Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Friday, October 12, 2012

seeru fil ardh!

bismiLLAH

Petang itu hening. menanti debaran hari es0k. Setelah dua minggu berperang dalam jihad menuntut ilmu, kepuasan itu jelas ternyata setelah kesemua peperiksaan subjek agama telah selesai. Hanya tinggal dua kertas matematik yang menunggu di hujung bulan sepuluh nanti. Perancangan rapi dilakukan, penyata kewangan dikemas kini, mengharapkan perancangan yang telah lama dibuat ini berjalan dengan lancar.

Aku memerhati kertas kerja. " seeru fil ardh"


قُلۡ سِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ ڪَيۡفَ بَدَأَ ٱلۡخَلۡقَ‌ۚ ثُمَّ ٱللَّهُ يُنشِئُ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأَخِرَةَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬
 Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(al-ankabut 20)

musafir mentadabbur alam sambil mengerat kukuh iman di hati. kesemua pelajar Asasi pengajian Islam dan Sains teruja menantikan waktu untuk mentadabbur alam sambil melapangkan fikiran setelah berungkus lumus berhadapan dengan peperiksaan selama dua minggu. Aku juga turut teruja untuk menapak ke tanah itu. Tanah yang menjadi saksi awalnya kedatangan Islam di Tanah Melayu. Satu arah yang kami tunggu, Terengganu darul iman..

Aku hanya memerhati. Dalam hati betalu-talu berd0a agar Allah memudahkan semua urusan yang berkaitan. Aku lihat dia, tetap kuat semangat meskipun bermacam dugaan yang melanda sepanjang merangka rehlah ini. Tetap meneruskan perancangan yang tertunda sekian lama atas s0k0ngan dan semangat yang diberikan 0leh rakan-rakan terdekat. Harapnya agar segalanya berjalan lancar dengan rahmat dan redhaNya.

*********************

Hari yang dinanti telah tiba. Kesemua wajah yang kulihat ibarat bercahaya. Tidak sabar menunggu langkah bermula saat berjalan sambil mentadabbur alam yang Maha Esa. Bermacam-macam perancangan disusun atur. Makanan, peralatan dan lain-lain siap disusun rapi bagi memastikan tiada yang tertinggal.

Aku melihat jam. Tepat menunjukkan jam lapan pagi. Namun bas yang dinanti tidak kunjung tiba.

" Dah r0ger b0s bel0m? apa dia kata?" Aku bertanya kepada b0ss ke-2 rehlah.
" Entahla. katanya ada masalah teknikal. Nak betulkan enjin bas. Mungkin 10.30 sampai.."

Aku terkejut. 10.30? lama sungguh menanti ketibaan bas itu. Kesemua wajah-wajah yang aku lihat mula bertukar muram dan kerisauan kerana bas yang dijanjikan msih lagi tidak menampakkan wajahnya. Si sebalik itu aku melihat begitu cantiknya aturan Allah saat Dia mewarnai perjalanan rehlah kami ini dengan menanamkan benih KESABARAN dahulu dalam setiap jiwa-jiwa yang mengikuti rehlah tersebut. Bukan itu sahaja, Dia juga merancang untuk ker0sakan enjin itu disedari pada awalnya, agar tidak berlaku kesusahan semasa kami sudah dalam perjalanan nanti. Subhanallah!

10.30 pagi

Bas tiba. Tetapi bas yang tiba itu bukan bas seperti yang dirancang. BAS PERSIARAN. Itu yang terpampang di dada bas. Semua hanya akur dan segera bekerjasama untuk mengangkat barang-barang yang perlu dibawa bersama. Wajah muram bertukar gembira. Bermula pengembaraan kami mentadabbur alam nenambah iman.



2.30 petang

Destinasi pertama mula dijejak. Sebuah rumah yang penuh bar0kah dan r0hmah saat penghuninya menyediakan hidangan untuk si musafir mentabbur alam. Maka makanan yang disediakan itu dinikmati 0leh seluruh warga APIDS dengan gembira dan bahagia. Setelah itu terdapat sedikit pengisian untuk mengisi pula r0hani dalam hati setelah perut sedia diisi. Seperti dalam perancangan, setiap destinasi yang dikunjungi akan ada pengisian yang akn diberikan 0leh ikhwah. Aku meneruskan pemerhatianku. Setakat ini semua masih dalam perancangan dan dipermudahkan Allah.

Pengisian yang diberikan adalah berkenaan dengan adab menjadi tetamu. Salah satunya adalah mendoakan penghuni rumah tersebut agar diberi keberkatan hidup oleh Allah. Pengisian dan destinasi pertama ini diakhiri dengan d0a kepada ahli rumah dan kelancaran program.


Pr0gram seterusnya berjalan dengan sempurna dan lancar. Sepanjang pemerhatian ini, aku melihat setiap kebahagiaan yang manusia merasai itu, terdapat PENG0RBANAN yang mungkin tidak disedari oleh mereka-mereka yang bahagia dan gembira. Peng0rbanan yang di sepanjang perjalanan bahagia itu, yang dirasai hanyalah kesakitan, kecewa, lemah semangat pada mulanya. Namun di situlah fungsi SAHABAT itu bermula. Saling menguatkan dengan kata-kata. Saling mengingati dalam Doa. Saling membalas senyuman bahagia. Meski hati derita. 

mungkin ramai tak tahu...

di sebalik kelancaran rehlah ini, banyak sebenarnya masalah teknikal yang berlaku.

namun segalanya disusun atur Allah untuk melihatkan perjalanan ini lancar.



Aku merenung wajahnya saat dia memeluk ibu dan kakaknya. Mata yang mengharapkan kekuatan. Aku melihat ibunya. Cekal berd0a agar anaknya diberi kekuatan.

Aku memerhati senyumannya. Namun ku tahu hatinya penuh sabar melayan kerenah insan yang berada dalam amanahnya. Tetap dia berusaha sebaik daya supaya semua merasai bahagia. lantas diletak ketepi perasaan sedihnya. dihamparkan perasaannya kepada Tuhan yang Esa. Agar peng0rbanannya berbal0i dan kepenatannya itu menemui KEREHATAN ABADI di SANA.

Aku melihat gigihnya dia menguatkan sahabatnya. Meskipun dirasai dirinya itu tidak banyak membantu, namun de sebalik itu aku tahu bantuan d0a itu sentiasa dia salurkan untuk sahabatnya. Keadaan tegang mendesak bagaimana pun tetap dia di sisi menguatkan dengan kata-kata dan s0kongan. 

*************************

Aku memerhati semuanya. PENGORBANAN ITU KASIH SAYANG.

kasih sayang TUHAN kepada HAMBANYA, saat SENGAJA Dia mencalari jiwa hambaNya, agar hamba itu berganung SEPENUHNYA pada Yang Esa.

kasih sayang IBU kepada anaknya, sanggup berd0a pagi malam demi memastikan anaknya sentiasa dalam dakapan Rahmat Yang Maha Pengasih

kasih sayang SAHABAT terhadap Sahabatnya. Saat pertentangan mata itu jelas memahami lukanya jiwa. Dia belai dengan dor0ngan dan kasih sayang Dari Yang Maha Lembut juga.

kasih sayang TUHAN yang tak pernah putus. Dia susun atur segalanya dalam rahsia yang penuh bahagia. 

Aku melihat, memerhati, merenung, merasa KASIH SAYANG yang mengalir itu sepanjang rehlah ini.
kerana sedaya upaya aku MENGHARGAI
setiap apa yang Allah uji dan BERI dalam hidup ini.

adakah KALIAN merasai seperti itu?

pernahkah kau benar-benar merasa kasih sayang Allah itu bersaluran daripada kash sayang IBU BAPA?

kasih sayang Allah itu menyelinap di hatimu saat punya KELUARGA yang sentiasa meny0k0ng diri?

kasih sayang Allah bertakhta di asnubari saat punya SAHABAT yang sedia di sisi saat ketawa dan menangisi?

dan paling penting, pernahkah KITA MENGHARGAI dan MENSYUKURI setiap kasih sayang yang Allah salurkan dalam setiap helaan nafas yang terhembus ini?

yang aku pelajari.
setiap kebahagiaan manusia ini
adalah berkat peng0rbanan rasulullah s.a w yang dijulang tinggi *allahumma s0lli wa baarik 'ala muhammad*
berkat peng0rbanan IBU BAPA KELUARGA yang sentiasa mengukir nama kita dalam doa mereka sepanjang masa
berkat peng0rbanan insan-insan sekeliling yang hanya mahu melihat mereka bahagia


)وَلا تُفْسِدُوا فِي الأرْضِ بَعْدَ إِصْلاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا إِنَّ رَحْمَةَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ (٥٦

56. Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdo’alah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (QS. 7:56)

156. Dan tetapkanlah untuk kami kebajikan di dunia ini dan di akhirat; sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepada Engkau. Allah berfirman: “Siksaku akan Ku-timpakan kepada siapa yang Aku kehendaki dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertaqwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami”. (QS. 7:156)

terima kasih kepada BIG BOSS 1 n 2 kerana jadi b0ss yang sangat bagus sehingga rehlah ini berkahir dengan selamat dan jayanya, m0ga rahmat dan redha Allah menaungi kalian setiap saat dan kerlipan mata

terima kasih kepada MT yang bersusah payah memastikan segalanya berjalan lancar. M0ga kalian sentiasa dalam peliharaan Allah 

terima kasih kepada kd2 yang terlibat dalam gerak kerja rehlah ini. m0ga kalian dapat menjadi penghuni syurga dengan Izin dan rahmatNya

terima kasih kepada sahabat2 yang tak berkesempatan untuk turut serta atas d0a kalian yang mengiringi kami, sehingga kami selamat pergi dan pulang kembali.

terima kasih kepada insan-nsan yang sudi memberi makan kepada musafir-musafir yang mentadabbur alam ini, sem0ga setiap tenaga hasil makanan yang diberi itu, berterusan pahala kalian selagi musafir2 itu menggunakan tenaganya untuk mentaati perintah Yang Esa

terima kasih, semua
m0ga Allah satukan kita semua dalam ukhuwah yang nyata
demi mencari redhaNya

seeru fil ardh
pada mulanya khayalan yang hampir berkecai
namun menjadi satu bangunan yang kukuh ampuh
meski kadang di dinding itu ada retak
namun dengan kasih sayang DIA
segalanya menjadi kukuh dalam redhaNya
kami datang mentadabbur alam
kami pulang dengan keimanan
m0ga KAU tetapkan hati kami
supaya selamanya mentaatiMu, TUHAN
allahumma ameeeen!

Allahu a'lam


3 comments:

Hares Takeery said...

بارك الله فيكم جميعا :)

khaIRul_UmmAh said...

wa iyyak tabar0kallah wa jzkk kheir jazaak ya akh~ :)

Egg Head said...

huhuhu.............bestnya jalan2 kan...


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com