Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Friday, June 14, 2013

Bertahan

bismiLLAH

setiap dugaan itu terselit indahnya rahmat Allah/

BERTAHAN.

Ramai manusia kecundang saat dirinya usaha untuk bertahan dalam menangani cabaran hidup.
Ramai manusia tertekan saat dia mampu bertahan menghadapi masalah yang se0lah tidak berhenti.
Ramai manusia keterpaksaan dalam menghadapi kehipuan yang penuh tekanan.

namun hanya berbekan IMAN dan KEYAKINAN pada TUHAN itulah, kita MAMPU  BERTAHAN.



aku masih ingat zaman berada di Kolej Islam. Kecemerlangan sangat dititik beratkan. Tabiah sangat ditekankan. Kalaulah ada kolah untuk menyimpan air mata pelajar-pelajar kolej Islam, aku rasa buat berpuluh-puluuh kolah pun pasti masih tidak mencukupi.

Siapa sangka sekolah yang dikagumi ramai atas dasar akademik dan syakhsiahnya bermula dengan pengorbanan besar warga pendidik yang moga Allah pelihara mereka dengan rahmat dan kasih sayangNya jua kesediaan para pelajar untuk menuntut ilmu dengan lebih tekun agar kecemerlangan itu mampu diraih dan dikekalkan sejak zaman berzaman.

Pada awal tahun ketika berada di Tingkatan Empat, ramai yang berusaha untuk keluar dan berpinda sekolah. Siapa sangka jadual yang amat padat dengan kelas tambahan di waktu petang dan kadangkala malam, program anjuran pihak sekolah pada hampir setiap hujung minggu disamping banyak kerja sekolah yang pelru disiapkan.

Maka sahabat-sahabat dan guru-guru yang menjadi aspirasi kekuatan.

Kami tiada alasan atau rungutan selain keputusan untuk terus BERTAHAN.

Alhamdulillah, berkat usaha dan doa, atas tekanan yang hebat dari pelbagai sudut itu, Kolej Islam mampu untuk mengeluarkan graduan-graduan yang bersinar menjadi mutiara yang telah dibentuk dengan bermacam-ragam tekanan. Dan mutiara itulah yang diperlukan masyarakat kini untuk lenih mengerti keindahan nikmat Islam yang dijulang.



BERTAHAN 2,0

aku masih ingat bagaimana Allah mentakdirkan pilihan ke tujuh UPU itu diangkat menjadi takdir perjalanan hidupku. Siapa sangka saat dirobek jiwanya dengan ujian yang bertimpa, Allah masih memberi kesempatan untuk aku meneruskan perjuangan menuntut ilmu.

Meninggalkan tanah tumpah darah dengan basahnya tangisan hati tiada siapa tahu. Tanah kubur arwah nenek yang masih merah jua embah yang masih koma aku tinggalkan mereka dalam sepi. Hanya doa menjadi tatapan penguat sanubari.

Setibanya di APIUM Nilampuri, tiada apa yang aku harapkan melainkan Allah menuntun diri ini ke jalan yang benar. Sekli pandang, persis Kolej Islam. Ada istana, ada biah solehah, ada sahabat-sahabat. Seminggu awal itu menjadi panda dek tangisan yang tidak berhenti.

Namun aku memilih untuk kekal BETAHAN.

disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

kos Asasi Pengajian Islam dengan Sains itu bukanlah satu kos yang mudah dari pandangan mata. Pandangan senior pada pelajar APIDS juga sangat tinggi kerana kecekalan dan tekanan yang lebih hebat mereka lalui sepanjang menuntut ilmu di Nilampuri.

la... TEKANAN LAGI??

semester satu tidak begitu menekan lagi. Hanya kitab agama bertulisan arab masih belum mampu untuk didapati kefahaman yang jelas kerana bahasa arab kurang kukuh dalam diri. Namun Allah telah mentakdirkan bumi Nilampuri itu dilimpahi dengan asatizah yang sangat besar jiwanya demi mendidik anak didik yang bakal menerajui negara dengan kefahaman dalam beragama.

Kalau dahulu belajar bahasa arab semata-mata untuk peperiksaan, kini bahasa arab itu menjadi satu daya tarikan yang sangat gembira. Setiap kali kelas nahu dan sorof pasti semua akan teruja untuk mendapat ilmu yang baru daripada asatizah tercinta.

Masih teringat lagi ketika mendapat surat tawaran ke bidang APIDS. Melihat kepada senarai buku yang harus dibeli pun sudah menggugah jiwa.

BAHASA ARAB semuanya, kecuali subjek matematik dan B.Inggeris.

siapa tak cuak dengan bahasa arab? haha

jangan risau, hadek-hadek pasti akan teruja dengan bahasa arab yang sebenarnya satu pelajaran yang menyer0n0kkan di nilampuri.

Niatkan dalam hati. Kita belajar bahasa arab ataupun apa-apa madah yang menggunakan kitab arab itu, supaya satu hari nanti kita mampu untuk faham ayat-ayat al-quran dengan baik tanpa melihat terjemahnya. :)



SEMESTER DUA.

seminggu awal jadual kelas ditenung begitu lama.

" Kelas kita dari pagi sampai MALAM?? " hati sudah tergugah seketika.
lima subjek sem satu bertukar menjadi SEMBILAN subjek pada sem dua. walaupun masih asasi lagi.
kadang kala cemburu melihat sahabat yang berada di asasi lain kerana hanya mengambil sedikit sahaja subjek dalam satu semester. Hati cuba bersangka baik.

"UNTUK APA KAU MENUNTUT ILMU INI SEBENARNYA?"

Baru mendapat sedikit aspirasi. Semester Dua menjadi satu lapangan sahabat APIDS yang lebih dikenali dengan nama OHANA untuk masing-masing lebih mengenali antara satu sama lain. Saling menguatkan, saling membantu dalam menghadapi segala tekanan dan cabaran.

Pernah sekali diri ini tergerak untuk meegur seorang senior degree kami, Kak Razidah. Selepas itu mulalah mengomel itu dan ini. hehe.

kata-kata akak itu SANGAT menggugat perasaan yang sebelum ini tergugah menjadi kuat dan semakin kuat.

aku kembali nukilkan tatapan ini kepada sekalian OHANA jua adik-adik junior yangmasih berkira-kira untuk meneruskan perjuangan dalam deligasi APIDS ini. buat hammasah diri dan semangat agar dapat terus dipupuk dalam sanubari :)


  • Azuma Nurul

    alhmdulillah...skang da sem 2 kak...tp penat  kelas sampai 10pm kak.. meme dr dlu camtu ea??
  • Razidah OthmanJaludin

    biasa lah tu...
    apids ni lain dr lain sikit
    kene tebal jiwa
    gagah berani
    serap tekanan
    baru namanya APIDS

ok ingat ni
1- pengalaman adalah salah 1 cikgu dalam hidup kita, kita boleh guna pengalaman kita yg lepas dan pgalaman org lain untuk kita pandu masa hadapan kita....

tapi masalah kita sekarang ni
adakah kita SEDAR dan kita bersedia untuk buat perubahan
setengah orang dia SEDAR tapi dia x berubah
ada org SEDAR dan dia berubah

sbb tu kalo kita pikir balik pentingnye MUHASABAH DIRI

2- JAGA HUBUNGAN DGN ALLAH dan HUBUNGAN dgn MANUSIA..

masa belajar manusia yg paling dekat dgn kita SEMESTI NYA SAHABAT2 kita
walaupun bukan dr mak ayah yg sama, tp HAKIKATNYA kita BERSAUDARA.

3- cuba jdkan diri ni bermanfaat pada org lain... jgn hanya kita yang ambil manfaat dr org lain

4- betulkan NIAT belajar, LILLAHI TAALA... bkn kerana sapa2, dan apa2

5- selalu doa supaya ALLAH bri KEBERKATAN WAKTU..

dan IKHLAS DIRI
KEBERKATAN WAKTU , contoh plg mudah kita study lama tp x paham apa2 pun... tp kadg2 kita study sekejap je tp dpt faham..

ada waktu yg berkah tu
IKHLAS diri dalam semua bnde: in sha Allah ada gnjaran lbh manis drNya..

amacam? sedikit terinspirasi. Keberkatan Waktu. KEBERKATAN GURU. Sangat penting.

Pernah sekali 0hana diuji dengan masalah berkaitan asatizah. Atas kecenderungan untuk merasai bahawa keberkatan ilmu itu adalah daripada keberkatan guru, maka di saat akhir di Nilampuri dengan satu lagi paper math untuk final itu dilupakan sebentar untuk membuat satu jamuan khas untuk semua asatizah Nilampuri.

Bahagia melihat mereka bahagia. 

0leh itu adik-adik APIDS jua teman seperjuangan OHANA.

yang saya nampak sekarang, pilihan kita adalah BERTAHAN, dan teruskan perbaiki NIAT untuk apa kita perlu menuntut ilmu dalam bidang ini.

Dr syeikh ada berpesan, sebenarnya bidang kita ini SANGAT DIPERLUKAN demi menjamin kualiti produk muslim yang faham agama dan mahir ilmu sains.

Kitalah yang akan bangkitkan kembali zaman gemilang Islam dengan ilmu pengetahuan agama dan sains.

Kitalah yang akan mengembalikan kefahaman manusia bahawa sains dan Islam itu saling berkait rapat.

Kitalah yang akan berusaha untuk menjadikan setiap manusia yang belajar dan faham akan sains itu dapat meningkatkan kefahaman dan keyakinan serta KETAATAN kepada ALLAH.

Kita ditakdirkan untuk menjalani kehidupan dengan laluan menuntut ilmu dua bidang, AGAMA dan SAINS adalah untukmengisi KEPERLUAN generasi zaman sekarang yang ingin melihat dan mendalami agama bukan semata-mata melalui subjek atau pengajian kuliah oleh ustaz-ustaz sahaja.

Dr Danial Zainal Abidin.

kenalkah kalian? Seorang doktor perubatan tetapi sangat mahir dengan mengaitkan sains dengan alquran.

Dr Zakir Naik

berapa ramai yang Allah menjadikan ilmunya itu menjadi asabab kepada manusia-manusia untuk pulang ke jalan ISLAM dengan melalui penerangan Islam secara saintifik?

Kami, generasi Ohana APIDS 94 USAHA untuk mlaungkan perjuangan kami di PASUM sebagai
Perjalanan Aku Sebagai Umat Muhammad.

d0akan kami, ya ^^

adik-adik APIDS 95 pula?

Ahli Pemangkin Islam Dunia Seluruhnya *peliknye bunyi. haha

ayuh sama-sama menjadi generasi APIDS yang berwibawa dan usaha untuk BERTAHAN sehingga akan datang mampu untuk menyumbangkan ilmu dan pengalaman kepada masyarakat dan duniaa.

untuk siapa pada mulanya??

untuk DIA. Allah yang Maha memelihara.

ayuh. sama-sama kita BERTAHAN!! :D

Buat 0hana, kita ada sesi BERTAHAN 3.0 di PASUM pula ya :)
sesi bertahan dalam Perjalanan Aku Sebagai Umat Muhammad 

*buat adik-adik yang masih menantikan IPG atau yang lain-lain, istikharah adalah jalan terbaik :)

”Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” – (QS Al-Imran ayat 139) -

Allahu a'lam

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com