Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Friday, May 24, 2013

harus KUAT. demi DIA

bismiLLAH

m0ga setiap helaan nafas terselit anugerah Allah



[ cerpen : harus KUAT. demi DIA ]

Hari itu awan berarak mendung. Santunan angin menyapa lembut dedaun yang melambai-lambai kegirangan. Bunga-bunga mekar yang menyerahkan kecantikannya menyegarkan sejuk dua pasang mata memandang. Jauh mereka melontarkan pandangan sambil basah jiwa dengan berzikir tanda terpesona dengan keindahan ciptaan Tuhan.

Aisyah dan Syaza sering ke taman bunga setiap hujung minggu. Berjalan-jalan mengelilingi taman bunga setiap pagi hujung minggu memberi kesegaran nafas yang damai jua merancakkan rentak zikir yang beralun dalam sanubari. Longgokan assignment jua kuiz sepanjang hari menjadi punca mereka tertarik untuk melapangkan sepagi di taman bunga pada setiap hujung minggu. Sambil mencari ketenangan jua akan hadir kekuatan yang semakin menghilang.

" Aisyah.. " Syaza memulakan bicara. Aisyah memandang sahabat baiknya dengan renungan mata yang mendalam. Dia tahu di sebalik ketenangan wajah Syaza itu terpancar kolam derita dalam redup pandangan mata.

" Sebagaimana bunga yang ada sahabat di sekelilingnya sejak tumbuh hanya sehelai daun sehingga menjadi bunga yang mekar, pasti satu hari nanti dia akan ditnggalkan oleh bunga yang lain kerana layu ataupun pokoknya sudah mati. Beruntung jadi bunga, kan? Sejuk dan sedap setiap mata yang memandang. Ditambah lagi dengan pelbagai jenis bunga yang berada di sekelilingnya. Alangkah bagusnya sekiranya kita selalu dapat bersama dan dekat dengan orang yang kita sayang.. "

Aisyah dapat menangkap maksud kiasan Syaza. Syaza seorang anak yatim piatu. Hanya dia dan adik kecilnya menjadi pewaris keluarga. Bumi kelahirannya, bumi kenyalang ditinggalkan untuk menuntut ilmu. Adiknya dijaga oleh satu keluarga angkat yang mengenali mereka sejak kecil. Keluarga angkat itu adalah Pakcik Idrus, sahabat kepada arwah ayah Syaza sendiri. Pada awal keberangkatan Syaza ke Universiti Malaya Kuala Lumpur, kesedihan menyelimuti dirinya kerana terpaksa meninggalkan adik kecilnya, Hanna yang baru berusia lima tahun untuk dibela oleh keluarga angkat tersebut.

SELAMAT TINGGAL ADIK

 Aisyah terkenang semula tatkala Syaza menceritakan pengalaman pertamanya berpijak ke bumi semenanjung untuk menyambung pelajarannya ke peringkat universiti.

" Kakak nak pergi mana? " Tanya Hanna.

" Kakak nak pergi cari pahala dengan belajar di sana. Biar pahala akak tu boleh bagi kepada arwah mummy dan daddy, supaya satu hari nanti kita boleh jumpa mereka di syurga Allah." sebak Syaza berkalam sambil mengusap rambut lembut adik kecilnya.

" o0o. kalau kita belajar, dapat pahala banyak, jadi 'duit tambang' untuk kita jumpa mummy dan daddy di syurga nanti, ya? Hanna nak belajar jugak lah. boleh kita sama-sama jumpa mummy dan daddy nanti!" ucap Hanna teruja. Hampir tumpah air mata Syaza mendengarkan petah bicara adiknya yang baru berusia lima tahun. Kecil umurnya tetapi betapa besarnya jiwa.

Dia memberi pelukan erat kepada satu-satu adik kesayangannya itu sambil berbisik,

" Adik, dengar cakap Mama dan Ayah, ya. Jangan nakal-nakal. Belajar solat di school betul-betul.. Doakan kakak dapat belajar sungguh-sungguh dan kumpul pahala buat mummy dan daddy. Kalau adik rindu kakak, sebut nama kakak dalam doa adik, ya. Insya Allah Allah akan peluk adik kuat-kuat macam mummy dan daddy peluk adik dulu." kolam mata Syaza akhirnya tumpah jua. Dia memeluk adiknya dengan sangat erat. Tidak sanggup dia berpisah dengan adiknya walau sebentar. Namun takdir melakarkan perjalanan hidupnya untuk menuntut ilmu di bumi semenangjung dan berjauhan dengan yang tersayang. Dia pasrah dan mengharapkan sesuatu yang lebih indah.

Syaza meleraikan pelukannya. Hanna melihat ada saki baki air mata di kelopak mata kakak kesayangannya. Lantas jari jemari kecilnya segera menyeka air mata di pii kakak yang disayangi itu.

" Kakak Hanna kan kuat. Mummy pernah kata, orang kuat tak cepat menangis. Kakak jangan nangis ya. Ni lolipop Hanna beli dengan Mama tadi. Hanna beli dua, satu untuk akak." Hanna menghulurkan lolipop kepada kakaknya. Semakin sebak dada dirasa. Namun ditahan sepenuh daya. Syaza menyambut lolipop itu dengan senyuman.

" Thanks adik. Akak pergi dulu ya.. Jangan lupa tau selalu doakan mummy, daddy dan akak" Syaza bersiap dan bersalaman dengan adik dan keluarga angkatnya. Mama dan Ayah adalah gelaran kepada Pakcik Idrus dan Puan Ameerah yang membela mereka sejak Hanna masih berusia dua bulan setelah kematian kedua orang tuanya akibat kemalangan.

" Aisyah, jauh termenung." Syaza mematikan lamunannya. Aisyah tersenyum.
" Syaza, alangkah indahnya andai kita mampu merasakan cukuplah Allah dalam hati." Aisyah kembali melontarkan jauh pandangannya sejauh mata memandang. Syaza mengerut dahi.

CUKUPLAH ALLAH

" Syaza. Orang yang awak sayang sememangnya jauh, tapi Tuhan yang Maha Penyayang itu dekat. Dia nak awak rasa bahawa dengan adanya Dia dalam hati awak itu sudah mencukupi walaupun berjauhan dengan yang tersayang. Maksud terasa Allah itu cukup bukan bermakna kita mengabaikan keluarga yang lain dan hanya merasa Allah sahaja dalam dada, tapi dengan berjauhan dari yang tersayang itu akan mencambahkan lagi sifat BERSYUKUR dan MENGHARGAI segala apa nikmat yang Allah pernah beri di depan mata. Nikmat punya ibu bapa, adik-beradik, orang yang prihatin terhadap kita, bantuan Allah yang tak pernah kita terjangka, dan macam-macam lagi.:

Aisyah menggenggam kemas tangan sahabatnya.

" Saat kita merelakan dugaan itu hadir menjemput kita, kita meredhakannya dengan penuh ketabahan dan kesabaran, maka rahmat Allah itu pasti akan hadir dalam setiap helaan nafas. Meski sesaknya dugaan datang bertimpa, awak akan menemui kebahagiaan berupa ketenangan yang tidak semua orang mampu memilikinya. Bagaimana caranya? Berbaik sangka dengan Allah. Sesungguhnya Allah itu dalam sangkaan hambaNya. Andai kita berbaik sangka dengan Allah, maka hamparan kasih sayangNya akan bertandang di setiap penjuru jalan kehidupan yang akan kita lalui selagimana kita kekal berusaha untuk mentaati perintahNya." Kemas Aisyah bermadah. Bukan kosong dia berkata. Namun dia juga sendiri pernah merasa gelisah dengan ujianNya.

Syaza mula membina tembok empangan di mata agar tidak pecah. Ditahan sebak dadanya dengan lantunan istighfar dan hauqalah (baca : la haula wa laa quwwata illa billah) Dalam kerinduan mendalam terhadap adik kecilnya, Hanna dan arwah ibu ayahnya, Aisyah lebih hebat diduga. Namun tidak pernah dia melihat air mata Aisyah mengalir di hadapannya melainkan ketika Aisyah bersujud menghadap Tuhan Yang Esa.

Sering juga Syaza terbangun dan ternampak Aisyah sedang melakukan solat malam. Pernah sekali dia hanya memerhati dalam diam. Sujud Aisyah begitu lama dan dalam. Saat bersujud itu bahunya terhenjut-henjut menahan sebak. Seusai bangkit dari sujudnya mata Aisyah pasti bengkak. Tatkala soalan ditanya, Aisyah hanya tersenyum dan menyembunyikan luka hatinya.

Satu hari. Dia sendiri melihat Aisyah terlantar tidak berdaya. Mukanya pucat. Badannya lemah. Terkejut kerana ini kali pertama dia melihat sahabatnya sakit di depan mata. Saat Syaza mengajak Aisyah untuk pergi ke hospital, Aisyah hanya menolak dan berkata.

" tolong bacakan yasin untuk saya." Aisyah mengukir senyuman tawar. Dengan menahan sebak alunan yaasin diperdengarkan kepada Aisyah. Seusai habis yasin dibaca, Aisyah bangun dengan perlahan-lahan. Syaza membantunya utnuk duduk. Segelas air yang teah dibacakan Yasin itu disuakan ke mulut Aisyah. Dia meneguknya dengan kepayahan. Syaza memandangnya dengan penuh persoalan.

" Awak sakit apa sebenarnya, Aisyah?"
" Awak takkan pernah tergerak untuk merasainya. "
ketika itu mata bertentang mata. Pecah jua kolam deritanya.

DI MANA PENGHUJUNG?

" Sejak kecil aku ada sakit misteri yang sering menjengahku tidak kira masa. Biasanya manusia yang melakukan ibadah dan zikir, maka ketenangan membalutnya dan kesakitan akan berkurangan."

Syaza mengangguk. Dia sendiri merasai dakapan Tuhan terhadap hamba yang berserah kepadaNya setelah berusaha.

" Tapi aku bukan insan yang dipilih seperti itu. Semakin aku berzikir dan bermuajat, semakin kuat aku merasai kesakitan itu. Namun aku takkan pernah berhenti kerana aku tahu, mungkin kesakitan itu adalah jalan yang Allah pilih untukku menuju redhaNya."

Syaza segera memeluk Aisyah dengan deraian air mata.

" Aisyah. Kita masih ada sisa baki kekuatan itu kerana Allah yang beri. Setiap titik kelemahan diri yang Allah zahirkan kepada kita itu sebenarnya Dia hendak menilai bagaimanakah usaha kita untuk membaluti kelemahan itu dengan perbaiki diri ke arah mentaati perintahNya. Meskipun kita tak kuat, kita ada Dia, Syah. Kita ada Allah.. Kerana Dialah kita harus kuat."

Harus KUAT, Demi DIA.

Sejak hari itu mereka saling melengkapkan. Segala kesedihan mahupun dugaan itu dilalui dengan hati yang tabah dan redha dengan ketentuan Tuhan. Dugaan dan ujian yang menimpa bukanlah alasan kepada mereka  bermalasan untuk kekal mentaatiNya. Bahkan bertambah pesona Percaya dan YAKIN akan ketetapan Allah yang takkan pernah terjangka buat hamba yang bertawakkal kepadaNya.

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (at-t0laq)


Kemana lagi perjalanan hamba, melainkan untuk menuju redhaNya. Berkat dorongan dan konsistensi keyakinan yang tak pernah sirna kepada Allah yang Maha berkuasa, akhirnya kehidupan mereka menjadi bahagia dan sejahtera dalam dakapan redhaNya.

Aisyah dan Syaza mendapat anugerah dekan dalam jurusan yang dipelajari. Hanna yang sudah berumur sepuluh tahun turut meraikan kejayaannya. Aisyah pula bahagia bersama keluarga tercinta. Kesakitan itu bukanlah penghalang untuknya menuntut ilmu meski deritanya tiada siapa yang tahu.

Hakikatnya, usaha sedaya upaya itu yang akan Allah kira. Natijahnya akan diberi dengan penuh santunan Yang Maha Mengasihi. Kadang hikmah itu diberi dalam bentuk gembira mahupun duka. Semua hamparan nikmat yang Allah kurniakan kepada setiap hambaNya itu adalah untuk menilai siapa yang benar-benar menikmati lingkaran kehidupan menuju redha Tuhan.

Aisyah dan Syaza kini lebih memahami hakikat hidup.
Tanpa kesusahan dan kepayahan yang Allah beri dalam celahan ukiran kehidupan, kita takkan mampu menilai kukuhnya permata iman dalam dada atau sebaliknya.
Tanpa kesakitan ataupun dugaan yang terhampar dalam kehidupan, kita takkan mampu menerima kaffarah dosa percuma secara langsung milik Ilahi.

Semuanya terpulang kepada hati. Andai dugaan itu diterima dengan hati yang tertutup, maka akan berlapis-lapis penderitaan yang tidak berkesudahan. Namun sekiranya kita menyambut setiap ujian itu dengan keyakinan tulus padaNya, maka kelancaran hidup itu secara tdak langsung akan Allah tuntunkan untuk kita.

Besarkan JIWA.
Rendahkan hati.
langkahkan setiap derapan kaki.
Semuanya demi Yang Esa.
Harus KUAT, demi DIA.

:)

aLLAHU a'lam

6 comments:

RaiHaNa said...

Wuuu~ :')

Jazakillah khayr akak...
Moga sahaja langkah ini terus gagah keranaNya insyaAllah. :'')

Terus menulis buat ummah.
Allahu yubarik fiik ya ukhti mahbubah.^_^

azuma nurul said...

ya ukht mahbubah..

ku persembahkan ukiran kalam ini moga dengannya terbit kekuatan dr yg Esa..

harus KUAT. demi DIA. :')
jzzkillah kheir sebab sudi bacaa ^^
mohon doanya, ya..

Egg Head said...

:p

hainil fatihah mohd fauzi said...

Allahu :')
Semakin jauh mata ini meniti dari perkataan ke perkataan seterusnya, semakin sebak hati menagih tangis.

Moga diluruskan perjalananmu meniti hari2 berbaki. Demi ummah yang sakit..kita harus kuat sahabat.
Jangan pernah berhenti menulis demi ummah.
Sentuh hati2 mereka dengan kuasa pena. InshaAllah..doa dari adikmu ini terus mengiringi perjalanan mu ^^

azuma nurul said...

in syaa Allah sahabat..

moga Allah sentiasa memelukmu dengan dakapan yang sangat erat..

harus KUAT. demi DIA
demi ISLAM tercinta :')

*m0h0n d0anya jua ya.. m0ga Allah beri kita kesempatan utk melebarkan kasihNya melalui pena.. ;)

azuma nurul said...

:) jzkk kheir kerana sudi baca.

m0h0n d0anya, ya..


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com