Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Wednesday, August 7, 2013

BERSIH

bismiLLAH

bersihkah jiwa kami, ya Allah? T-T

berdebu suda bl0g ini. lantaran kesibukan bergelar pelajar PASUM (tak ada lah sibuk mana pun sebenarnya) dan diuji dengan bermacam-macam perasaan dan kesakitan sepanjang hidup ini, alhamdulillah masih mampu bernafas seadanya.

BERSIH 

Maaf, saya bukan nak bercerita tentang bersih 1.0 ke apa ka.

kita renungi sama-sama berapa kali Allah titipkan nikmat bulan Ramadhan yang penuh dengan berkah, rahmat dan maghfirah dari Ilahi. saat syaitan dibelenggu, maka tatkala itu didikan iman selama sebelas bulan menjadi saksi, bagaimana diri kita sendiri mampu untuk mengawal jasad dan emosi daripada terpengaruh dengan didikan syaitan bernama nafsu dunia yang mungkin beraja di hati.



JADILAH HAMBA ALLAH, JANGAN JADI HAMBA RAMADHAN.

kerap kali jua kita mendengar pepatah ini. Satu ungkapan yang mengingatkan kita tentang erti ramadhan yang sebenar itu bukan kepada bulan dan rahmatnya semata yang kita mahu ambil sepanjang ramadhan sahaja.

Namun di sebalik itu, tersedia bulan RAMADHAN ini sebagai bulan DIDIKAN jiwa, emosi, jasad serta spiritual untuk belajar mengenal apakah yang patut dilakukan atau ditinggalkan.

Apabila perut kita tidak terikat dengan makanan di bulan ramadhan, secara tidak langsung sistem otak kita akan meransang untuk mengurangkan sebarang aktiviti yang melibatkan nafsu yang tidak baik. Lantaran itu, akan bangkitlah perasaan atau kemahuan untuk melakukan kesungguhan dalam beribadah kepada Allah.

Setiap kesungguhan itu penuh nikmat, penuh kelazatan. Di waktu ramadhan inilah mudahnya kaki kita berjalan menuju ke masjid untuk melakukan terawikh. pada waktu ini jugalah ringan lidah kita untuk melantunkan bacaan ayat suci alquran. dan diwaktu ini jualah mudahnya untuk kita bangun malam dan bermunajat kepada Tuhan.

Mengapa mudah?
kerana iman kita sendiri meransang nafsu untuk tunduk dan patuh padaNya.

ramadhan yang Allah datangkan ini, disebalik kerahmatan itu pasti ada terselit ujian dan dugaan yang tersembunyi.

hati yang selama ini mahu pulang kepada jalan kebaikan, pada waktu ini lah dihamparkan peluang seluas laut terbentang.

andai selama ini kaki sungguh jarang untuk berdiri untuk bersembahyang kepadaNya, entah dari mana datangnya satu 'kuasa luar biasa' yang mendrong diri untuk menunaikannya.

andai jiwa selama ini diulit mimpi dunia dan maksiat yang nyata, secara tidak sengaja Dia hantarkan perasaan MENYESAL dan ingin kembali menjadi hamba yang setia.

lalu, apakah pengakhirannya?




RAMADHAN ADALAH PERMULAAN JIWA YANG KEMBALI KEPADA TUHAN

Antara satu rahmat yang Allah turunkan adalah, berputik rasa iman dalam diri untuk melakukan perubahan yang lebih baik berbanding sebelum ini. Maka tidak hairanlah mungkin selama ini jarang kaki kita bertapak di surau lantaran sibuk dengan kehidupan harian, tetapi saat tiba ramadhan, hati kita didorong untuk berlumba-lumba membuat amal kebaikan dan kebajikan.

Ramadhan inilah satu titik permulaan untuk hamba yang tercicir dari landasan untuk kembali mencari langkah bermula.

saat satu amalan digandakan dengan gandaan pahala. setiap dosa mampu dihapuskan dengan ikhlasnya mentaati perintahNya. serta pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. itulah tanda bertapa bulan ramadhan yang Allah HADIAHKAN buat kita, merupakan satu anugerah istimewa buat setiap hamba yang mahu dan hendak menjadi lebih baik dari sebelumnya, tidak kita apa pun peristiwa hitam mereka.

jiwa-jiwa yang mahu kembali.

setiap kelam jiwa yang penuh dosa, telah Allah kirimkan perasaan INSAF pada kita.
setiap perbuatan silam yang penuh dusta, telah Allah hadirkan perasaan MENYESAL dalam dada.
setiap perasaan yang sering berburuk sangka, telah Allah detikkan BERSALAH dalam jiwa.

MENGAPA?

itulah tanda bahawa Allah mahu kita sama-sama membuat perubahan jiwa, ke arah yang lebih baik dan lebih diredhai Tuhan.

mungkin sebelum ini masih berlubang-lubang s0lat fardhu sehari semalam, dengan kesungguhan sebulan di bulan ramadhan akan membangkitkan kembali semangat untuk menjadi hamba yang TERBAIK di sisi Allah Yang Maha Penyayang.

Sungguh, ramadhan adalah bulan penyucian diri, pembersihan hati.

kerna itulah seusai pr0ses penyucian diri dan jiwa itu berlaku selama sebulan, telah Allah datangkan pula satu hari yang meraikan pengembalian fitrah diri ke arah keimanan yang suci dan diyakini, iaitu sambutan aidilfitri.




HARI FITRAH. HARI KEMENANGAN.

kemenangan setelah berperang dengan perasaan diri.
kemenangan membersihkan karat jahiliyah sanubari.
jua kemenangan dalam usaha sebaiknya menjadi hamba dan manusia yang berbudi.

hari fitrah yang perlu kita sambut, meraikan kemenangan diri dan hati dalam menempuh dugaan dan kepayahan membuang karat dosa dalam hati.

hari kemenangan yang perlu kita sama raikan , adalah bagaimana tinggi melangit keyukuran kita kepada Allah yang Maha Pemberi Rezeki, kerana mengurniakan kita rezeki RASA KEHAMBAAN yang masih bersarang di hati.

sejauhmana usaha pembersihan diri (tazkiyatun nafs) sepanjang ramadhan ini mampu untuk mengawal diri dalam menghadapi sebelas bulan yang mendatang, penuh dengan ujian dan dugaan?

sejauhmana amalan yang dilakukan sepanjang ramadhan dapat kita kekalkan m0mentum agar dapat ia berkekalan dan menjadi pengikat jiwa dengan Allah yang Maha Pengasih?

sejauhmana perasaan hamba yang terpanggil dan dorongan LUAR BIASA iman untuk menunaikan ketaatan kepadaNya mampu bertahan?

jangan pernah berputus asa untuk mencari kasih sayang Tuhan.
jangan pernah berputus harap untuk berusaha menjadi lebih baik dari sebelum ini, meski apa pun kisah silam yang pernah mencarik dan merobek iman.
jangan pernah mengundur diri sangat di hadapan kita masih terbentang luas rahmat dan kasih sayang Ilahi.

Kerana Dia,
sentiasa dekat di hati
bahkan lebih dekat dari urat nadi

ramadhan kian pergi. masihkah ada kesempatan untuk kita menikmati perasaan DORONGAN untuk melakukan kebaikan lagi??

syawal menanti. adakah mampu untuk kita meraikan hari fitrah yang kembali kepada Ilahi ini dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan saat jiwa dipilih Allah untuk merasai lagi bahagia nikmat menjadi hamba yang masih punya ALLAH dan RasulNya dalam diri?

seandainya masih ada jiwa yang lalai dan alpa.
mereka bukan jauh kepada Tuhan sebenarnya,
tetapi kerana sedikitnya usaha kita untuk membawa mereka kembali ke jalan BAHAGIA.
jalan yang diredhai Tuhan kita.

ayuh sama.
garab titik permulaan kebaikan.
untuk sama kita genggam kekuatan
demi menghadapi sebelas bulan yang mendatang
yang penuh dengan ujian dan petualang.

nikmatilah kerahmatan ramadhan yang berbaki. jangan biarkan kenikmatan itu hilang dibawa nafsu yang kembali merajai hati tatkala ramadhan kan berlalu pergi...

salam aidilfitri. maaf zahir batin untuk semua andai pernah terkasar bahasa ataupun terlanjur bicara.
m0ga Allah tetapkan hati dan gerakan jasad kita untuk kekal taat perintahNya :)

d0akan perjalanan mid sem test untuk semua geng PASUM. kami beraya tiga hari dengan makan kerepek fizik, kuih bahulu biologi, rendang chemist.. huuuuu~

kullu 'am wa antum bikheir
taq0bbalaLLAHU minna wa minkum!

(moga Allah menerima ibadah saya dan ibadah anda!)

Allahu a'lam

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com