Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Sunday, December 30, 2012

guruku hari itu adalah BIBIK!

bismiLLAH..

fuhh fuhhh *tiup habuk dan sesawang di bl0g ini*
m0ga setiap huruf yang akan ditaip ini bermanfaat untuk semua.
in syaa Allaaaaah

guruku hari itu adalah BIBIK!

ade apa dengan tajuk entri kali ini?

aku suka belajar.. *muntah pink* .maksud saya, suka belajar dari pengalaman manusia-manusia lain. bukan sekadar mengadap buku pagi sampai es0k paginya semata tanpa mengenal erti hidup SEBENAR di dunia yang sementara..

satu hari di waktu cuti...




" nak pi teng0k embah tak kat 0spital? "  tanya mama. Dengan semangatnya aku terus bersiap-siap. Dia. wajah yang aku rindu renungan matanya yang redup sayu, penuh pengharapan namun PENUH KEKUATAN membesarkan 12 0rang cahaya mata dengan penuh kasih sayang. Embah Siah, atau pun nenek la senang cerita, sudah lama terlantar sakit akibat ketumbuhan di 0tak yang selama ini langsung tidak disedari 0leh keluarga mahupun d0kt0r yang setiap bulan membuat 'medical check up' untuk embah. Sudah itu takdirnya Allah menguji dirinya.

bukan. bukan sekadar embah se0rang sahaja yang Dia uji.
bahkan SELURUH AHLI KELUARGAnya jua.

aku kagum melihat adik-beradik mama, sedara mara yang sanggup berjaga di h0spital secara berganti-ganti.
apa yang mereka harapkan, dengan usaha mereka itu dapat mengurangkan kesakitan yang ditanggung ibu kesayangan mereka..

Allah memberi ilham kepada adek beradik mama untuk mengupah se0rang hamba Allah untuk menjadi pembantu bagi menguruskan kehidupan embah yang sememangnya hanya mampu terlantar di atas katil. 0rang itu kami memanggilnya sebagai BIBIK..

awal perkenalanku dengannya, aku tahu dia bulan 0rang biasa. cukup melihat ketenangan, kesabaran dan tingkah lakunya yang terjaga, aku malu sendiri.

Malam aku menziarahi Embah di h0spital, bibik bertanya kepadaku.

" Ain belajar sek0lah apa?" 
" erm. sek0lah arab!"
" o0o..bibik dulu p0n sek0lah arab..dulu bibik juara menghafal...kalau ustaz suruh sapa hafal dulu b0leh balek cepat, bibik saja yang selalu pulang awal.."

aku tersenyum melihat dia ketawa bahagia. lantas dia pun bercerita..

" anak-anak bibik pun belajar juga. pagi belajar campur-campur. petang pergi mengaji. malam belajar kitab.."
"eh, anak-anak bibik ngaji kat pesantren ke? *pesantren lebih kurang macam p0nd0k la kalu kat malaysia* "
" iya la...bibik dahulu p0n ngaji pesantren.. dulu bibik dapat sambung belajar ke arab saudi.. dapat cemerlang.. pandai cakap arab.. tapi bila cek kesihatan di h0spital, jantung bibik lemah.. jadi bukan rezeki bibik untuk sambung belajar di sana.."
" la yeke... tak da rezeki lah, bik.." kata kakakku mencelah
" bukan tiada rezeki, rezekinya di tempat lain.." balas bibik.

terkesima. dapat tawaran belajar di arab saudi?? bukan sebarangna ilmu yang ada di dalam jiwanya...

Azan maghrib berkumandang. kaki segera menuju ke surau untuk menunaikan tuntutan agama. seusai bers0lat, aku, kakak dan bibik duduk berehat sebentar..

" bik, rehat la dulu kat sini.. nanti sambung balek.." luah kakak.
pada awalnya bibik hanya berdiam sambil mulut berkumat kamit membaca zikir. selepas itu, terjadinya satu peristiwa yang membuatkan aku merasa, bibik itu adalah antara guru pengalamanku yang paling bermakna.. *nanges*

" anak-anak bibik jam 3 pagi kena bangun dari tidur, buat s0lat tahajjud. dahulu, bibik mengaji, kiyai kata, kalu s0lat tahajjud itu paling kurang setitis air mata mengalir dapat MENYIRAM api neraka.. s0lat tahajjud itu dapat menguatkan JIWA dari segala dugaan di dunia.." dia mula berbicara..

" kalu berd0a itu, pastikan YAKIN denga sepenuh-penuh keyakinan. kalu mahu belajar pandai, amalkan surah al-waqi'ah, ar-rahman dll. belajar itu sungguh-sungguh bawa hati bersama. setiap kali berd0a, pastikan d0a itu sampai menyerap di hati, tanda kita benar-benar mengharapkan Allah mengkabulkan d0a kita, bukan sekadar d0a yang terlafaz di bibir.."

sungguh. di waktu itu. aku terasa ibarat.......... T-T

" dahulu, bibik sempat berjumpa dengan habib.."
" eh, habib tu..keturunan nabi kan bik?" tanya kakak
" iyala..yang keturunan nabi itu... dia lihat bibik, katanya bibik dari dahulu sering saja diuji Allah dan akan sentiasa diuji Allah.. katanya, kena kuat semangat dan berd0a dengan sungguh-sungguh.. "

aku masih terkedu.

" dugaan ni Allah bagi tanda Dia tak lupakan kita. Bibik syukur saja masih Allah sayang sama bibik.. kalu sedang jaga emak (embah) tengah malam itu dia tak b0leh tidur, langsung saya baca alquran.. kalu saya duduk diam tak buat apa, saya ngantuk banget. kalu ngaji, hilang rasa ngantuknya.."

*dush3.. belasah jiwa sendiri. baru buka kulit buku p0n kadang-kadang sudah menguap.alahaiii~*

" yang PALING PENTING, jangan putus asa dari BERDOA.. pasti sungguh-sungguh dalam d0anya.. Allah itu Maha mendengar.. Dia TAK PERNAH mengecewakan hambaNya.."

tetibe teringat kisah nabi zakaria..

Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. ( maryam -4 )

itu dia.
hari penuh bermakna.
saat aku melihat wajah embah dengan mata berkaca sambil dia menggenggam erat tanganku.
aku balas dengan senyuman pengharapan segera dia pulih dan berusaha menjadi hamba yang terbaik saat akhir waktunya..
dan bertemu pula dengan se0rang guru hebad yang bukan calang manusia
kerana dirinya penuh dengan pengalaman bermakna diuji sebagai hamba
yang membuatkan dia sentiasa CEKAAL dan TINGGI PENGHARAPANNYA pada Yang Maha Esa

sedangkan aku?
MIMPI lah mahu masuk syurga
sedang d0sa masih banyak ditanggung derita
kerja amal itu masih bersisa
sedang jiwa masih penuh n0da
layakkah aku masuk syurga?
sebelum aku BERSEDIA untuk BERBAKTI kepada Ad-deen tercinta??

masih teringat kata-kata Ir. S0lah, menteri perancang strategi Ikhwanul Muslimin, mesir.
Beliau datang ke Malaysia untuk memberi kuliah ringkas tentang rev0lusi mesir : liberal atau agenda Islam?
beliau menyatakan perasaan hatinya.



" saat aku berada di tengah-tengah pemuda yang sedang berkumpul di medan tahrir, dari situ aku dapat merasai satu suasana baru, di mana penuda-penuda ini bukan bangkit dengan angka-angka k0s0ng, tetapi pemuda-pemuda inilah yang akan membangkitkan kembali Islam di bumi mesir.. dan saat kemenangan yang dinantikan selama hampir 70 tahun ikhwanul muslimin di mesir, akhirnya JANJI ALLAH itu tiba. KEMENANGAN atas Islam itu PASTI. akhirnya kerajaan yang r0sak itu dijatuhkan dan diubati dengan kerajaan Islam yang agung.."

" dengar sini wahai pemuda. ada 3 perkara yang PERLU kalian lakukan dan ambil tindakan dalam pr0ses untuk MEMBANTU perjuangan Islam agar kembali tertegak di bumi Allah ini..

1. Fahami dan pelajari Islam secara TERPERINCI supaya dapat KUASAI, DALAMI, serta MANFAATKANNYA untuk masyarakat

2. Fahami dan atasi IDEOLOGI yang bertentangan dengan Islam supaya dapat MEMBONGKARKAN dan menzahirkan KECACATAN dalam ideol0gi trsebut, serang balek ide0l0gi itu.

3. Praktikkan dengan SEPENUH KESUNGGUHAN untuk menyebarkan NILAI-NILAI Islam melalui alquran dan assunnah, fahaminya melalui kaedah arab mengikut pandangam paling r0jih dalam jumhur ulamak.."

minggu cuti yang penuh dengan makna diri.
mengajar berjuta lem0n erti..
bahawa..

" tanggungjawab itu LEBIH BANYAK daripada MASA" -as-syahid imam Hassan Al-Banna-

ya. aku masih bertatih mengenal DnT
aku juga masih bertatih untuk menjadi hamba Dia

kau tahu.
bukan sekadar pembelajaran yang f0rmal sahaja perlu kau berguru
malahan,
setiap insan yang mungkin kau rasakan bahawa dia tiada erti itu
sebenarnya mungkin LEBIH HEBAT nilai hamba Ilahi dalam dirinya, berbanding kita..

maka, jangan pernah PENAT berguru dengan pengalaman, agar ia menjadi ped0man.
jangan pernah PENAT dari berd0a dengan penuh PENGHARAPAN, agar pergantungan kita kekal UTUH hanya kepada Tuhan
jangan pernah LEMAH kerana DUNIA, kerana yang kita perjuangkan di atas bumi ini adalah satu bekalan untuk hidup yang SEJAHTERA DI SANA dengan rahmat dan kasihNya dengan aman.

m0ga secebis pengalaman ini dapat sama dimanfaat dan di amalkan.
mungkin bisa menjadi bekalan.
penerang kubur dari kegelapan..

terima kasih.
atas pengalaman ini :')
Allahu a'lam

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com