Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Friday, May 17, 2013

sahabat atas iman.. :')

bismiLLAH



sukar untuk diungkapkan.

SAHABAT ATAS IMAN

ada yang menyangka sahabat itu sentiasa rapat dan ada saat suka dan duka
ada yang menyangka sahabat itu tetap saling menyayangi keranaNya
ada yang menyangka sahabat itu akan tetap setia di mana pun kau berada

sahabat atas iman bukanlah umpama dihamparkan bunga-bungaan di sepanjang jalan.
jua bukanlah yang sentiasa ada dan saling berhampiran

sahabat atas iman itu..

kadang kala terguris dengan perkataan yang tak disangka
kadang kala tersakit dengan perbuatan yang tak diduga
kadang kala terkecewa dengan pendapat yang berbeza

jua..

kadang kala terdiam seribu bahasa
tiada bicara. tiada khabar berita

namun tahukah engkau
sahabat atas iman itu meskipun ditinggalkan bersendirian, keseorangan
meskipun pergi berjauhan kerana keterlukaan

dalam setiap ucapan doanya terukir wajah bahagia sahabat tercinta
dalam setiap gurisan hatinya diubat dengan pesona kalam sahabat tentangNya
dalam setiap kecewa jiwa dibendung dengan senandung kasih Yang Esa

kerana...
sahabat atas iman itu sebenarnya..

bukan mengharap bahawa dirinya itu akan dihargai sentiasa
bukan mendamba persefahaman yang sama sepanjang masa
bukan jua memaksa kalamnya sentiasa diterima

tetapi
sahabat atas iman itu..

meski ditinggalkan bersendiri
meski disakiti
meski terguris
meski kadang terdetik rasa benci

namun dalam hati kan selalu mengingati
bahawa tercatat dalam sanubari yang menyepi
sahabat atas iman itu bukan sekadar untuk meraih gembira berseri
tetapi saat diuji KEIKHLASAN HATI
dia kan sentiasa mengingati diri

" aku bersahabat dengannya bukan semata kerana dunia. tetapi aku ingin bersamanya sehingga ke syurga. meski aku tersakiti ataupun ditinggalkan sepi. aku berharap rantaian doaku padanya mampu untuk menemukan kembali dalam redhaNya. aku berharap andai aku yang akan terjatuh ke liang neraka, masih ada sahabat yang sudi membantuku dalam rahmatNya. ataupun andai aku melihat sahabat yang bermain dengan bahang neraka, sanggupku menariknya kembali agar dapat bersama menghidu bau-bauan syurga.

sekalipun dia membenciku, tiada persefahaman mahupun aku pernah menyakitinya yang membuatkan dia menjauhkan diri dariku, aku berharap dengan sangat bahawa setiap detik yang tercatat dalam luh mahfuzNya, setiap saat bersamaku dengannya itu Allah kan restu. maka peristiwa itu kan menjadi saksi bahawa aku dan dia bersahabat atas iman. jua aku dan dia berkenalan untuk bersama berpegangan tangan demi mendamba redha Tuhan.

maafku menyusur dalam celahan retak jiwamu, andai segala kata-kata mahupun perbuatan ini menembus benteng keikhlasan hati, menimbulkan kebencian dalam diri ataupun terdetik dalam diri bahawa aku bersahabat tidak sedalam sanubari.

aku tidak berharap kau menerima segala yang kita pernah kongsi bersama. namun aku sangat berharap agar Allah dapat menemukan kita kembali dalam rahmatNya.. andai tidak tercatat ia di dunia, aku berharap agar dapat melihat kau bahagia di syurgaNya "

sahabat atas iman. huluran doa sentiasa diutuskan dalam diam. kerinduan kekal menjalar terpendam.

bukan kefahaman yang dicari
bukan keriangan yang dinanti
bukan untuk merasa diri dihargai

tetapi..

untuk kekal bersama sahabat dalam taqwa, redha, sabar dan pasrah keranaNya
kerana kau, sahabatku

yang aku sayang sampai ke syurga.
tiada nikmat yang dapat menandingi sahabat yang sentiasa mengingatkanku akan kebesaranNya
jua mengajarku untuk berbudi bahasa

wahai sahabat-sahabatku
ayuh pasakkan teguh iman dalam diri
kerana iman itulah kunci hati
yang akan kita bersama garap dalam mimpi
menuju redha Ilahi..

aku merinduimu, sahabat atas iman..
moga Allah senantiasa memelukMu dalam rahmat dan kasih sayangNya..



Allahu a'lam






2 comments:

Egg Head said...

hang apa kabar...sehat tak?

azuma said...

alhamdulillah sehat2 macam biasa..


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com