Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Tuesday, August 14, 2012

Kem Pemantapan Solat


bismiLLAH

Sangat bersawang rasanya tempat coret-coret saya ini.

lama sudah tidak mengukir hati ini.

lama juga meninggalkan dunia yang sepi

dan mengejar kehidupan yang tak pernah berhenti berlari..

KEM PEMANTAPAN SOLAT

pertama kali dengar, pelajar Universiti didedahkan dengan program pemantapan solat. setahu saya program ni hanya dijalankan di tadika, mahupun sekolah-sekolah. namun bagi si penulis alangkah baik dan TERBAIKNYA andainya program ini dapat dilakukan di SELURUH UNIVERSITI di SELURUH NEGARA.

kerana apa?

hakikat pegangan kita dalam s0lat itu... akan mula TERCABAR di alam Universiti..

di situlah.. ramai kecundang..
di situlah.. ramai keliru..
di situlah.. ramai celaru..

mana yang sepatutnya diutamakan dahulu..

cuba lihat gambar di atas

suka untuk sipenulis berkongsi makna gambar di atas..

S0lat itu merupakan kitaran dan PROSES pembentukan diri..

bermula dengan BENIH TANAMAN..

s0lat itu bermula dengan iman. dan iman yang perlu kita bina untuk mendapat solat yang mampu memberi kesan pada diri ialah, umpama benih yang bakanya baik, tiada sebarang kerosakan..


 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَلَا تُبۡطِلُوٓاْ أَعۡمَـٰلَكُمۡ (٣٣)

 O ye who believe! Obey Allah and obey the messenger, and render not your actions vain.
(muhammad -33)

makanya, janganlah kita BERUSAHA merosakkan AMALAN kita (biji benih) dengan amalan yang buruk..kerana permulaan yang baik itu insyaAllah akan membuahkan hasil yang baik.. 

*to be continue.. insyaAllaah~


UPDATED

benih tanaman itu TAKKAN MAMPU untuk bercambah sekiranya kita meletakkan ia di atas jalan tar mahupun tempat-tempat yang tidak membantunya untuk bercambah..

maka, USAHA untuk meletakkannya di TANAH itu umpama, USAHA TAAT kepada Allah dengan cara bers0lat..

۞ وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٍ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَـٰوَٲتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ (١٣٣) 

And vie one with another for forgiveness from your Lord, and for a paradise as wide as are the heavens and the earth, prepared for those who ward off (evil); (133) 

BERSEGERA. itulah tuntutan Allah supaya hambaNya segera untuk mendapatkan keampunanNya, kerana keampunan itu SELUAS semesta dan seisinya, bahkan lebih luas lagi..

benih iman itu memerlukan sesuatu ransangan untuknya membesar, itulah ransangan untuk bersegera mencari keampunan Tuhan..

kekuatan dalam mencambahkan benih iman itu juga memerlukan faktor luaran yang menjadikan ia sebagai sumber kekuatan untuk menapakkan akar di tanah yang subur..

وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ (٤٥)
Seek help in patience and prayer; and truly it is hard save for the humble-minded, (45) Who know that they will have to meet their Lord, and that unto Him they are returning. 

updated!


seterusnyaa~

setelah USAHA  itu diletakkan pada tempatnya (solat = cara untuk mentaati Allah) makanya akan lahirlah TUNAS = hasil daripada s0lat.. iaitu, tunas keataan kepada Allah = iman :)

Tunas iman itu lebih membesar dengan hebaddnya saat kita melakukan usaha ketaatan itu secara berjemaah..sepertimana firman Allahu ta'ala..


 إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِهِۦ صَفًّ۬ا كَأَنَّهُم بُنۡيَـٰنٌ۬ مَّرۡصُوصٌ۬ (٤)


 Lo! Allah loveth them who battle for His cause in ranks, as if they were a solid structure (as-soff -4 )

ikatan iman itu kukuh seandainya kita dalam berjemaah. S0lat berjemaah bukan sekadar dapat mengeratkan ikatan iman kita kepada Allah. secara tidak langsung juga dapat mengeratkan hubungan sesama insan dalam menjalani ketaatan kepada Allah..

next..

hasil daripada tunas yang tumbuh riang dan subur itu, maka akan terjadilah sebatang pokok yang berbuah lebatt.

ini melambangkan hasil solat jemaah tadi, akan melahirkan kekuatan ummah yang menjana kepada kesejahteraan diri, keluarga, masyakat dan dunia seluruhnya dan akhirat..

pohon yang bukan sekadar pohon, buahnya memberi sumbangan kepada manusia.

inilah hasil pendidikan s0lat yang mulanya daripada benih kecil sehingga menjadi pohon yang berbuah lebat.
hasil s0lat yang BERKUALITI itu dengan janji Allah pasti akan melahirkan m0dal insan serta masyarakat yang berintegriti, dinamik , produktif dan kreatif. Bukan sekadar menjalankan aktiviti2 lain, tetapi hanya dengan SOLAT itu sebenarnya MAMPU untuk menjana jati diri manusia. 

NAMUN

tak ramai antara kita yang benar-benar mengimani ayat ini..
 ٱتۡلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيۡكَ مِنَ ٱلۡكِتَـٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ‌ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ‌ۗ وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَڪۡبَرُ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مَا تَصۡنَعُونَ (٤٥) 

 Recite that which hath been inspired in thee of the Scripture, and establish worship. Lo! worship preserveth from lewdness and iniquity, but verily remembrance of Allah is more important. And Allah knoweth what ye do. 

m0ga s0lat yang kita dirikan selama ini MAMPU membina jati diri kita kearah yang Allah redhai..insyaAllah

Allahu a'lam~

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com