Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Tuesday, October 23, 2012

flight lain destinasi SAMA??


bismiLLAH
m0ga Allah menuntutni setiap langkahku
untuk menhidupi kehidupan ini
dengan kehidupan yang BAHAGIA
dalam rahmat dan redhaNya

kali ini.
ingin saya bicarakan sesuatu yang mungkin bagi sesetengah pihak agak sensitip. tapi rasanya perlu untuk diri ini menjelaskan. melihatkan persekitaran yang mengamalkan satu amalan turun temurun yang saya kira langsung tidak membawa atau menunjukkan mereka dan mungkin juga saya nanti membawa dan mengamalkan Islam, (pebende niii aku merapuuu)

0kai.



situasi 1

hari itu lapangan terbang penuh dengan manusia. A pun menyapa B yang kelihatan tenang duduk di sebelahnya.

" Assalamualaikum, nama saya A. anda mahu pergi ke mana?" kata A sambil meng0yakkan senyuman
" Waalaikumsalam.. nama saya B. saya mahu pergi KL ni, ada meeting. A naik kapal terbang ape?" tanya si B pula.
"saya naik AWAN *bukan nama sebenar* airlines..saya nak pi KL juga. Sama rupenye destinasi kita"
" Apa?? awak guna AWAN airlines?? Awak tahu tak banyak perkara buruk yang saya dengar. Makanannya tak sedap, servicenya tak memuaskan. better awak pilh PELANGI airlines *juga bukan nama bet0l* PELANGI airlines tu menjanjikan service terbaik, makanan sedap, selesa."

A memandang B penuh kehairanan.

" Tak salah kan saya pilih AWAN airlines tu, ikut kemampuan saya. Saya tahu flight yang saya pilih ni mungkin ada kekurangannya. even PELANGI airlines p0n ada jak kekurangannya, kan? bagi saya tu tak menjadi satu masalah. Asalkan PERJALANAN kita menaiki kapal trbang tu, destinasi kita tetap SAMA, kita akan turun di KL nanti. Berkaitan service ka, makanan ka, peramugari tak cantk ka *eh? itu bukan satu masalah besar bagi saya. Yang penting kita menuju satu tempat sama dan insyaAllah akan sampai, iaitu di KL. kalu kamu nak lihat perbezaan flight ape kamu pilih, banyak yang lagi BAIK dan BAGUS daripada PELANGI airlines yang kamu pilih tu. Asalkan kita pilih flight yang kita berkemampuan dan kita yakin insyaAllah ianya selamat menghantar kita ke destinasi pilihan kita, kan?"

B berang. Dia merenung A tajam. Suka hati A saja cakap flight pilihannya ada kekurangan.
" PELANGI airlines bagi saya juga PALING BAIK!" jerit B, lalu meninggalkan A di tempat duduk itu. A terkedu.

" Ada juga manusia begini di duniaa..." A mengeluh.

situasi 2

B berjalan-jalan mencari tempat duduk bersama C , D ,E . Semuanya menaiki PELANGI airlines juga untuk menghadiri mesyuarat di KL. Tetiba B terlihat A sedang khusyu' membaca buku.

" Weh, cuba k0rang usha mamat yang duduk hujung sana. Dia slamber jak perli flight yang kita naik ni. Dia tak tau yang PELANGI airlines nih la antara airlines yang PALING AWAL pertubuhannya di dunia. siap ada branches kat seluruh dunia tau. Setakat AWAN airlines yang baru nak naik tu ape lah sangaat."

C, D , E mengangguk-angguk tanda setuju.
" Eh, ada kos0ng la kat selebah dia. j0m duduk." kata C
"Hey. kau nak duduk situ?? biar betul?? tak payah la duduk dekat 0rang yang macam tu. menyampah aku" kata B. maka yang lain hanyalah akur kerana B tu adalah b0s mereka..

**************

Apa salah A sehingga menimbulkan kebencian yang disebarkan kepada C,D,E?

Apa masalah B yang terlalu mengagungkan PELANGI airlines dan men0lak mentah-mentah airlines lain yang tak kurang hebadnya?

Apa masalah memilih mana-mana airlines tersebut, hakikatnya destinasi yang dipilih adalah SAMA, iaitu ke KL *c0nt0h dalam cerita ini.



************************




kisah ini adalah perumpamaan yang saya sandarkan mengenai memilih JEMAAH atau bulatan gumbira atau k0nfrens eppy.

bukan maksud diri ini untuk menuduh yang bukan-bukan terhadap mana-mana k0nfrens eppy ini. tapi ini sekadar renungan berdasarkan pemerhatian alam maya mahupun alam nyata..

saya yakin mungkin ramai yang menyedari akan situasi yang terjadi seperti di atas ini. terlalu mengagungkan dan meyakini bulatan gumbiranya, namun yang kurang c0mey mereka tidak MELAPANGKAN PEMIKIRAN untuk mengh0rmati cara atau wasilah yang mungkin berbeza dalam setiap nama bulatan gembira itu.

" Tapi k0nfrens eppy kami ni yang paling berpengalaman"
" k0nfrens eppy kami nih hebat gerakan kerjanya"
" eleh,K0nfrens eppy kamu tu banyak fitnah ja"
" Masukla k0nfrens eppy kami, menjanjikan banyak k0nfrens2 c0mey2"


*************************

" Kenapa perlu banyak sangat jenis k0nfrens eppy ni? knape tak gabungkan jadi satu je, atau ikut satu je, kan senang?"

" penah pikir tak.. kenapa imam syafie buat mazhab baru meskipun beliau anak murid imam Malik? anak murid imam syafie, iaitu imam ahmad bin hanbal pun buat mazhab baru dalam ahlu sunnah wal jamaah. Adakah itu menunjukkan mereka melawan guru mereka? kenapa perlu ada pecahan 4 mazhab dalam fahaman ahlu sunnah wal jamaah ni? kenapa tak satu jak mazhab biar semua 0rang ik0t?"

".................."

" Allah susun cantik dah kehidupan ni. Ulamak kabir seperti imam-imam r0himahumuLLAH yang mengasaskan 4 mazhab dalam fahaman ahlu sunnah ni patut kita CONTOHI sikap mereka yang bersatu dalam satu FAHAMAN.."

"ape dia??"

" meskipun mereka BERBEZA PENDAPAT dalam mengeluarkan sesuatu hukum, namun mereka MENGHORMATI PENDAPAT imam-imam yang lain yang turut mujtahid sesama mereka.. Takda pula kita dengar mereka berijtihad sampai bergaduh,kan? Pendapat yang mereka keluarkan untuk menetapkan sesuatu hukum itu pun berdasarkan ILMU dan KEFAHAMAN yang SANGAT MENDALAM terhadap ilmu lebih-lebih lagi ilmu HADIS, dan sesuai mengikut keadaan dan situasi. Mengapa kita tak c0nt0hi akhlak mulia ulamak kabir itu yang secara asasnya berpandukan qudwah rasulullah s.a.w yang sebenar? perbezaan pendapat dan keluarnya hukum dalam mazhab masing-masing itu tidak menggugahkan keyakinan umat Islam untuk tetap dalam fahaman ahlu sunnah wal jamaah yang rasulullah JAMIN itulah warisannya yang SEBENAR..

sekarang ni walaupun ada baaanyak k0nfrens eppy, hakikatnya fungsinya SAMA, untuk islahkan diri dan masyarakat, kan? semua menuju satu MATLAMAT yang sama. yang berbeza cuma cara perlaksanaan dan kerangkaan aktiviti yang disusun unutk menjana pengislahan yang terbaik buat ahli-ahlinya. beza flight, tapi destinasinya sama, KL jua.."

" Jadi, yang mana satu yang 0kai untuk kita j0in k0nfrens eppy tu?? takut tersalah pilih laa nanti.."

" masalah tu senanya, bukan masalah SALAH PILIH, tapi masalah KESANGGUPAN dan PENGORBANAN DIRI  untuk istiq0mah mengikuti pr0gram2 pengislahan diri yang akan dibuat mengikut kerangkaan tarbiyah. J0in jak dlu pr0gram mana2 k0nfrens eppy. Mana2 yang kita rasa sesuai untuk diri kita untuk perbaiki diri, f0ll0w ja lah.. asalkan matlamat tu menuju Allah."

" K0nfrens eppy ni umpama sabun. Kengkadang ada 0rang jenis kulit sensitif, s0 dia kene pilih dan guna sabun yang untuk 0rang kulit sensitif. sabun tu alat untuk kita bersihkan jasad fizikal kita dari kek0t0ran kan? mengikut kesesuaian kulit kita lah. macam tu jugak k0nfrens eppy ni, ia hanyalah satu WASILAH atau ALAT untuk kita perbaiki diri. bukan bermaksud alat itu kita b0leh PERMAINKAN, tapi ALAT tu lah juga kita akan gunakan untuk perbaiki keadaan masyarakat seluruhnya nanti, cuma berbeza dari segi perlaksanaannya sahaja."

seandainya kamu mencari PERBEZAAN, kamu akan jumpa BERJUTA. dalam gerakan Islam ini, carilah TITIK PERSAMAAN yang akan menguatkan Islam itu sendiri.
 
TIBA masanya kita BERUBAH.
belajar untuk MENGHORMATI PENDAPAT orang lain
meneruskan gerak kerja kita masing-masing walau berbeza wasilah
asal ia menuju Allah yang SATU
jangan biarkan PERBEZAAN itu menimbulkan perpecahan.

"Manusia yang hidup untuk dirinya sendiri..usianya amatlah pendek..bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika maut..akan tetapi..bagi mereka yang hidup untuk PERJUANGAN..usianya panjang..sepanjang perjuangan itu..bermula dari hari diciptakan ADAM..berakhirnya ketika Dia memusnahkan alam."
 
  (syed qutb)

renung. fikir. zikir..
waLLAHU a'lam~

2 comments:

INTAN NADZIRAH said...

sebab itulah pentingnya mengkaji kan :)
manusia terlalu byk timbulkan persepsi,kdg2 mendengar cerita yang tidak benar,kdg2 ada cerita yg direka2.moga Allah pelihara hati2 kita ^_^
dalam Al-qur'an pun ada sebut,carilah mana2wasilah yg boleh mendekatkan diri kpd Allah :)

teruskan bertinta.

azuma nurul said...

insyaAllah ummi..

ain perlukan bimbingan dari seni0r2 dan ummi juga.. :)


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com