Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Monday, June 17, 2013

ABAH

bismiLLAH

m0ga redha Allah sentiasa terukir indah.
dalam setiap nafas insan bergElar AYAH..

ABAH.



rasanya pertama kali saya post tentang ayah.

ada kaitan mungkin dengan hari bapa yang baru sahaja tiba..

Selalu kita lihat, kasih ibu itu yang menyelimuti hari-hari indah kita.

sayang ibu itulah pengubat jiwa yang luka.

dakapan ibu itu yang memberi ketenangan dalam sanubari jiwa,

BAGAIMANA PULA DENGAN AYAH?

Kebiasannnya, lelaki jarang untuk menzahirkan perasaannya. Namun bagi insan bergelar bapa, kasih sayangnya terukir dalam keindahan kehidupan berkeluarga adalah bagaimana dia berusaha sebaiknya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik dan bijaksana.

Disebalik kesibukan bekerja, dia mampu untuk membahagikan masa bersama isteri jua anak-anak tercinta.

dan tidak lupa jua, seorang bapa harus bertegas dalam mendidik keluarga dalam kefahaman dan kesedaran ilmu agama.

saya ada se0rang abah yang sangat saya sayang. hehe

sejak awal kelahiran sehingga sekarang, walaupun kedegilan, keras kepala, sikap entah apa-apa saya kepada abah, abah sentiasa terima apa yang ada.

Paling seronok waktu dalam kereta. Abah selalu cerita tentang zaman muda-mudanya dalam menuntut ilmu Betapa susahnya abah usaha untuk belajar sehingga berjaya seperti sekarang.

Kalau nak buat bangungan yang kukuh, mesti perlu diuji dulu, kan? untuk tahu tahap keteguhan satu-satu binaan tu. termasuklah manusia. kalau nak tahu peribadi sebenar seseorang, lihatlah bagaimana dia mengendalikan dirinya sewaktu dia sedang ditimpa musibah. itulah sebenarnya inner side yang yang akan terzahir dengan sendirinya.

hari bapa dua hari lepas, tergerak untuk post status khas untuk abah...


lepas baca komen abah. banjir satu UM.. haha
tak sangka abah balas komen tu.

saat satu keluarga diuji dengan dugaan yang bertimpa-timpa. di situlah Allah meletakkan nilai KASIH SAYANG dan KEPERCAYAAN yang tinggi dalam lingkungan ahli keluarga.

Aku sememangnya kagum melihat abah.
usaha untuk menjadi bapa yang amanah dengan kerja dan keluarga.
jua usaha untuk menjadi hamba yang taat padaNya.

Nilailah kasih seorang ayah itu dengan pandangan mata hati. Mereka punya satu kekuatan kasih sayang yang ampuh untuk melindungi ahli keluarga daripada apa-apa perkara yang tidak diingini.

kasih ayah umpama pepasir di lautan. walaupun halus, tapi nilainya tidak terkira banyaknya.
kasih ayah sentiasa ada meskipun datang ombak dugaan menghempas pepasir kasih sayangnya.
kasih ayah sentiasa mengalir tegar dan jernih dalam doa untuk anak-anaknya.

dan...
kasih ayah jua yang mengalirkan semangat ke dalam jiwa anak-anaknya agar usaha untuk berjaya.

ketika aku lemah, yang menguatkan aku untuk terus bertarung adalah berkat doa abah dan mama.
ketika aku diuji, yang sentiasa menyelimutkan ketenangan adalah mutiara kata abah dan mama.

selagi dia masih bernafas. hargai mereka dengan perbuatan dan doa,
sekiranya mereka sudah aman bersemadi di sana, doa anak-anak soleh itulah yang akan menjadi penyuluh sinar mereka di alam kubur, jua peneman mereka untuk ke syurga dengan redhaNya.

Tanpa kasih seorang ayah, kita tidak lahir di dunia.
tanpa hangatnya semangat ayah mengasuh kita, kita takkan mampu untuk terus bertahan jiwa
tanpa TULUSNYA doa seorang ayah untuk anak-anaknya, kita takkan mampu terus berusaha mengejar cita-cita.

sekiranya sudah tiada lagi kasih seorang ayah kerana dia telah menghadap yang Esa..
ingatlah..
diwaktu itu masih belum terlambat untuk kita menzahirkan kasih sayang kita kepadanya dengan doa yang sentiasa..
agar ayah sentiasa bahagia dalam redhaNya di sana...

susah mana kehidupan kita menuntut ilmu atau di alam pekerjaan.
di sebalik kekuatan kita menghadapi hari-hari mendatang
ialah berkatnya ikhlas doa seorang ayah malam-malam

pernahkah kita terlintas di hati.
perasaan se0rang ayah tatkala mendenganr khabar bahawa dia bakal mendapat seorang anak?

pernahkah kita terfikir.
perasaan seorang ayah ketika anak kecilnya sudah petah berkata-kata?

pernahkah kita terfikir.
perasaan seorang ayah tatkala anak remajanya menengking dan berkata dusta?

Dari jernihnya mata seorang ayah, dia melihat masa depan dan sentiasa berfikir bagaimana untuk menjadikkan keluarganya selesa dan sentiasa dilindungi.

Mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan dari anak-anak, melainkan tulusnya doa anak yang soleh dan solehah untuk mereka.

Saya bersyukur punya Super saiya abah jua lady gagah mama dan barisan abang2 power rangers dan kakak2 n kakak2 ipar telitabis yang mencinta.

keluarga kami bahagia dalam diuji. kerana sentiasa usaha untuk YAKIN dan PERCAYA bahawa ALLAH itu sentiasa ada di sisi. lebih dekat dari urat nadi.

Andai ditanya kepadaku apakah impianku?

" saya ingin melihat mama dan abah berehar dengan tenang dan bahagia di syurga tertinggi milikNya dengan redha dan rahmat yang melimpah tak diduga.. " :')

Abah.maafkan diri ini andai pernah mengguris hati.. doakan ain kuat semangat untuk kita sama-sama teruskan perjuangan ini...

hargailah nilai seorang ayah dalam iwa selagi mereka masih ada..
sekiranya sudah tiada, sentiasalah merasai mereka itu ada dalam hati kita dalam tulusnya doa untuknya..

BELUM TERLAMBAT UNTUK MELAFAZKAN.
" SAYA SAYANG AYAH " :)

Allahu a'lam

2 comments:

kina said...

Daku sayang abah jua!!!..

khaIRul_UmmAh said...

hee. j0m kita bawak sayang itu menuju redhaNya... :)


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com