Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Monday, September 10, 2012

KUATNYA AKU keranaa..

bismiLLAH

harapanku agar hati ini masih ada ruang untuk mengukir namaNya

lidah ini masih ada kesempatan untuk meratib namaNya

minda ini penuh kekuatan untuk tetap mensyuruki nikmatNya..




KUAT AKU, kerana KUATNYA DIA

hidup ini sememangnya penat. Satu saat keazaman tinggi kita akan mula mundur dan layu. Namun jangan dikesalkan perasaan itu, jangan biarkan ia bermaharajalela menghantui diri. kerana diwaktu itu sebenarnya Allah ingin menguji IKHLASNYA hati HAMBA dalam melakukan sesuatu perkara keranaNYA.

Rasulullah tak pernah mengeluh di hadapan sahabat. Tempat rasulullah mengadu hanyalah di hadapanNya. sanggup baginda berk0rban seluruh kehidupannya agar setiap jiwa yang sempat ditenui itu, ada benih IMAN di dalamnya..

masih ada waktu untuk kita merenung kembali perjalanan hidup yang berliku ini.
masih ada waktu untuk kita melihat kepincangan amalam yang pernah kita lalui
masih ada waktu untuk kita mencari kekuatan agar tetap tabah melayari bahtera duniawi

ingatilah kekentalan perjuangan nabi..
KUATNYA AKU, kerana KUATNYA DIA RASULULLAH S.A.W...
*Allahumma solli wa sallim wa ala aalihi wa sohbihi ajma'in..*




KUAT AKU, kerana KUATNYA MEREKA

Aku datang dari mereka, dengan keizinan TUHANKU. dua ikatan hati yang KENTAL menghadapi cabaran. Dua ikatan hati yang kekal CEKAL menghadapi rintangan. dua ikatan hati yang sentiasa TERSENYUM menghadapi ujian. Dua ikatan hati yang sentiasa BERGANTUNG HARAP hanya pada TUHAN..

dan dua ikatan hati inilah menjadi sumber kekuatanku untuk meneruskan perjuangan..dengan keredhaan Tuhan. Kadang perit hati mereka dir0bek, segera mereka pulang ke pangkuanNya untuk mengubat luka di jiwa. kadang luka hati mereka tercalar, tenang mereka mencari damai yang subur mekar. sehingga saat ini nafas mereka kekal tegar menghadapi cabaran.

meskipun manusia ada batasan kekuatannya, mereka tidak pernah memberikan rasa penyesalan atas SEGALA DUGAAN yang melanda keluarga.

kerana dua hati itu menganggap, dugaan itu adalah TANDA KASIH SAYANG YANG TULUS DARI TUHAN KEPADA HAMBANYA.

maka, dugaan apapun yang mereka hadapi, selaut ketenangan mereka cuba menghadapinya dengan KESABARAN dan KEREDHAAN..

ingatilah kecekalan dua hati ibu bapa
KUAT AKU, kerana KUATNYA MEREKA



KUATNYA AKU, kerana KUATNYA MEREKA

aku punya keluarga yang sederhana, tapi disebalik kesederhanaan itu setiap jiwa berusaha untuk cekal menghadapi hari yang PASTI.

antara kami, dengan SENYUMAN itu, MAMPU untuk menzahirkan apa yang terbuku di hati
antara kami, dengan KETAWA itu MAMPU untuk melafazkan yang terpendam di sanubari
antara kami, dengan DOA itu mentautkan hati dalam mendamba redha ILAHI

cekal hatiku menempuh jalan berliku,
kerana..
KUATNYA MEREKA

KUATNYA AKU, kerana KUATNYA DIA

aku punya sahabat. sahabat itu perjalanan hidupnya perit sekali. mungkin tak pernah tergambar dengan pandangan manusia dunia. namun kental jiwanya memartabatkan alquran agar tetap terpelihara dalam hatinya.

kadang tangisannya di atas pangkuanku. kadang tangisannya di atas bahuku. kadang tangisannya di antara ganggang telefon. namun ku lihat kental hatinya menghadapi hari PASTI.

kesakitan yang dirasainya menjadikan dia yang ISTIMEWA antara jutaan manusia
keperitan yang dialaminya menjadikan dia yang TERCANTIK antara jutaan jiwa
kepedihan yang ditanggung menjadikan dia yang TERINDAH antara jutaan wanita

kagumku melihat dia TABAH menjadi HAMBA SETIA.
KUATNYA AKU, kerana KUATNYA DIA
*for u, dear CUK :p

KUATNYA AKU, kerana KUATNYA MEREKA

berada di nilampuri, membawa aku satu tekad untuk membuka lembaran hidup baru yang penuh segar mensyukuri nikmat Tuhan. berbekal amanat mama abah yang tulus membenarkan aku meneruskan perjuangan hidup ini, aku cuba melaluinya dengan semangat di jiwa dari yang Esa.



aku rindu untuk bers0lat di situ..



sejak dahulu, aku mencari kekuatan melalui ukhuwah bersama sahabat2. di bumi waqafan dahulu, tanpa sahabat-sahabat yang menggenggam tanganku saatku tak mampu bangun,
tanpa sabahat-sahabat yang mengusap dahiku saat aku tak terdaya
tanpa sahabat-sahabat yang mengelap air mataku saaatku tak termampu menangggung kehidupan ini
aku tak menjadi aku seperti hari ini
dan ikatan hati sahabat-sahabat itu tetap aku terasa. SEHINGGA HARI INI
hanya DOA yang mengikat KERINDUAN KAMI

dan ketika aku menjejaki bumi tarbiyah pula



kenangan lalu ibarat melintasi fikiranku,
semakin lama semakin banyak mem0ri lalu
ku tepis perasaan itu, agar dapatku menghadapi kehiudpan baru
dengan semangat yang baru

kulihat wajah-wajah yang setia bersamaku
kebahagiaan mereka adalah, kebahagiaanku
suka tawa mereka adalah penyubur kekuatanku
duka mereka adalah dukaku
ingin sekali aku bersama wajah-wajah itu
bersama berpegangan tangan menuju redhaMu

namun kadang tatkala Allah ingin menguji nikmat ukhuwah itu
dihilangkan perasaan kasih sayang sedikit demi sedikit
lantaran ingin menguji IKHLASNYA jiwa
untuk sama-sama menjadi HAMBA yang SETIA
baik buruknya kalian
akan ku cuba bahagiakan hati ini
agar celahan ukhuwah kita itu
sentiasa terselit redha ILAHI..

maafkan diri ini andai lancar kata yang mengguris kalbu
maafkan diri ini andai mudah bahasa mer0bek jiwa
maafkan diri ini andai mencalar ukhuwah yang dibina

inginku bina ukhuwah ini
umpama pasir-pasir halus
namun dengan KEIKHLASAN dan KEKUATAN IKATAN HATI BERSAMA TUHAN
kita mampu membina BANGUNAN KETAQWAAN BERSAMA..

ketahuilah kalian..
KUATNYA AKU.. kerana KUATNYA KALIAN..

aku akan tetap terus kuatkan diri.
supaya diri ini sentiasa menyedari bahawa HAMBA itu tugasnya MENTAATI
serta REDHA dan SABAR dalam menghadapi kehidupan ini..
agar SEGALANYA berpaksikan REDHA ILAHI..

ku tahu,
segalanya atas KEIZINAN ILAHI
tanpaNya,
aku TIADA ERTI..

Allahu a'lam~




No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com