Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Thursday, May 23, 2013

gain weight. eh?

bismiLLAH

Musim ini begitu hangat.
masanya tiba saat debaran lepasan SPM untuk menanti peluang yang akan terbentang di hadapan mata.
adakah seperti yang dirancang ataupun yang tidak terjangka?

waktu lapang itulah diisi untuk menaikkkan berat badan. *yaka?
mahupun marath0n buku atau m0vie yang berderetan?

Di sini ingin si kakak ini k0ngsikan sedikit pengalaman.
*sikit sangat sebenarnya. ambil yang baek buang yang buruk ya.

PANDANGAN DIRI SENDIRI DAN IBU BAPA BERBEZA?

Tatkala hangatnya pelajar lepasan SPM yang ibarat biskut yang baru keluar dari ketuhar, ramai yang mengimpikan untuk menyambung pelajaran di tempat-tempat yang terkemuka mahupun yang dirasakan terbaik setandingan dengn kemampuan dirinya.

Namun satu persoalan yang timbul. Ia menjadi dilema apabila perbezaan aliran antara diri dan keluarga.

" nak sambung apa nanti? "
" rasanya nak sambung bidang agama laa ma. "
" tapi mama rasa el0k sambung bidang perubatan. kita memerlukan ramai doktor Islam "

gulp. dialog yang masih terngiang-ngiang di minda satu ketika dahulu.

iyalah. saya bukannya mahir dan pakar dalam bidang sains berbanding sahabat yang lain. kudrat pun kurang berbanding mereka. namun hati meronta-ronta untuk memilih bidang agama. Pilihan yang dibuat pertama kali semua kelapan-lapan pilihan UPU diletakkan disapu habis oleh bidang agama. Mama balik rumah tanya.

" ain isi upu apa?"
" er.. agama. "
" isi la sains.."  ---> hanya tiga patah perkataan yang diluahkan. umpama b0m at0m yang menerjah jiwa. dengan berat hati pilihan UPU diisi semula kali kedua dengan bidang sains kecuali pilihan ke 5 - usuluddin UM dan pilihan KETUJUH - Asasi Pengajian Islam dan Sains, UM . yang lain sains.

" habis tu kalau permintaan parents lain dengan kehendak hati kita, nak dahulukan yang mana??"

ha. begini.
el0k kiranya duduk dan bincang bersama dengan keluarga. Memang benar kita kenal mana kekuatan dan kelemahan kita. Namun mungkin kita tidak sedar masih ada kekuatan yang tersembunyi kita tak nampak, tapi family kita nampak ada kekuatan itu pada diri kita. adapun kelemahan yang terzahir ada pada diri, tapi kita sendiri tidak terperasan pun akan keberadaannya. Maka solusi terbaik adalah BERBINCANG bersama dengan keluarga dengan penuh kasih sayang dan pengharapan. Jangan lupa, d0a harus sentiasa mengalir agar Allah tunjukkan jalan. :)

" tapi kalau pilihan family tu berbeza dengan pilihan hati, bagaimana?? "

usah bimbang. Sesungguhnya takdir itu di hujung usaha manusia. PALING PENTING : mintalah keredhaan kedua ibu bapa kita untuk meneruskan pelajaran dalam apapun bidang yang ingin diceburi. walaupun payah untuk menerima, Allah pasti akan memberikan hikmah yang tak dijangka..

" yeke. saya kurang yakin la. saya masih minat bidang sains.. :( "

Allah pasti akan memberikan hikmah yang tak dijangka..

Elok saya berkongsi dengan adik-adik tentang pengalaman sendiri. Sungguh HIKMAH dan KASIH SAYANNG ALLAH tak pernah akan kita jangka kann dengan sentuhan hati atau pandangan mata!

hikayat bermula...

EPILOG

Nurul seperti sahabatnya yang lain mengimpikan untuk sambung belajar di luar negara dalam bidang perubatan ataupun agama. apa-apa pun boleh asalkan luar negara. mahu berdikari katanya. maka segala peluang untuk mendapatkan biasiswa dimanfaatkan sebaik mungkin. 

permohonan biasiswa Zakat Selangor, MARA, Matriks, UPU dibuat. dalam penantian penuh debaran, Nurul berdoa untuk mendapat sesuatu yang terbaik. Namun hatinya berasa ragu-ragu kerana kedua ibu bapa yang disanjung amat mengharapkan puteri bongsu ini akan menjadi doktor kedua dalam keluarga. Dalam jiwanya memberontak dengan dialong yang sama,

" AKU TAK MAMPU UNTUK SAMBUNG MEDIC "

Maka Nurul pun bertanya pendapat kakaknya yang sedang menuntut ilmu perubatan di tanah Eropah. Kakak turut bersetuju dengan pendiriannya dahulu untuk tidak menyambung pelajaran dalam bidang perubatan seperti yang diharapkan ibu bapa.

" MARA mintak tak? apply kos apa? " tanya kakak

" erm. ambil kos psikology. tapi mamabah taktau. " balas nurul ringkas

" okai gak tu. psikologi masih kurang develope di Malaysia. Ramai yang melihat pekerjaan orang yang ambil bidang psikologi ini hanyalah di hospital dan sekolah. Kalau di barat setiap syarikat ternama tu ada satu department psikology untuk pastikan setiap pekerja mampu untuk bekerja tanpa tekanan yang terlalu berat "

kata-kata kakak itu membuatkan Nurul berasa teruja.

temuduga MARA

"ya Allah... izinkanlahhh" Nurul berdoa dengan kerap. Jarinya menggeletar untuk menaip sebaris nombor kad pengenalan untuk melihat permohonan temuduga MARA diterima atau ditolak.

" Alhamdulillah!! dapat interview psikology australia!" hati melonjak girang.

TAPI.

" Aku tak bagitahu pun mama abah yang aku pilih psikology untuk biasiswa MARA ni. Yelah. Mama Abah nak sangat aku ambil bidang sains, UPU aku letak 6 pilihan sains, 2 pilihan je agama. permohonan Zakat Selangor mesir medik n jordan pengajian Islam tak dapat. MARA je la peluang terakhir aku. " Nurul mengomel.

Sewaktu makan malam, Nurul mengambil keputusan untuk memberitahu mama dan abah.

" ma, abah, ain dapat interview MARA. "
" alhamdulillah.. bila interview? kos apa?"

gulp.

" erm.. psikology. "

Mama dan Abah memandang sesama sendiri.

" tak ambil Medic ka? Psikology nanti nak kerja apa? "

jelas. wajah mama dan abah terpancar kecewa.

PRANG! berderai sebentar hati.

malam dijadikan medan untuk menumpaskan keegoan diri. Hamba itu pasti pulang mencari Tuhan Yang Maha Esa.

Diri Nurul tersepit antara kemahuan hati dan pilihan ibu bapa. Peluang ada di depan mata tetapi kurang direstui orang tua. 

" Ya Allah.. tunjukkanlah aku jalannya.. "  hanya itu doa yang dititipkan Nurul siang dan malam.

SAKIT

" kak, sabtu ni interview MARA. Boleh tolong hantarkan tak? "
" hari ini hari apa? " 
" Jumaat lah. "
" owh. insya Allah. Mama abah pi Kedah hari ni. tak sempat rasanya nak balik sini malam ni juga. Takpe aku jela yang hantar es0k. "
" Terima kasih kak.. " Nurul tersenyum. Cahaya masa depannya itu semakin dilihat hampir kepadanya.

" Australia. Apakah aku akan menjejakimu nanti? " Nurul bermonolog sendiri.

Rumah kelihatan sunyi. Mama abah dan abang-abang pergi ke Kedah. hanya tinggal Nurul dan kakak di rumah. Jantung Nurul tidak berhenti berdegup hari ini. Perasaannya terasa aneh sekali. Namun istighfar dilazimkan dalam basahan hati agar perasaan itu segera dihindari.

" Nurul. " kakak memecahkan keresahan dirinya. Dengan lambat-lambat kakak menyambung bicara.

" hari ini embah operate. Lepas zohor kita lawat embah di hospital, ya? " 

Nurul hanya mengangguk. Sudah empat hari Embah ditempatkan di hospital. pemeriksaan bulanannya di hospital selama beberapa tahun ini langsung tidak dijangka akan kehadiran tumor kepala yang sudah bermastautin lapan tahun. Saiz tumor yang begitu besar tumbuh di permukaan tempurung kepala Embah menekan bahagian otak kanannya. Atas permuafakatan adik-beradik mama, akhirnya kata sepakat dipersetujui untuk dibuat pembedahan pada hari tersebut, hari Jumaat yang mulia.

disangka panas sampai ke petang, rupanya........

" kringgg!!! "
" Nurul, angkat telefon tu. "

tertera nama ABAH di skrin Sony Ericson milik kakak.

" Assalamualaikum. Abah..."
" waalaikumsalam.. Nurul.. nenek dah tiada.. " gentar suaranya dapat Nurul duga bahawa Abah sedang tertahan dalam tangisan.

Dunia seakan kelam seketika.
GELAP.

NENEK

Embah adalah panggilan kepada nenek sebelah mama yang akan menjalani pembedaan selepas zohor. Nenek pula panggilan nenek sebelah abah. Nenek sudah lama terlantar akibat kencing manis yang semakin menggila. kakinya terpaksa dipotong oleh doktor kerana kuman diabetes telah menyerang tulang. Keputusan kaki dipotong dipersetujui oleh adik-beradik abah dengan hati yang redha dan mengimpikan agar kesihatan itu bertandang semula.

Nurul mengimbas memori terakhir bersama arwah nenek. Setiap kali dia pulang ke kampung sabak bernam, makanan akan sentiasa disediakan oleh arwah. setiap kali waktu makan arwah pasti akan mengajak semua anak dan cucunya untuk makan bersama, tiada yang terkecuali. Masih terasa gamatnya suasana dapat kumpul dan makan bersama. Solat Maghrib dan isya' berjemaah di tingkat atas yang berkayu. Nenek yang ramah dengan senyuman dan sentiasa menunjukkan ketabahan dalam menyara dua belas orang anak kesayangan sehingga mampu untuk memuncak ke menara impian.

Semua tinggal kenangan.

Detik akhir bersama nenek adalah ketika lawatan ke ICU untk melihat nenek yang baru dipotong kakinya dua hari yang lalu. Mama dan Abah turut serta. Berat hati abah kerana sewaktu pembedahan dijalankan, abah masih di rumah untuk menjaga keadaan yang sungguh diuji Allah. selepas waktu kerja abah terus mengajak mama dan nurul untuk pergi ke hospital telok intan dan melawat nenek.

tidak disangka. itulah pertemuan terakhir di dunia.

" Nurul, kenapa?? " kakak kembali memecahkan kesayuan.
" Nenek... dah tiada.. " Berderai tangisan air mata. Kakak jua sayu. namun ditahan untuk redha dan pasrah kepadaNya.

"j0m siap. kita zohor di hospital. kita lawat embah sekarang. lepas tu kita balik kampung tengok arwah."

Petang itu awan mendung berarak, seolah-olah meraikan kesedihan hati ini. Hujan mencurah ke bumi untuk melebarkan rahmatNya pada hari penghulu segala hari. Kereta Proton Saga Laju dipandu oleh kakak ke hospital untuk melawat embah sebelum pembedahan bermula. sepanjang perjalanan ayat alquran diperdengarkan untuk mengembalikan ketenangan jiwa.

di waktu itu. fikiran Nurul berkecamuk. Jiwanya remuk.
" Keputusan apa yang perlu aku ambil? beratnya dugaanMu Allah " Nurul menangis.

Setibanya di hospital, Nurul segera melunaskan tanggungjawab sebagai hamba Allah dalam tuntutan rukun Islam yang kedua. Seusai solat zohor, kakinya segera menapak ke bilik Embah.

Air mata segera diseka. senyuman tawar cuba dicipta.
Pintu dikuak.

" Assalamualaikum.." Nurul cuba untuk menjadi biasa. Embah di atas katil menjamu selera. Makcik-makcik yang mengetahui nenek sudah tiada cuba untuk menguatkan jiwa.

" jangan bagitahu embah, ya.. " pesan Mak Tum. Nurul hanya mengangguk.
ziarahnya tidak lama, segera Nurul dan kakak memohon untuk mengundur diri dan segera pulang ke sabak bagi melihat arwah nenek buat kali terakhir. Ketika itu air mata menjadi peneman di sepanjang perjalanan. 

Pergilah dikau dengan tenang..

Wajah arwah nenek dikucup bua kali terakhir. Nurul dan kakak antara orang terakhir yang datang dan melihat arwah nenek sebelum dia disolatkan dan dikebumikan.

bersemadilah arwah nenek dengan tenang menghadap Tuhannya Yang Maha Penyayang. Al-Fatihah.

Ke Mana arah tujuku??

Seminggu berlalu. arwah nenek sudahpun disemadikan dengan aman. Satu hari yang tidak pernah disangka menghentam keyakinan yang selama ini tidak pernah tercalar kepada Tuhan. Dalam hari yang sama arwah nenek meninggal dan Embah dibedah.

Embah terlantar koma di ICU sebaik sahaja pembedahan dijalankan. Rupanya tumor otak itu sudah menjadi parasit yang membina saluran darah terus dari otak. Doktor melaporkan bahawa sebaik sahaja tumor itu dikeluarkan, darah tidak berhenti mengalir keluar. darah Embah hampir habis segera ditangani dengan empat beg darah baru. Pendarahan tidak berhenti itu membuatkan pembedahan yang sepatutnya dijangkakan berlangsung selama lima jam dilewatkan sejam lagi atas masalah yang tak pernah diduga oleh doktor pakar bedah itu sendiri.

Nurul ditugaskan untuk menjaga embah di ICU secara berganti-ganti dengan saudara yang lain. Kini dia menyerahkan sepenuh ketetapan itu kepada Tuhan untuk meletakkannya di tempat yang terbaik bagi menyambung pelajaran. Temuduga MARA diucapkan selamat tinggal. Hanya tinggal UPU juga matrikulasi yang sudah memberi tawaran untuk ke Melaka bandar bersejarah. Arah tuju matlamatnya berubah seratus lapan puluh darjah tanpa dipinta. 

Segera pesanan kakak yang jauh menuntut ilmu di medan Eropah ligat dimindanya.

" kompaskanlah hidupmu menuju Allah. Akan dia beri yang terbaik buat hambaNya yang berharap dan REDHA dengan ujian. "

keyakinan yang retak kini kembali utuh. Kepercayaan akan takdir yang bakal dihadapi dengan tak pernah disangka dalam hati.

ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG

" Nurul, ada apply UM tak? " Siti menegur Nurul dalam laman sosial muka buku.
" tak ingatlah. ada rasanya. Kenapa? " 
" UM dah keluarkan tawarannya untuk pelajar-pelajar. boleh la cek di link ini " Siti memberikan link untuk menyemak tawaran sama ada diterima ataupun sebaliknya.

Hati Nurul goyah. 
" Perlu ke aku semak? Komfem tak dapat laaah. " Namun jarinya terasa gatal untuk menaip sebaris nombor kad pengenalan yang tertera di skrin laptop.

" TAHNIAH! NURUL DITERIMA TAWARAN ASASI PENGAJIAN ISLAM DAN SAINS UNIVERSITI MALAYA. "

matanya berkebil berkali-kali. Nurul masih syak wasangka dengan apa yang dilihatnya. Dia segera mencari salinan permohonan UPU yang terselit di celahan document dalam komputer.

" lah, UM pilihan ke TUJUH. tapi..? " Nurul menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Segera dia memberitahu kepada Mama dan Abah. Hati tidak tahu hendak gembira atau apa. Kosong. Tiada perasaan.

" Ha. baguslah. UM tu universiti tertua di Malaysia dan dah keluarkan ramai graduan yang telah melakar sejarah agung di Malaysia."
" bagus. Alhamdulillah. dekat je pun dengan rumah. " mama berkalam.
" tak ma, jauh. bukan kat KL, tapi kat KELANTAN. " Nurul membalas ringkas.

Semasa berada di ruang tamu, mama meminta Nurul mengurut tangan mama. Dengan penuh debaran Nurul bertanya kepada mama,

" Mama, mama suka Nurul sambung belajar kat mana? "
" Mama suka Nurul sambung belajar di Kelantan.. "

Sungguh. redha ibu bapa itu mengandungi seribu satu hikmah yang tersembuyi.

Prolog

Akhirnya penantiannya dan kepercayaan yang tidak pernah malap menghadiahkan rezeki yang tak pernah disangka. diberi peluang untuk menyambung pelajaran dalam dua bidang secara serentak; agama dan sains sekaligus dapat menenangkan kekusutan dalam dada.

antara pilihan ibu bapa dalam bidang sains, diri sendiri dalam bidang agama, dan minat dalam psikologi, Allah menetapkan satu ketentuan lain yang LEBIH SEMPURNA, LEBIH TERSUSUN DENGAN RENCANANYA YANG AGUNG. 

Kini Nurul bahagia menuntut ilmu sambil dikelilingi oleh sahabat ohana yang saling menguatkan juga keluarga yang saling mendoakan.

Siapa sangka antara banyaknya rencana yang Nurul aturkan untuk masa depannya,

matirks melaka.
psikoligy australia
medic mesir
pgajian islam jordan

akhirnya Allah memilih bidang pengajian Islam dan Sains ditimba oleh Nurul agar ilmu penuh di dada di tanah air tercinta, tanpa perlu ke luar negara.

dan kini Nurul bahagia dengan segala ketentuanNya, juga perancangan Allah yang Maha Indah.
Kalau dahulunya air mata tak pernah berhenti dengan dugaan yang bertimpa selepas SPM, kini Nurul sudah mampu tersenyum dan bersyukur dengan perjalanan hidup yang lebih bererti.

saat keluarga menyokong dengan hati.
jua sahabat yang ada dan saling menasihati.
bahawa ALLAH itu Maha Adil rencananya.
Walaupun pahit ujian itu menduga.

TAMAT :)

*kisah diatas diolah sedikit berdasarkan pengalaman sebenar.

oleh itu adek-adek yang dirahmati Allah. Banyakkan berdoa agar jalan yang kita pilih ataupun yang Dia tetapkan untuk kita demi menyambung pelajaran ini, adalah jalan yang Dia redhai dalam senandung redha ibu bapa yang mengerti akan anak yang disayangi..

jangan pernah mengalah dengan setiap ujian yang Allah beri.
Jangan pula cepat melatah dengan kesengsaraan yang terasa dalam hati.
Sungguh, siapa yang KUKUH meletakkan Allah di hati.
nescaya, kebahagiaan akan datang menanti..

Selamat menuntut ilmu di medan baru, medan UNIVERSITI..
BITTAUFIQ WA NAJAH!

ALLAHU A'LAM

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com