Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Friday, October 5, 2012

kerana Kau, mereka ADA

bismiLLAH

minggu yang mencabar ketahanan jasad, rohani, em0si.
saat bertarung dengan sesuatu yang pernah menghantui diri.
namun aku pilih untuk terus KEKAL BERDIRI
menghadapi hari-hari yang pasti.

post ini ditujukan untuk insan bergelar SAHABAT

kerana Kau. mereka ADA

Petang itu cuaca mendung. Awan berarak erat seakan-akan tidak mahu berenggang sesama mereka. Lambaian angin semakin lama semakin kuat. Kelihatan rijal-rijal Allah masih asyik beriadah di padang hijau yang luas terbentang. Aku mengalihkan pandanganku menghadap skrin laptop yang usianya melayakkan dirinya memasuki tadika sekiranya dia adalah manusia. Laptop warisan dari kakak sulung aku jaga dengan baik. tetikus ligat mencari satu ikon di skrin laptop. "Counter Strike 1.6" Ya. Segera aku menekan kekunci dua kali untuk meneruskan agenda dua puluh pusingan perlawanan yang membina daya fokusku.

Sedang khusyu' bermain, kedengaran telefon bimbit bers0rak menandakan hadirnya mesej baru di dalam peti. Aku mengalihkan perhatianku ke arah skrin telef0n.

" Assalam. Apa khabar iman?"
Senyuman terukir di bibir. Sahabat atas iman yang sering mengetuk kamar hati saat diri dilanda ujian. Saling kuat-menguatkan saat rohani kegersangan. Walaupun jauh di mata, tapi dalam Doa kami sentiasa bersama.

"Alhamdulillah, masih dalam penambahbaikan. m0ga Allah merahmati kehidupan kita bersama, kekal dalam redhaNya :)" aku menekan SEND. Aku pun meneruskan perjuanganku berbaki 5 perlawanan. Secara tiba-tiba perut terasa sakit.

"perasaan apakah ini?" Kesakitan itu seperti aku pernah rasa dahulu. Aku kuatkan hati. Ya Allah. jauhkanlah. Makanan yang baru dijamah tadi seolah-olah mahu meronta keluar. Aku bertahan.

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR!

Azan maghrib berkumandang. Segera aku mencapai tudung untuk mengangkat wudhu' dan melakukan persiapan menemui Tuhan. mungkinkah ini s0latku yang terakhir? Aku berteleku sendirian. Kesan l0ya menyebabkan urat di kepala mula bersenyut kencang. Aku gagahi tapak kaki itu turun ke mus0lla, laman cintaku dengan si DIA. si Dia yang kekal menantiku di situ 5 waktu sehari semalam. Seusai tiba, aku bersegera mengikuti imam jemaah.

Asssalaamualaikum warohmatullahh..

wirid diteruskan 0leh imam sambil diikuti oleh jemaah makmum. aku mengalihkan pandanganku ke belakang. Kelihatan rapi lurus empat sof pada malam ini. Syukur alhamdulillah. Setelah doa selesai dibaca, kami sesama makmum bersalaman dan memohon maaf.

"Mintak maaf. hee" kata Sunny.
"Mintak maaf gaak.." balas Nurul sambil mengukir senyuman.
"eip,sehat tak nii.. dah makan bel0m?"
"dah..alhamdulillaaaah" Jawapanku adalah untuk soalan kedua, bukan yang pertama.

makanan di dalam perut sudah mer0nta meminta dikeluarkan segera. Aku menahan tapak kakiku daripada berlarian di rumah Allah itu, segera menuju ke tandas. Bukan izin Allah utnuk makanan itu kekal dalam perutku. Muntah menjadi mimpi ngeri. Aku pasti mataku akan menjadi merah padam dek muntah yang teruk. Aku gagahkan untuk melepaskan segala yang telah aku jamah petang tadi dengan redha.

Setelah itu dengan longlai kaki menapak meninggalkan mus0lla menuju ke bilik. Setiba di depan pintu bilik.

"Nurul, awak okai kah?"
"Loya. Muntah tadi."
"Kita pun sama. Kita makan apa ye?"
"Tak tahu la. Saya nak makan bubur ni. perut dah kosong sangat. nanti gastrik pulak"

segera aku mencapai bubur segera knorr dan menuang air panas di dalam mangkuk. Tak sampai 3 suap bubur, aku berlarian ke tandas. Untuk melakukan perkara yang sama. Begitu juga Ahli bilikku. Ujian apakah ini?

Azan isya' kedengaran. Segera aku mengangkat wudhu' dan melaksanakan amanah sebagai hamba kepada Tuhan. Seusai solat, mata terasa berat. Katil seakan-akan memanggil menandakan badan mengidamkan rehat. Aku pun menunaikan hak badan untuk berehat, dalam masa yang sama kudratku semakin berkurang...

"Kau jauh dari keluarga. Jangan susahkan mereka lagi. Buat sesuatu supaya tak susahkan semua orang" Jerit suara hati.Aku segera menekan pusat telefon bimbit untuk menghantar mesej kepada senior.

" Kak , rasa tak larat ni.."

------------------------------------------------------

"Bangun2! kat mana sekarang ni? nama awak sapa??"
Aku keliru. di manakah aku berada? Aku t0leh kiri dan kanan. Seperti aku kenal tempat ini.

"Awak Nur ke Nurul?" pers0alan bertalu-talu ditanya kepadaku. Bukan aku malas untuk menjawab, tetapi membuka mulut pun kudrat tiada.

"Macamana b0leh pengsan ni? Kamu ni dengan adik ka yang sekali pengsan?"
aku hanya menggeleng.
"Nama bapak sama ni.. Abdullah.."
Aku kuatkan hati. Banyak soalan pula pakcik ni.

Perut terasa sakit
masih terasa l0ya.
ya Allah. kuatkan aku

Aku melihat kanan, terbaring sese0rang yang aku kenal. Nur? Dia pun pengsan?
Aku lihat tangan kananku dicucuk jarum panjang, perkara biasa yang pernah aku lakukan dahulu. Semuanya ibarat mimpi ngeri. Aku tak mahu ia berulang lagi. Aku merelakan. satu bot0l drip  glukose mengalir melalui urat darahku. Aku lihat dia lemah.

"Allah. kuatkan dirinya."
Aku tak pernah melihat dirinya selemah begitu. Maaf sahabat, aku berada disisimu bukan untuk menguatkan kaupada saat ini. Kerana aku juga sedang diuji. Hanya renungan mataku menghantar kekuatan padanya.

sejam kemudian..

"Macamana Nurul, da okai ka? D0ktor mana?"
Aku hanya menggeleng kepala.
"Sakit perut."

Dugaan. Sungguh. Minggu peperiksaan menjelma baru hadir ujian ini. Aku pasrah. Terl0ntar ingatanku dahulu, menjawab peperiksaan SPM dua hari di dalam wad. Aku tak mahu perkara berulang kembali.

" Ha, macam mana, dah rasa 0kai sikit ka?"
"Tak. sakit perut."
"Nak balik ka stay sini?"
"Balek.."
Aku gagahi untuk mengungkap kalimah itu. Meski kudrat itu tinggal sisa baki. Aku harus kuat. Ramai di sana yang menanti kepulanganku dengan penuh kerisauan. Segalanya diaturkan oleh Tuhan untukku merasai nikmat ini, saat ini. Ada hadiah istimewa dariNya untukku mencari satu kekuatan baru saat tiada keluarga disisi. Kuatku untuk Dia. untuk AGAMA.

Kakak-kakak senior dengan setia menyiapkan segala keperluan sebelum berangkat pulang ke kampus. Sungguh, bukan maksudku untuk menyusahkan siapa-siapa.

Hati sayu.
Perjalanan pulang ke kampus membuatkan tekakku terasa loya. Keluar lagi saki baki makanan yang ada di perutku. Kakak senior mengurut-ngurut belakangku supaya beransur kurang keperitan yang aku alami. Setelah sampai ke kampus, mereka dengan sabar memapahku sehingga ke bilik. Bukan dekat bilikku itu. tingkat teratas sekali di blok itu. aku kuatkan hati memanjat anak tangga.

" Kak..terima kasih..." Empangan aku tahan daripada pecah. Mereka hanya tersenyum.
"J0m la nurul, kita makan. Ustaz ada belikan makanan ni, panas lagi. isi sikit perut tu."
Aku hanya menggeleng. Ikutkan hati, ingin sahaja aku makan. Tetapi l0ya di tekak masih terasa. Aku pasti masuklah apapun pasti akan terkeluar semula. Sempat aku mencapai telefon bimbitku dan membuka muka buku. Sangkaanku tepat. Se0rang sahabat mengkhabarkan di grup tentang k0ndisi aku yang kurang sihat, meminta untuk mend0akan. Sempat aku membalas dengan ucapan terima kasih atas doa. Selepas itu aku pun mengira bintang, hilang di sebalik kesakitan yang lama memendam.

---------------------------------------

Azan subuh kedengaran bersahutan. Aku gagahi untuk bangun. Kepala berdenyut. Aku kuatkan langkah kaki menuju ke bilik air untuk mengangkat wudhu'. Solat didirikan. Tetapi bukan seperti selalu. Kali ini seperti yang aku lakukan dahulu, dengan keadaan duduk. Aku pasrah.

seusai bersembahyang, mata terasa berat. denyutan kepala semakin kencang. Mujur tiada peperiksaan pada hari ini. Aku lihat sahabatku itu masih nyenyak tidur kepenatan. Hari ini dia ada peperiksaan yang perlu dihadiri. Doaku selalu untuknya agar Allah menjaga hatinya dan menguatkan jasadnya, supaya dia tetap taat pada Yang Esa, walaupun aku tiada di sisinya.

Mata dipejam. Tiba-tiba terasa sesuatu yang sejuk di dahi.

" Nurul. Panasnya! saya ambil tuala letak di dahi awak ya. Kata Siti
satu hari itu, hampir kesemua ahli kelasku menziarahi aku yang terlantar. Masing-masing meletakkan tangan mereka di atas dahiku. Tiada satupun yang aku terasa panas. tanda benar aku demam kuat pada hari itu. Kehadiran mereka pun tak mampu aku membuka kelopak mata ini. Maaf sahabat..

"makan ubat! kalau ada apa-apa, call mama"
"jaaga makan tu, jangan makan bukan-bukan"
brgelen-gelen nasihat dan sokongan dari keluarga. aku terimanya dengan hati terbuka.
----------------------------------------

Aku renungi kembali diri ini. di hadapan skrin laptop bertemankan lagu takkan berpaling dariMu.

Aku merenung kembali perjalanan hidup yang Allah aturkan kepadaku, sejak aku melangkah ke pantai timur, sehingga hari ini.Jauh dari keluarga. Berdiri sendiri setelah bermacam perkara membelenggu.


Aku memilih untuk mendekati Dia. Dia yang sering memberiku kekuatan yang aku tak sangka-sangka. Pergantungan aku ini diserahkan segalanya kepada Dia. Di bumi baru ini, aku ingin menjadi diri yang baru. Senyuman itu menjadi penawar duka sendiri. Pahit kehidupan aku jadikan ped0man. ternyata bukti benar. dengan jalan aku menjadikan Dia tempatku mengadu siang malam, Dia hadirkan MEREKA-MEREKA yang sentiasa disisiku saat aku senang dan susah. Aku akur, kadang aku sendiri dilamun dunia itu. Aku tetap kuatkan diri. Aku menyisihkan perasaan hati. Aku palingkan perasaanku untuk MEREKA. bahagia mereka, bahagialah aku. Sakit mereka, sakitlah aku.

Kadang aku juga terluka. Lidah mudah menjadi pedang pada masa yang tak disangka-sangka. Tetapi aku melemparkan perasaan sakitku itu. Asalkan mereka bahagia. Sandaran senyuman mereka menjadi PENGUAT diri ini. Lebih terkesan mereka sudi membimbing tangan ini untuk mengenaliMu dengan LEBIH RAPAT. supaya hubungan antara kita lebih ERAT. Syukurku padaMu saat mereka Kau ketuk pintu hati agar menjadi tempatku bersandar saat aku kelelahan, menjadi tempatku bermanja saatku kesunyian, menjadi tempatku berhibur saat kelelahan.

masa ini aku ingin berdiri atas kaki sendiri, bersama Tuhan di hati.
masa ini aku ingin mencari diriku sendiri
masa ini aku ingin membahagiakan KELUARGAKU
masa ini aku ingin mengukir senyuman mama abah yang kurindu
masa ini aku ingin melihat renungan wajah embah yang menanti waktu yang SATU

Aku harus kuat. Aku mahu kelihatan sihat agar kerisauan mereka menemui penghujung.
Aku mahu kelihatan riang seperti biasa agar bisa melihat senyuman manis mereka yang menjadi penawar kalbu
Aku harus kuat menjunjung amanah mama abah yang menjadi azimat hidupku
Aku harus kuat menggalas amanah sebagai hamba Tuhanku
Sampai satu masa nanti
aku dapat berehat dengan kerehatan yang SEMPURNA
DI SANA

aku juga hamba.
punya sisa jahiliyah dahulu kala
biar mereka melihat senyuman bahagia
yang menyimpan jutaan duka
bahagiaku untuk dik0ngsi
agar sama merasai nikmatnya kasih Ilahi
dalam meniti ukhuwah sejati..

mama abah n family
terima kasih kerana sentiasa berasa disisi 
setiap saat yang aku perlukan kalian
m0ga keluarga kita dapat bersatu bahagia
DI SYURGA

kakak-kakak,
terima kasih mengangkatku ketika pengsan dan berkejaran ke h0spital serta sabar menungguku 
meskipun kalian menempuh peperiksaan pada es0knya
m0ga setiap detik kalian meluangkan masa membantuku, Allah berkatinya dengan keberkatan berganda

kamu-kamu,
sayangku untuk kamu-kamu lebih luas dari bumi 
tapi sayang Allah itu lebih LUAS dari galaksi dan seisinya
ku harap ukhuwah kita ini mengukuhkan nilai hamba 
dalam setiap jiwa

awak, *wahai rumetku :p
sepertimana awak terima segala kekurangan saya,
saya terima kekurangan awak seadanya,
ayuh pegang tangan kita,
kita bersama berjalan ke syurga
meski terpaksa melalui jalan duri dan gelita


terima kasih Allah
kerana KAU...
mereka ADA..


2 comments:

Egg Head said...

ada org pengsan lg rupanya...hehehe

khaIRul_UmmAh said...

dah masanya Allah nak uji kan..


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com