Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Monday, November 5, 2012

t0l0ng aku!

bismiLLAH
entah mengapa rajen pula mengupdate.
sementara st0k rajen maseh ada. h0rh0rr

Aku merenung jam. Jarum tepat jam dua belas tengah malam. mindaku terl0ntar mengingati bumi itu. Bumi baru yang penuh keberkatan. Bumi yang aku lihat betapa ramainya jiwa yang ingin segera pulang ke pangkuanNya. bumi yang segar menerima manusia-manusia itu seadanya. bumi yang subur dengan keikhlasan barisan mur0bbi dan mur0bbiyah yang setiap baot kata-katanya mampu mencairkan kerasnya jiwa.



" Ucu.. nak cucu! (susu) watkann.." kata si Abe Ayis. Anak buah sulung yang kehadirannya sentiasa memecahkan kesunyian rumah ini. Aku melemparkan senyuman kepadanya.
" Ye.. kejap lagi Ucu buatkan yea.." lantas aku mencubit pipi c0m0tnya. malam sudah semakin larut tetapi dia pula semakin aktif. kanak-kanak yang sedang membesar. tambahan pula ingin melepaskan kerinduan terhadap makciknya yang jauh menuntut ilmu. Aku segera melangkahkan kaki pergi ke dapur, mengambil botol susunya dan membancuh susu. Abe Ayis, kanak-kanak yang sangat aktif dan juga sangatlah susah untuk diajak makan. Mujur adiknya, Ajiq tidak seperti abangnya.

Seusai aku membancuh susu untuk si kecik itu, aku pun mnghulurkan botol susu itu kepadanya.
" Ha, minum sampai habis tau. lepas tu tid0r. es0k nak pergi jalan kann" *ayat memujuk*
Aku kembali mencoret kenangan perjalanan hidupku.


APIUM NILAMPURI.

aku mengingatinya.

aku menigmbau kembali saat pertama kali aku menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini. Ketika itu gel0dak hatiku ini hanya Allah yang Maha Tahu. setelah cuti selepas SPM itu Allah g0ncangkan hatiku dengan sedahsyat g0ncangan, akhirnya dilemparkan kepadaku satu KETENANGAN yang jelas menyelimutiku. Aku bahagia sebegitu. Namun jiwa aku ditampar-tampar saat mengenangkan jiwa-jiwa yang sentiasa disisiku dahulu. mereka penguat semangatku.Lembut tangan mereka menggenggam tanganku saat aku kelesuan. Tulus sanubariku membelai hati saat aku tak mampu berdiri. Kuat langkah kaki mereka berlari mendapatiku saat aku tidak sedarkan diri. Mampukah aku bertemu dengan sahabat seperti itu di bumi ini?

aku berkelu sendiri.
ku renung wajah amira. mengharap satu kepastian. Hanya d0a yang aku mampu hulurkan agar kekuatan itu kekal berterusan.

Aku menjadi diriku. senyuman sentiasa menemani hari yang ceria meski sebaliknya suram sepi. Gelak tawaku sebenarnya menyimpaan jutaan derita dan duka. Aku yakin gembira yang aku k0ngsikan kepada insan sekeliling itu, senyum tawa mereka cukup membuatkan aku bahagia. Bukan maksud untukku melupakan asal aku yang sebenar, tetapi cukuplah ia menjadi nafas baru hidup untukku berjuang dengan semangat baru di tempat baru ini. Aku kini jauh dari keluarga. Aku sedar, segala kekuatan yang aku raih selama ini hasil berkat dan kerahmatan Allah yang diberikan kepada keluargaku. Senyuman lady gagah mama, kasih sayang super saiya abah,  tiga ultramen tar0 abang2 yang sentiasa bertanya khabar, dan lima telitabis kakak-kakak dan ipar yang sentiasa berk0ngsi kesengetan dan kemerengan lantas meletuskan gelaktawa bersama. Aku hargai dan aku syukuri.

setelah Allah menempatkan aku jauh dari keluarga. Aku hanya mampu berdoa agar kerinduanku terhadap mereka Allah selimuti dengan kerahmatan dan perlindungan kepadanya. Aku mula berdiri atas kaki sendiri. Aku cuba untuk berdikari. Kadang sakit yang sering aku rasakan itu, hanya mampu aku menyerahkan kepada Allah. Hanya senyuman diri dan pujukan hati mampu menepis lemahnya jiwa ketika kesakitan itu hadir.

Aku bukanlah sekuat yang disangka.

Kerana aku juga MANUSIA.

Aku berdoa agar hidupku ini, Allah hadirkan insan-insan yang sudi menemaniku di saat teriknya mentari dan hujannya bumi agar dapat bersama melihat indahnya pelangi di penghujing hari. Aku mula menanam benih kasih sayang kepada mereka. 0hana APIDS yang sering aku tersenyum tatkala aku memikirkan tentang mereka. Menjadi satu skematik apabila mereka mengetahui aku setahun lebih tua daripada mereka. Awalnya kek0k sungguh mereka menerimaku. h0rh0r :p  Namun segalanya menjadi mudah dan rilek suda memandangkan diri ini bukanlah se0rang yang skema dan sering memecahkan gelak tawa mereka. Aku bahagia.



Mama sering memberi kekuatan berbentuk kata-kata yang membelai jiwa. Kekuatan mama adalah pada kata-katanya.

" Dahulu, mama dan adik beradik semua kena kerah pergi bendang (sawah) . embah tak kisah tentang pembelajaran sebab orang zaman dahulu tak begitu pentingkan belajar. Pagi pergi sekolah, balik sek0lah arwah atuk dah mengerahkan pergi bendang untuk bekerja. balek dari bendang, yang anak-anak perempuan kena siapkan makan malam. ambil air kat perigi, memasak untuk 14 orang. dua belas adik beradik, atuk dan embah. pernah sekali tu, dah nak exam, tapi embah tetap kerahkan pergi sawah bendang macam selalu. Jadinya, mama meny0r0k dan tidur kat rumah makcik semata-mata sebab nak belajar. Kecoh satu kampung es0knya sebab kata mama hilang. Padahal mama dah bgtau kakak dah yang mama nak tidur rumah makcik. rupenya kakak lupa nak bagitau embah.. hehe."

Aku termenung. Mama menyambung

" Walaupun embah tak pentingkan pelajaran, tapi mama yakin dengan ILMU inilah yang mampu untuk mengubah nasib diri dan keluarga. Sebab tu mama berusaha sungguh-sungguh untuk belajar. Susah manapun keadaannya, mama akan usaha untuk belajar dan faham akan apa yang mama belajar. Akhirnya mama masuk Universiti, dan sekarang sudah bekerja. Mama bersyukur dan bangga kerana ILMU itulah mengajar mama erti kehidupan yang lebih BAHAGIA dan BERKAT. sebab tu, kenalah belajar sungguh-sungguh. Waktu tak sakit, MANFAATkan masa sebaiknya. f0kus belajar. Sebab sakit tu datang tak kira masa. tapi mama YAKIN, ain mesti boleh cemerlang..."

kata-kata yang sentiasa HEADSHOT diri ini.

Abah pula tak kuat bercerita seperti mama (hehe..) tapi abah pernah juga bercerita zaman sekolahnya dahulu..



" Dalam adik beradik abah, arwah atuk sekolahkan abah seorang ja di sekolah inggeris. Abah bukannya pandai sangat pun. Masa exam dahulu pun cukup-cukup makan je result. Masa nak exam sampai tertidur atas meja belajar kat dalam kelas prep. Walaupun susah nak faham ilmu, tak macam orang lain, abah usaha juga. sebab di mana ada kemahuan, disitu ada jalan. Alhamdulillah sekarang dah grad, dapat kerja, dapat anak-anak. Abah harap anak-anak abah ni berjaya semuanya. Jadi macam abang-abang kakak-kakak, mereka berusaha sungguh-sungguh. tak pandai pun takpa, asalkan BERUSAHA. Allah tahu niat dan isi hati hambaNya. insyaAllah orang yang menuntut ilmu ni, Allah akan bantu.."

sekali abah berkata-kata. Aku hanya mampu terkesima dan mengambil manfaat yang ada..

teringat pula se0rang adik yang sering aku berk0ngsi cerita bersamanya. Nak bandingkan diriku dengan dirinya, seperti helang dan pipit. Dia jauh lebih diuji Allah, dan jauh lebih kuat berbanding diriku. Pernah sekali dia berk0ngsi kekuatannya bersama, saat aku mengalir air mata.

" Akak tau tak kenapa Allah bagi rasa sakit ini pada kita, bukan pada orang lain? Sebab Allah nak KITA tahu yang ALLAH sayang KITA lebih. akak sendiri bagitahu kita kan, trade mark kita, ALLAH SAYANG LEBIH! waktu 0rang lain study yang mungkin terlupa Allah sebentar, Allah penuhi jasad kita dengan kesakitan supaya hati kita dipenuhi dengna mengingatiNya. saat orang lain ketawa gembira lalu terlupa pada Tuhan Allah, tapi Allah beri kita rasa lemah dan sakit itu supaya kita letakkan DIA kukuh dalam jiwa. berapa juta hambaNya yang diuji, tapi kembali kepadaNYa dalam keadaan BERSYUKUR dan BERSABAR? sedangkan rasulullah dan para sahabat dahulu betapa teruknya diuji dengan seksaan jasad, tapi TAK PERNAH menggugah KETAATAN dan KEYAKINAN mereka terhadap ALLAH.. kita b0leh, kerana kita MAMPU untuk merasai ujian Allah ini.. "

tenang.

Aku bersyukur kerana perjalanan hidup yang baru sedikit aku lalui ini, Allah mengirimkan insan-insan yang pernah diuji kesakitan yang berbagai macam. aku belajar erti SABAR melalui mereka. Aku mengerti makna SYUKUR daripada kisah mereka. aku faham erti meyakini TAKDIR melalui ketabahan mereka menerima ujian itu.

dan kini. aku di sini. Allah kurniakan satu keluarga baru yang sedia bersamaku saat duka dan tawa. kadang pernah juga tercalar luka dijiwa, tetapi pasti ada tangan yang merawat. Aku melihat keluarga baru ini, 0hana APIDS.. banyak jiwa-jiwa yang kuat.

*ni la keje kalu dah ngantuk dalam kelas algebra*

tabahnya mereka mengucapkan selamat tinggal atas kejahilan lalu.
Kuatnya semangat mereka membina jiwa yang lebih tulus menjadi hamba pada yang Satu.
Beraninya sanubari mereka menentang kebatilan yang mungkin selama ini bertakhta dalam kalbu.
semuanya menginginkan diri yang baru.
menjadi hamba yang lebih MENYEDARI akan pengertian hamba dan Allahu.



aku bangga ada mereka.
mereka yang masih punya cahaya
dan masih mencari cahaya pulang ke jalanNya
berbekal rantaian kasih sayang keranaNya
maka aku turut bersama mereka,
berusaha menjadi diri sendiri, yang lebih berusaha untuk menjadi HAMBA

aku belajar sesuatu daripada ukiran kanvas hidup ini..

memberi kebahagiaan kepada orang lain itu adalah IBADAH.

Rasulullah membahagiakan umatnya saat menjadi utusan dalam setiap wahyu yang Allah turunkan kepada baginda. Bukan MUDAH rasulullah menerima wahyu itu, adakalanya sehingga menggeletar jasadnya, ada waktunya sehingga terduduk unta yang ditungganginya. menunjukkan betapa beratnya tanggungan wahyu yang diturunkn kepadanya untuk umatnya. Rasulullah saw memberi kebahagiaan kepada umatnya dengan menanamkan benih keimanan kepada setiap sahabat-sahabatnya. tidak pernah mengira KESAKITAN dan PENDERITAANNYA dalam menyebarkan agama.

itu cara rasulullah memberikan kebahagiaan kepada umatnya. bagaimana pula KITA?

berbaik sangka dengan ALLAH itu adalah IBADAH

kadang kerap kali Allah memberi ujian kepada diri. Sepertinya kita tidak pernah diberi peluang untuk merasai kenikmatan dan kebahagiaan hidup. kadang terasa kesal dalam diri.. mengapa AKU yang DIUJI?

berbaik sangka itu satu perkara yang b0leh mengubat hati. berbak sangka dengan DIA. Kau tahu mengapa DIA sengaja memberikan dugaan kepadamu tidak putus-putus? bukan SENGAJA, bukan SIA-SIA. tetapi ingin DIA memberikan satu PENGERTIAN HIDUP BARU buatmu.

pengertian bahawa.

KEBAHAGIAAN hidup itu SEBENARNYA adalah.

saatu kau MENSYUKURI dan MEYAKINI bahawa setiap nafas dan saat yang ALLAH tentukan untukmu itu adalah yang TERBAIK mengikut ATURAN dan kekuasaanNya.

setiap saat KESAKITAN mahupun DUGAAN itu adalah IBADAH

pernah kita terfikir? mengapa Allah mengurniakan perasaan PENAT dan LEMAH sewaktu kita DIUJI di dunia?

kerana Dia ingin melihat BERAPA RAMAI hambaNya yang BERDOA.

untuk mengharapkan KEREHATAN YANG SEMPURNA DI SANA.

melalui usaha dan ikhtiar untuk YAKIN, SABAR, dan SYUKUR dengan segala ujian yang melanda.

ramai yang menginginkan kerehatan yang cukup dan sempurna di dunia.
kau hanya bermimpi.
sesungguhnya tiada rehat bagi insan bergelar mukmin.
kerana hidupnya sentiasa menjadi HAMBA
yang PATUH kepada Tuannya.
sekiranya KITA hamba yang bERGUNA
layakkah kita merasai KEREHATAN abadi di dunia ini?
sedangkan USAHA kita menjadi hamba taat tidak SETEGUH mana?

pulanglah, menjadi diri sendiri
yang BERUSAHA menambahkan sifat kehambaan dalam diri.
m0ga Allah merahmati hidup KITA ini
dalam nafas REDHA yang HAKIKI..

Allahu a'lam

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com