Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Tuesday, June 11, 2013

Kekuatan.

bismiLLAH

jauh merantau.
mencari jiwa yang lebih segar
meski kudrat diuji tegar



Kekuatan.

Ada manusia sangka, hanya dengan kekuatan jasad dan kudrat mampu untuk peroleh bahagia.

Ada manusia menyangka, hanya dengan kekuatan ibadah kepadaNya mampu peroleh ketenangan segala.

Ada manusia menyangka, hanya dengan petah berbicara mampu menyebarkan kekuatan yang ada.

manusia sering menyangka, tanpa memikirkan apa yang sebernarnya PERLU.

[ KEKUATAN ]

kekuatan jasad takkan mampu untuk mencuit rasa bahagia dan ketenangan hati tanpa menggerakkan setiap anggota badan untuk kekal mentaati perintahNya.

Kekuatan ibadah takkan mampu untuk menampung rasa derita andai mansia lain hanya dibiarkan begitu sahaja.

Kekuatan petah berbicara takkan mampu untuk menangkis kelemahan jiwa andai yang tinggi bersuara itu hanya tin kosong yang tiada apa-apa.

jadi, kekuatan apa yang kita perlukan sebenarnya?

kekuatan itu datang dari dorongan yang begitu besar impaknya kepada diri.

 Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa" : 133

Dorongan 0rang beriman banyak diulang dan diberi pelincir keimanan 0leh Allah di dalam al-quran.

" Aku tak kuat. Aku banyak buat dosa. "
" Aku nak jadi baik. tapi aku takut hipokrit. "
" Aku malu nak jadi baik. nanti apa kawan-kawan aku kata? "
" Aku belum dapat hidayah lagi.."

DUSTA.

hidayah itu Allah hadirkan di hadapan manusia setiap saat kita bernafas. hanya TAUFIQ ( usaha mencapai hidayah ) yang perlu manusia usahakan lebih.

Kuatkan tekad. banyakkan berdoa mohon kekuatan kerana setiap nyawa itu punya fitrah keimanan yang sentiasa meronta untuk mendidik anggota jasad agar kekal mentaatiNya.. :)

umpama perut lapar, makanan lazat tersedia di hadapan mata (hidayah), tapi MALAS nak usaha menyuapkan makanan ke dalam mulut (taufiq). maka sekiranya peluang yang ada, siapa sebenarnya yang mensia-siakannya?

[ Aku Sakit ]

Alhamdulillah. Sepanjang perjalanan hidup begitu banyak Allah kurniakan nikmat bersaudara. Allah hadirkan ramai manusia-manusia yang diuji Tuhan dengan ujian kesihatan yang sering menjauh dari jiwa.

Aku belajar dari kecekalan mereka.

Aku belajar dari ketabahan mereka.

Aku belajar erti kesabaran mereka.

dan.

Aku belajar dari KEKUATAN mereka.

Kekuatan mereka bukan hanya pada jasad yang ada, tetapi kekuatan HATI untuk terus mempercayai adanya Tuhan, Allah yang Maha Memelihara. Jiwa mereka sering HAMPIR dengan Dia, kerana tiada apa yang lebih bermakna melainkan merasakan kesakitan itu adalah satu nikmat yang paling bahagia.

Aku juga punya cerita juga derita. Kesakitan yang aku tak mahu mama dan abah menumpahkan air mata mereka lagi kerananya.

Kami sentiasa berusaha untuk bersangka baik kepadaNya.

aku juga punya sahabat yang jauh dari keluarga.
beberapa tahun tidak bertemu insan tercinta kerana menuntut ilmu yang membawa bahagia.

aku kagum melihat mereka
kerana terus berusaha merindui keluarganya dalam santunan doa dan air mata..

kadang-kadang aku terasa seperti mahu terus berhenti memilih jalan ini.
kadang-kadang aku terasa seperti mahu putus asa dari keperitan yang tak pernah berhenti.
kadang-kadang aku terasa seperti mahu itu dan ini.

يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِنْ يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ
Maksudnya; Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.Yusuf:87.
Bahkan sehingga orang yang berdosa sekalipun tidak dibenarkan berputus asa sama sekali kerana keampunan Allah s.w.t itu sangat luas. Allah menjelaskan hal ini dalam sebuah ayat yang sugguh indah maknanya:
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. Al-Zumar:39

aku tersentak seketika.

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”  (an-nahl - 18)

Sungguh. Allah Maha Penyayang.

Kerana Dia. aku masih berdiri.
kerana Dia. Aku usaha berlari

mengejar pelangi
yang kan berseri
memancarkan indahnya Islam yang Tinggi

jangan berhenti mengejar kejayaan.
kerana kejayaan sebenar itu dengan meletakkan Allah kukuh di hati
dan melebarkan keindahan Islam kepada semua manusia seluas langit dan bumi..

ramadhan kan datang lagi
m0ga Allah sempatkan kita untuk menjejaki madr0sah tarbiyah di bulan ramadhan yang diberkati Ilahi

Allah. KUATKAN KAMI..

Allahu a'lam


No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com