Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Thursday, August 23, 2012

ceritera raya 2012

bismiLLAH

dengan mencari semangatnya, post ini di bersihkan sawang2nya..

sudah lama tidak menulis. mencari satu kekuatan setelah lama merangkak mencari jalan pulang... (fuh~)

ceritera raya.

raya tahun ini, 1 syawal di shah alam.
abah kata, dah ada 3 menantu, kita beraya kat rumah dulu... (0kai abaaah~)
jadi, dua hari sebelum raya, kami sekeluarga ramai2 menganyam ketupat..0h~~
ser0nok punn ada..

saat malam raya..

tiba-tiba hati sayu. entah mengapa terasa sepi meninggalkan ramadhan berlalu pergi.
terasa kek0s0ngan selama ini terisi saat dia hadir.
namun, bila dia pergi.. bukan ke atas kita untuk terus meng0s0ngkan diri..
tapi ke atas kita untuk mengekalkan MOMENTUM ibadah yang selama ini kita buat..
sepanjang ramadhan itu.. :)

yaaa~

SYAWAL kali ini..

tanpa nenek yang terlebih dahulu pergi bertemu kekasihnya yang TERHEBADD (alfatihah utk nenek)

dan menunggu embah siah yang terlantar di kampung, menanti kepulangan anak cucunya..

raya kali ini bersederhana. semendung hati ini

namun kesyukuran itu jelas terasa.. saat Allah mengilhamkan satu perkara..
untukku terus kuat menghadapi ciritera hidup ini..

sampai ke sekinchan, tempat pertama yang si penulis pergi..

bilik itu..

pakcik dah dec0rate cantik la bilik untuk embah..macam bilik hospital dah..
embah mesti dijaga rapi.. kene tebuk lubang kat leher utk keluarkan kahak..
kat paru2 ada infection..
makan pon x b0leh..bole minum susu je setiap hari..
x b0le nak cakap.. kadang2 je panggil2 makcik pakcik..
bahagian badan embah belah kiiri lumpuh..kesan operate brain tum0r kat belah kanan kepala..
tiap2 pagi pakcik2 akan t0l0ng mandikan embah.. siap2kan embah..
tiap2 malam ada orang jaga embah..

raya ni, batuk embah makin teruk.. banyak kahak..
mungkin sebab ramai yang ziarah embah.. keadaan udara tu banyak kumann
yang paling menyentuh hati..

" haa.. nurul! s0latkan embah yeee" kata bik Jun
" gulp gulp.."
" ambilkan wudhu' embah duluuu " kata kak Chah

m0ga embah cepat sembuhh :)

oleh sebab blur2.. kak chah yang t0long amekkan wudhuk embah..hihihi
kak chah spray air kat tangan kanan embah..embah dengan sedaya upayanya sapu air di tapak tangannya tu dekat muka..untuk mula berwudhu'..seterusnya tangan..rambut..telinga..
mana2 tangan yang b0leh dicapainya..dia akan usaha sapu air wudhu' itu di tempat wudhu'..
bahagian yang tak b0leh nk dicapai, kak chah t0long sapukan air..

dan bermulalah saat si penulis s0latkan embah..s0lat asar..

"ok embah..kita s0lat yea.."
kulihat mata embah berkaca-kaca. se0lah-olah mengharapkan satu kekuatan daripada s0lat itu..
"us0lli fardhu asri........lillahi taa'aala"
"Allahu akbar!..bismillahhirrahmaanirrahimmm"

bacaan s0lat kuat itu memandu embah untuk menunaikan s0lat. di sini si penulis melihat bagaimana indahnya peranan s0lat itu. meskipun insan yang tak berdaya untuk berdiri, dengan berbaring itu pun bukan menjadi penghalang ikatan antara hamba dan Tuhannya..

kulihat tatkala tahiyyat awal dan akhir, saat bacaan syahadah itu aku lafazkan, embah menutup matanya. se0lah-olah begitu meghayati kesaksian diri akan Allah itu Tuhan dan Rasul itu Pesuruh Allah..

matanya berkaca-kaca lagi..

"assalaamualaikum warohmatullahh....assalamualaikum warohmatullahh..."
"okai embah..kita dah abes s0lat.. kita d0a yea.."
"haa,, nurul. baca d0a.. biar embah aminkan" kata bik jun
" bismillah.......alhamdulillah...."

ya Allah, jadikan kesakitan ini penghapus d0sa kami. berilah kesembuhan agar kami terus mentaatiMu. berilah kami secebis kesabaran daripada kesabaran RasulMu. berikan kami ketabahan sepertimana yang Kau berikan kepada Anbiya'Mu. berikanlah kami kekuatan seperti kekuatan Nabi Ulul 'azmiMu.. sem0ga dengannya kami hati kami tetap DEKAT BERSAMAMU..SEHINGGA AKHIR WAKTU...

doa yang tulus. mengalir manik-manik di celahan mata embah. setelah mengaminkan doa, si penulis bersalam dengan embah. embah menggenggam tanganku kuat.. aku tersenyum padanya..

ku lihat..
kesungguhan adek beradik mama dan ipar-ipar bergilir-gilir menjaga embah siang malam
ketabahan anak-anak dalam usaha membalas jasa ibu yang membesarkan 12 orang anak
dan kecekalan embah untuk terus TAAT dalam menjadi hamba yang Setia..
meskipun kudrat jasad TIADA..

malu rasanya.
kita yang KUAT dan masih diberi KEKUATAN jasad ini
MALAS untuk beribadah
MELAMBATKAN solat
BANYAK mementingkan perkara dunia
hingga AKHIRAT dipandang sia2..

raya yang bersederhana. tapi penuh MAKNA

kulihat kekuatan satu SENYUMAN di sebalik kedukaan
ku pandang redupnya mata di sebalik tangisan
ku selami kekuatan di sebalik keputus asaan
betapa AJAIBNYA orang beriman itu..


Rasulullah s.a.w bersabda
“sungguh ajab orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya.”
Hadis riwayat muslim

sejauh mana keajaiban itu ADA dalam diri kita, selama kita MENGIMANI DAN MEYAKINI akan Allah dan RasulNya?

m0ga perk0ngsian ini sedikit sebanyak dapat memberi ibr0h pada diri sndri yang menulis TERUTAMANYA dan para pembaca UMUMNYA.

bukan simpati yang diraih, tapi sekadar peringatan bahawa sakit mana pun ujian yang Allah beri pada kita,

masih ada insan lain yang diuji LEBIH HEBAD daripada ujian yang Allah turunkan kepada kita..

hanya tugas kita, untuk menjadi HAMBA YANG TAAT..

SUDAHKAH KITA??

renung. fikir. zikir...

Allahu a'lam~

5 comments:

Dr. hati.. said...

sedihnye, atuk johor ana pun mengalami sakit tua. amalan solat kat masjid yang tak pernah ditinggalnya tiap waktu solat akhirnya terhenti akibat tak mampu untuk bangun, apatah lagi menunggang motor..tp abg ana kuatkan semangat dia "org yang istiqamah, pahala dia tetap sambung walaupun dia dah x buat benda tu, insyaALLAH"..adegan berakhir dengan tangisan atuk sambil pegang erat tgn abg ana..sekadar perkongsian~

khaIRul_UmmAh said...

jzzk kheir atas perk0ngsian.

ada benarnya.
manusia yang mengikatkan hatinya dengan satu amalan yang istiqomah..akan kekal kuat jiwanya meskipun jasadnya sudah tiada daya.

embah ana ni, satu perkara yang ana kagum, waktu dia sihat dulu, sebelum azan dah ada di tikar sejadah. s0lat awal waktu sentiasa menjadi pegangannya. dan kekuatan semangatnya terus menerus sampai sekarang walaupun jasadnya sudah tiada daya lagi..

*ibroh = amalam istiqomah itu memberi kesan jangka panjang yang baik untuk kekuatan diri..

jzzk kheir~

Dr. hati.. said...

sekadar memenuhi ruang komentar..:-)

atuk ana belah kelantan, amalan dia skrg ni..sangat gemar ziarah qubur saudara2 yang telah meninggal..tak dpt bayang betapa bersedianya dia untuk join mereka..~al-fatihah~

khaIRul_UmmAh said...

subahanaLLAH

m0ga kita diberi kekuatan untuk bersedia menemui DIA yang MAHA ESA dengan sebaik-baik tempat kembali..

jzzk kheir~

hainil fatihah mohd fauzi said...

kak ain..post ni sgt inspiring me!saya mesti kuadd dan hebadd!!


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com