Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Sunday, December 2, 2012

semangat mamabah :' )

bismiLLAH

lama sudah aku tak menc0ret di sini
bermla sem 2 yang begitu mencabar hati
hanya ku harap, redhaMu Ilahi :)

semangat MAMABAH

awal sem 2. 
pembukaan hidup baru menuntut ilmu.
jadual sangat padat.
tiba-tiba dipanggil untuk sertai debat
minggu yang sangat MEMENATKAN
sangat MEMERITKAN
sampai aku rasa tenggelam dengan kelesuan diri sendiri.

bila aku ingat mereka.
kelesuan aku lantas pudar

mamabah tak pernah mengalah dari merasa penat bekerja dan mendidik anak-anak
macam2 dugaan Allah bagi dalam keluarga, 


bukan satu.
banyak. 
berat pula tu
sampai kadang-kadang anak2 sendiri tak mampu nak menanggung
lelagi si b0ngsu tuh
yang selalu ada sahaja Allah nak uji
tapi mamabah tetap KUAT
baginya, biarlah mereka berpenat seketika di dunia. asalkan keluarga dan 0rang sekelilingnya BAHAGIA atas usaha mereka

perkataan yang selalu keluar dari bibir mamabah 
semua berunsur m0tivasi dan percaya pada Ilahi
senyuman mamabah selalu menghiburkan hati
aku rindu senyuman itu
yang menjadi pengubat lemah sanubari

mamabah hari-hari kerja kuat untuk sara keluarga
juga hari-hari kuat berdoa untuk anak-anaknya
bila aku melihat mamabah kadang kepenatan tidur di atas s0fa
aku renung wajahnya
sayu.
wajah yang selalu membuatkan anak-anaknya bersedia menghadapai apa-apa cabaran hidup dengan bahagia
wajah yang selalu memberi erti hidup yang ceria
sebagai hamba yang usaha taat padaNya

aku juga ada keluarga lain sewaktu aku jauh dari keluarga
aku punya 0hana APIDS
aku ada ramai 'adik2'
kadang-kadang aku jadi kakak mereka
selalu saja aku jadi adek mereka! haha~
tapi tak semua antara mereka masih punya mamabah
saat aku melihat mereka
aku tak mampu melihat mata-mata itu
mata yang selalu menangisi akan kerinduan insan yang telah pergi menghadapNya
mereka kuat
SANGAT KUAT.
AKU KAGUM DENGAN MEREKA
aku tahu. 
Allah sentiasa memeluk erat dia-dia itu

aku pernah ketawa bersama mereka
aku juga pernah menangis bersama-sama mereka.
air mata yang sendiri mengalir tanpa dipaksa
tak sanggup aku melihat air mata itu mereka bersendiri
saat tekanan penghimpit diri
aku harap air mata yang sama-sama ditumpahkan itu
mampu memadamkan hangatnya api neraka di SANA

bila aku lemah
aku akan selalu ingat mamabah
mamabah tak pernah tunjukkan diri lemah saat ujian datang
mamabah sentiasa tunjukkan diri cekal
secekal hati meletakkan keyakinan pada Ilahi
tapi aku tahu..
mamabah itu hanyalah pinjaman di dunia
satu saat mereka juga akan dipanggil menghadap yg Esa
aku sayang mamabah
aku usaha untuk buat sesuatu supaya mereka bahagia DI SANA
walaupun mungkin aku tak mampu utk membahagian mereka di dunia
kerana aku tahu
Allah itu yang menguatkan mereka
aku teringin melihat mereka mendapat KEREHATAN yang ABADI DI SANA

kuat!
aku mesti kuat!
untuk membuatkan mamabah tersenyum di dunia
dan di SYURGA sana
aku mesti KUAT!
supaya mereka semua bahagia
aku mesti KUAT!
supaya Islam akan bangkit jua akhirnya

biarlah penat
jauhlah lesu
aku mahu menjadi diriku
hamba lemah hina penuh debu d0sa
yang berusaha MENTAATI TUHANKU
sehingga akhir waktu..

air mata, mengalirlah
aku biarkan ia laju meniti pipi
mencari diri sebenar
mengimbas helaian kehidupan penuh d0sa

semangat mamabah
aku harap kan sentiasa mengalir deras dalam urat darah ini
agar tenaga ini dapatku salurkan utk agama
dan untuk membahagiakan mereka di dunia
dan di SANA

semangat
bangkitlah kau
aku perlukanmu
Tuhan

Allahu a'lam..




4 comments:

hadid luverx said...

kakak.taching lorh..tengs sgt2.

miss.elsa said...

dah la baru lepas borak nangis-2 dengan mak , rindu balik da ;(

azuma nurul said...

:') m0ga kite same2 kuat!!!!

azuma nurul said...

J0m ubati kerinduan. Dengan d0a!! :)


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com