Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Tuesday, March 19, 2013

bicara hati

bismiLLAH.

saat bicara hati itu mel0ntarkan em0si.
kadang terlhat ketabahan dalam diri
yang dipandang sepi..

JUMAAT 15 MAC

ambil peluang untuk pulang bertemu keluarga. sambil mencari kekuatan untuk berdepan dengan 2 paper lagi. awal perjalanan sudah diduga. angkara tidur lewat mengemas bilik yang siap untuk berpindah.

migrain. isi perut se0lah-0lah terasa untuk dikeluarkan semua. tahan. tidur. hehe
perjalanan yang disangka 7-8 jam seperti kebiasaan, menjadi 10 jam. lain benar rasanya menaiki bas pada waktu pagi berbanding malam. ini kali pertama dan terakhir akanku naiki bas ke kelantan pada waktu pagi. T-T

setibanya di rumah..
" j0m balek kampung es0k. teng0k embah." mama ucap.
aku hanya menganggukkan kepala. saat berdenyut-denyut urat melakari kesakitan yang teramat sangat kesan mabuk jalan..

SABTU 16 MAC

awal perjalanan pagi singgah ke tanjung karang. rumah makcik.  bantu sekadar daya, mama mahu pulang ke rumahnya untuk menjaga embah. aku segera merapati dan mengek0ri mama. seusai tiba di parit 7, sekinchan. segera langkah kakiku ke bilik itu.

ya. dia ada di situ..


masih di situ. di katil itu. terlantar lesu.
aku pergi kepadanya. bersalam. dia menggeggam tanganku erat kemas.
matanya berkaca.

"embah kenal tak ni siapa?"
" ain.."
mataku yang berkaca. tangan kanannya bergerak2 se0lah2 tasbih di tangannya.
masih TAAT SETIA menjadi hamba walaupun kudrat sudah tiada.
rindu ku terhembus padanya. jasad yg lemah atas katil itu dahulu membesarkan anak2 dengan tabah.
dahi yang sentiasa bersujud tepat pada waktunya.
meski kini hanya mata yang berbicara
genangan air mata mengusik jiwa.
dia memberiku satu petanda
bahawa HAMBA yang DEKAT dan KUKUH meletakkan Allah dihati itu
umpama akar yang menggenggam padu tanah kehidupan . meski keras dig0ncang. akar itu tetap TEGUH meletakkan pergantungan pada satu pengharapan.

Dia. TUHAN MAHA ESA. MAHA KUASA


ya. aku tak kuat. tapi aku belajar erti kuat dengan melihat insan-insan di sekelilingku. Allah mengajar utusanNya UNTUK menjadi kuat dengan menelusuri pengalaman hidup yang memeritkan dan menyakitkan. dengan cara itu semakin kukuh Baginda rasulullah s.a.w memahat Allah di hati, disanubari.
dalam celahan gua hira' yang di tahannuth, di sebalik gua thur tempat bersembunyi. di sebalik t0if saat anak-anak membaling batu diwaktu baginda ingin menyebarkan risalah bahagia. baginda hanya tersenyum. tanpa dendam berselirat di hati.

kerana baginda TAHU. Allah itu sentiasa di sisi.

aku mengurut-ngurut embah. matanya berkaca. aku membelai rambut putihnya. mata kami saling berbicara. di sebalik lumpuhnya keseluruhan bahagian kiri tubuh badan embah, dahulu tangan, kaki itu sentiasa berusaha untuk membantu sedaya mampu. hatta sehingga saat terakhir aku melihatnya masih mampu duduk dan menikmati makanan dengan dua tangannya, pesanku hanya ; " embah, cepat sembuh tau."

hari itu sangat panas. bahangnya tidak terkata. aku duduk di ruang tamu bersama bibik yang setia membantu cik r0s menjaga embah. sementara aku duduk dan membelek telef0n bimbit yang seringkali menjadi mangsa anak buahku, bibik memegang henp0n itu.

" ni siapa punya?"
" ain punya... kenapa bik?"
bibik menghulur senyuman. 
" dulu sewaktu bibik datang malaysia pertama kali, bibik beli henp0n yang ada kamera. tapi tak reti guna. lepas tu bibik beri kepada anak-anak di kampung. kena beli 3, anak ada tiga. nanti gaduh pula mereka."
" aah bik, guna yang ini saja senang nak call" aku menunjukkan henp0n n0kia biru ku.

dan ketika itu...bermulalah satu cerita..

" eh ain. alquran tafsir besar kat sini berapa ya harga?" bibik bertanya.
" erm. dalam kurang 100rm dah b0leh dapat, bik.."
" bibik nak beli untuk anak...alquran tafsir di sana mahal.. tapi kan, kalu p0s alquran tu, dia campak-campak tak macam barang yang lain? bibik risau la...kan DOSA kalau alquran tu dicampak macam barang yang lain.."

gulp.
aku pun tak pernah terfikir.
satu perkara yang amat ku kagumi dengan bibik ini
walupun biasa-biasa sahaja zahirnya
batinnya dia amat beradab dengan alquran, dengan ilmu Allah.
aku malu dengan diri sendri...

( dua 0rang kembar c0mey yang tembambammm )

" bik, kalau tanak kena campak-campak. kita wat trick sikit. hehe. bibik cakap barang tu fragile a.k.a mudah pecah. at least dia akan jaga el0k-el0k, tak la tercampak-campak macam barang lain waktu dia nak pos barang ke seberang..."

bibik hanya mengangguk. dan dia mula bercerita perihal anaknya. aku suka mendengar ceritanya. kisah hidupnya. Allah mentakdirkan aku untuk mencari kekuatan itu dengan bermacam manusia menceritakan kisah mereka padaku. pengalaman. itu mematangkan iman di hati. 

" haritu bibik call anak di kampung. semuanya sihat-sihat saja. bibik dulu hidup susah. kalau makanan itu, anak-anak bibik belah tiga, untuk tiga 0rang. dulu anak bibik sek0lah sama, tapi selalu gaduh saja. bibik pindahkan sekolah adiknya, baru la abang dia kata rindu adiknya.." bibik mengukiir senyuman.

aku tahu. di celahan lubuk hatinya, dia merindui anak-anak itu.

" kalau anak-anak bibik bergaduh, bibik datang saja, adiknya yang menangis terus lap air mata dan senyum, kata takda apa-apa. bibik awal-awal dah beritahu, adik beradik tak b0leh bergaduh. nanti masuk neraka. alhamdulillah mereka faham. " (maksud bibik itu, tak boleh putuskan hubungan silaturrahim)

mata aku melilau melihat iklan di tv tentang kuliah perdana tentang rasulullah di masjid sultan zainal abidin, putrajaya yang dihadiri 0leh ulamak kabir seluruh dunia.  tak ada rezeki lagi untuk menyertai majlis ilmu itu. hmm

" dahulu kat tempat bibik, waktu ulamak datang untuk buat s0lat malam, penuh satu masjid dan pesantren. dari malaysia pun ada datang. s0lat sampai di tepi jalan. kalau nak pergi ke pesatren tu, tak b0leh bawak kereta, sebab ramai sangat. semua naik bas yang penuh dan padat dengan 0rang. "

" kat mana tu bik? "
" di pesantren alq0diri, jawa timur "
" o0o.. "
" ramai sangat 0rang di sana, macam ada kat mekah dah. penuh. kalau yang datang jauh, 3-4 hari sebelum tu da sampai dah.."

kagum. semangat cintakan agama, cintakan ulamak masih kuat di sana. di malaysia? aku lihat, semangat cintakan Islam dan ulamak itu semakin mekar dalam hati pemuda pemudi malaysia. Ia memerlukan masa, memerlukan pr0ses, dan penantian serta usaha untuk mendirikan Islam kukuh di hati,kan? biar masa itu menjadi sebahagian daripada rawatan. aku pasti. MALAYSIA mampu melahirkan generasi yang lebih beriman dengan penglibatan ulamak yang rendah hatinya serta besar jiwanya untuk melebarkan ilmu dan kefahaman kepada masyarakat.. :)

aku suka mendengar bibik bercerita. setiap kali aku pulang ke kampung atau bertemu di h0spital, pasti bibik akan meluahkan kisahnya padaku. mungkin ada pada 0rang lain juga. cerita bibik penuh pengajaran dan ketabahan. terbias ketabahan pada wajah tulusnya.

" ain, Allah itu Maha Kuasa. Dia bagi macam mana ujian pada kita, tanda Dia sayang pada kita..lebih dari 0rang lain " -bibik-

yang aku belajar. erti dunia itu bukanlah pada pangkat dan darjat. namun iman dan taqwa di hati itu akan memancarkan cahaya imannya menembusi kegelapan jiwa dan sanubari. dan bersinarlah wajah mereka-mereka yang Allah sayangi. tanda mereka diredhai..

pakcik pula datang.



" ain macam mana sekarang? "
" alhamdulillah..." jawabku basi-basi. bukan tak mahu bercerita yang sebenar. cukuplah mereka gembira melihat "sihat" nya aku.
" ain nak tahu tak.. semaki kuat iman manusia, semakin KUAT ALLAH UJI. cuba teng0k siapa paling kuat diuji? rasulullah, kan? bagaimana dicaci, dihina, tapi rasulullah tetap TABAH untuk menyebarkan risalah Ilahi.. SABAR dan REDHA.. tu penting."

aku terkesima.
betapa indahnya aturan Allah hari itu
bersusun teladan yang Allah hadirkan supaya aku mencari kekuatan di sana.
terima kasihku Allah..
kerana mengurniakan insan-insan yang memberiku ketabahan secara tak langsung. dengan rahmatMu..

BICARA HATI.

bila hati berbicara
kadang yang terukir hanya luka
yang tergambar derita hanya
yang tertulis tangis duka
namun jelas wajah bahagia
saat Tuhan melakari setiap sentuhan jiwa.

bila hati berbicara
perang putus asa dan yakin pada Tuhannya
maka mana yang harus kau menangi?
cukup menangisi takdir diri 
atau tetap UTUH MEYAKINI SANG ILAHI?

terus hati berbicara
biar kalam manusia mengukir luka jiwa
namun jangan kau biarkannya melukai iman di dada
cukup ia menjadi pemangkin pahala
menuju redha
menuju syurga
kerana manusia itu akalnya berpandu iman
gerakan amal berpandu kefahaman
dan islah diri berpandu taqwa

kuat lah jiwa. biar hati bicara bahagia
indahnya Islam tiada tara
tanpa bicara dusta..

*malam. berangkat ke nilampuri. m0h0n d0anya :')
Allahu a'lam


No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com