Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Friday, December 7, 2012

senyum

bismiLLAH.

m0ga manik mengalir ini mampu mendamaikan jiwa resah.

senyum itu penguat hati
seringkali DIA itu hadir
hampir menguasai diri
namun aku kuatkan hati
mengingati g0resan-g0resan senyuman
yang menjadi semangat nadi
meski hampir putus nafas tabah sanubari

dulu
saat aku perlukannya
pasti ada tangan lembut 
yang penuh kasih sayang membelai luka jiwa
pedih jasad
seka air mata gundah
mama abah
kakak abang
mereka sedia di sisiku

saat aku jauh pada mereka
saat yang sama aku terasa DIA hadir
jiwa member0ntak perlukan tangan untuk kembali membelai dengan lembut
tanpa aku sedari
saat aku jauh dari mereka
secara INDAHNYA telah Allah membahagiakan jiwa ini
dengan belaianNya yang abadi
melalui kasih sayangNya yang tak terperi
dengan dugaan DIA
DIA, kesakitan ini.

sering manusia bertanya
penyakit apa yang membelenggu diri
bukan maksudku untuk merahsiakan itu
cukuplah aku menjadi diriku yang baru
kerana kau takkan mampu 
untuk melihat aku sekarang
pada zaman dahulu

aku belajar erti bahagia
saat mereka ketawa dengan kesihatan bertakhta
aku semampunya mempertahankan senyuman
yang terukir antara dua bibir
akan terus manis sipandang manusia
meski jiwa peritnya Tuhan yang Tahu

aku belajar erti tabah
saat mereka melihat aku 'kuat'
sedaya mampuku mempertahankan kuatnya jiwa
meski jasad pedih menanggungnya

bukan maksudku mel0ntarkan segala kesakitan ini
kepadamu
namun aku tahu
CARA inilah Dia merindui aku
untukku selalu meletakkan Dia dalam sanubariku
aku yakin
CARA inilah Dia memelukku erat
supaya l0nggar kecintaanku pada dunia
aku tahu siapa aku
aku hanyalah hamba

kuatku melihat mereka
yang sedayanya mempertahankan senyuman saat derita
kau ifikir mudah melalui perjalanan hidup yang panjang ini?
kau fikir MUDAH Allah mahu membayarmu dengan syurga atas amal ibadahmu?
berapa banyak lah kudrat kita manfaatkan untuk AGAMA
berapa detik masanya kita memikirkan untuk mempertahankan Iman dalam diri
banyakkah?
atau AKU sendri masih terleka??

kuatlah hati...
Allah membuka luas ruangNya padamu saat ini
untuk sedia bersamaNya selalu

SAKIT
selamat datang dalam hidupku
aku menerimamu dengan hati terbuka
andai kau adalah temanku dalam perjuangan ini
akan ku bawa bersama sabar dan redha
agar perjalanan hidup yang kau setia bersamaku ini
Allah ganjari dengan PENAWAR di syurga

sungguh
aku tak mahu lagi melihat air mata itu tumpah
biarkan aku begini
kerana aku juga hamba
hanya ku p0h0n adalah DOA
agar dikuatkan hati menjadi HAMBA ABDI..
PADA ILAHI... :')



No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com