbaiki diri.
cinta yang baik itu akan menjadikan kita lebih kuat untuk meneruskan kehidupan yang pernuh berliku.

secara l0gik akalnya,

cinta itu tidak perlu diajar,
 tidak b0leh dihapus,
dan ketenangan itu akan hadir kepada kita dengan datangnya cinta yang baik.

Cinta dalam Islam itu merupakan cinta yang datang dengan PERATURAN. tanpe peraturan, struktur cinta itu akan BINASA. hikmahnya Allah datangkan peraturan dalam cinta ini bukan untuk MENGHALANG, tetapi adalah untuk MENGAWAL manusia agar sentiasa berpandukan cinta itu menuju cinta Yang Esa.

para pembaca,

apakah TUJUAN CINTA yang sebenar?

tujuan cinta adalah tujuan manusia diciptakan 0leh Allah. Amanah sebagai [ hamba Allah, pengajak kepada kebaikan dan pencegah kemungkaran. khalifah di muka bumi ] sebagai bukti dan saksi tujuan cinta itu dilahirkan dalam hati manusia.



secara ringkasnya kesimpulan,

cinta itu BUKAN TUJUAN,
cinta itu BUKAN MATLAMAT, tetapi hanya ALAT untuk mencari keredhaanNya yang Maha Memelihara.

[ tamat pusingan pertama ]

ehemmm.

jadi macam mana. sudah nampak apa erti cinta yang sebenar?

cinta yang disandarkan kepada Allah dan kerana ALLAH itu sebenarnya murni dan hakiki. Namun dek kerana lemahnya iman manusia di dalam hati akan mer0sakkan cinta yang sebenar dengan maksiat dan nafsu yang tidak diredhaiNya.

buat yang dah ada. berdoalah agar diberi petunjuk Allah sama ada perasaan itu hadir dari dorongan iman ataupun dorongan nafsu.

buat yang masih tiada, berdoalah agar hati sentiasa dipelihara daripada bunga-bunga cinta yang sia-sia.

buat yang pernah ada dan masih menanti, berdoalah agar Allah menemukan yang terbaik dalam redhaNya.

buat yang yakin sudah bertemu dengan seseorang yang layak untuknya demi agama, maka istikharah dan berbincanglah dengan keluarga.

dan..
 
menjaga batasan pergaulan itu pengukur rasa cinta sebenar kepada Dia, bukan kepada 'dia'.
andai kita tidak mampu menjaga batasan pergaulan yang digariskan dalam Islam,
bagaimana kita mampu membuktikan bahawa CINTA itu datang dari dorongan iman, bukan nafsu?

buat yang pernah melampaui batasan pergaulan itu dan masih mencari jalan pulang.

sungguh, pintu rahmat dan taubatnya masih terbuka.

teruskan menjaga hati, wahai pemilik hati.

m0ga cinta ALLAH kekal mekar dalam sanubari.. :')

Allahu a'lam



No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com