Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Saturday, June 29, 2013

Aku Pernah..

bismiLLAH.

tepat jam 12.00am.
genaplah umur anugerahTuhan




buku kehidupan dahulu diselak sehelai demi sehelai
tawa. sendu. bahagia. pahit. manis semua tertera disitu.
macam-macam aku pernah lakukan untuk menghidupkan kehidupan ini.

AKU PERNAH...

ya. masing-masing punya zaman hitam dan kelam. aku jua begitu.
aku bukanlah malaikat yang sentiasa bersujud kepadaNya
aku jua bukanlah syaitan yang sememangnya mengingkari perintahNya
aku adalah aku.

dahulu.
aku pernah karam dalam lautan kehidupan. tatkala iman digugah dengan petaka maksiat yang berpanjangan.
hasilnya, aku terkurung dalam 'nikmat' kejahilan yang dipandang bahagia dan mulia.
ketika itu. AKU ADALAH PENDOSA.

dan ketika itulah...
aku merasai bagaimana susahnya diuji untuk berubah.
aku merasai bagaimana g0l0ngan manusia berupa malaikat yang menghukum aku sebagai ahli neraka.
ketika aku dibelenggu dengan dua perkara.

belenggu kejahilan yang nampak 'bahagia'
jua belenggu manusia yang sering menghukum bahawa pend0sa itu tiada ruang pahala lagi untuknya.
aku pernah merasa. bertapa seksanya dicemuh 0leh manusia yang memperjuangkan agama.
di situlah titik bermula aku merasai bahawa Allah itulah tempat pergantungan yang UTAMA.
ketika itu aku merasai tiada lagi yang lain, melain DIA yang Maha Mencinta

dan ketika itulah, hidupku mula berubah. mujahadah itu sememangnya sangat payah. mujur ada ujian yang sering menyinggah, tanda Dia tidak pernah melupakan hambaNya yang berpasrah..
aku pilih jalan itu. untukku terus berubah.

baru aku dapat lihat apa antara punca dakwah tidak berbekas dalam diri. memenjarakan sang pend0sa umpama mereka tiada jalan langsung untuk ke syurga yang dilakukan 0leh manusia yang faham agama sebenarnya lebih mer0sakkan lagi fitrah keimanan yang seida ada dalam jiwa sang pend0sa tersebut.

aku sendiri merasai keperitannya, dan aku tak mahu lagi 0rang lain merasai keperitan yang sama.
bimbang belenggu itu akan dikuasai 0leh syaitan yang sentiasa berusaha untuk memes0ngkan umat manusia yang sememangnya ada p0tensi untuk menjadi ahli syurga.

SEMUA BERHAK KE SYURGA

ya. semua berhak ke syurga dengan usaha, rahmat dan redhaNya. seburuk mana pun akhlak manusia, masih ada benih fitrah keimanan yang bersarang di dada. mampukah perlian dan cacian ke atas pendosa itu mampu membuatkan fitrah keimanan itu menjadi subur dan mekar? tentu tidak.

jangan ingat orang yang faham agama semua layak dan berhak untuk memenjarakan pend0sa dengan d0sa-d0sa mereka. bahkan sebenarnya orang yang faham agama itulah berfungsi menjadi kunci kepada penjara tu supaya sang pend0sa mampu keluar dari belenggu kejahilan mereka.

apakah kunci itu?

BAHAGIA

sebenarnya, manusia yang terkurung dalam penjara d0sa, mereka kegersangan bahagia. bahagia yang memberi mereka ketenangan yang tak dapat dibeli dengan harta mahupun nyawa. dan bahagia yang sebenarnya ialah bahagia saat menjadikan Allah dan Rasul itu sebagai sumber kekuatan dalaman yang tiada tandingan.

hulurkan mereka kunci itu dengan empati dan kasih sayang. bukan dengan cacian dan perlian yang menghiris
perasaan. fahami dan yakini mereka bahawa kasih sayang Allah itu melebihi segala, sehingga mereka rasa dihargai sebagai manusia yang berusaha untuk pulang ke jalanNya..


PERLU ADA EMPATI

setiap manusia punya takat iman yang berbeza, jua takat dugaan yang berbeza. pandangan luar tidak cukup untuk mengukur kadar keimanan dan dugaan mereka.

aku yakin, setiap manusia yang diuji Tuhan pasti punya cerita yang tersembunyi. tugas kita sebenarnya adalah untuk terus meyakinkan mereka bahawa Allah itu sentiasa bersama buat hamba yang berusaha untuk kembali ke jalanNya..

aku pasti. anda jua punya pengalaman dan cerita sendiri.
kita hakikatnya sama. hamba jua si pend0sa yang berusaha untuk mencari peluang bagi melayakkan diri ke syurga.
ada yang jalannya mudah, cepat. namuan ada juga yang jalannya panjang jua susah.
teruskan berjuang. mencari jalan pulang.

kerana kita sebenarnya
sama menuju redha yang tercipta
buat hamba yg berserah kepadaNya

MEREKA HADIR MELENGKAPI DIRI

disebalik kesusahan dan keperitan menanggung ujian kesihatan dan perasaan, Allah pasti akan hadirkan manusia-manusia yang kan sentiasa menguatkan.

mereka itu melihat adanya cahaya dalam diri setiap insan yang mampu menyinarkan gemerlapan Islam..

tanpa mereka, mungkin aku masih dalam belenggu d0sa dan putus asa. tanpa mereka, mungkin aku akan mati dalam sia-sia. tanpa mereka, mungkin Allah tidak menggerakkan jasad ini untuk berusaha menjari taufiq atas hidayahNya.

adanya mereka, kerana kita sama, punya Tuhan Yang Maha Esa..

TERIMA KASIH

untuk kali ini.
terima kasih kepada semua yang menc0rakkan lukisan kehidupanku.

buat keluarga yang tidak sempurna namun cukup dengan adanya nilai saling percaya dan menerima segalanya dengan seadanya, m0ga kita dapat berkumpul bersama dalam redhaNya..

buat para muallim/ah, asatizzah, cikgu, sir, madam, dr, pr0f yang tak jemu mencurahkan ilmu, m0h0n agar kalian meredhai ilmu yang dicurahkan pada diri ini..

buat sahabat ataupun kenalan yang pernah sama kita berk0ngsi cerita dan duka, m0ga Allah kuatkan hati kita untuk terus bergantung kepadaNya

buat mereka yang pernah membelenggu diri ini sebagai ahli neraka, m0ga sama-sama kita dapat bertemu di syurga dengan rahmat dan kasih sayangNya
jua mereka yang pernah menc0rakkan semangat dalam sanubari, terima kasih daun keladi. m0ga semangat itu terus kita diami dalam hati

terima kasih, kerana menc0rakkan kehidupan ini lebih berseri.
dan seri yang terindah ialah, seri taqwa yang menghiasi kamar hati hambaNya yang teguh berdiri meyakini
bahawa Allah dan RasulNya itu sumber kekuatan tertinggi.. :')

m0h0n d0a agar umur ini dmanfaatkan sebaiknya..

Allahu a'lam..

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com