Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Saturday, June 2, 2012

Selamat Tinggal, mama!

bismiLLAH
kata bicara itu
ku harap menjadi pengukir jiwamu
menuju Tuhan Yang Maha Satu

SELAMAT TINGGAL, MAMA!

Saat Dina baru melihat dunia, tangisan Dina sangat kuat. Mama tersenyum lihat Dina, sebab Dina adalah anak perempuan mama yang pertama selepas mama melahirkan dua abang Dina yang sangat aktif. Ayah pun seronok lihat Dina sihat dan selamat lahir ke dunia. Bermulalah kisah hidup Dina dengan Mama dan Ayah yang penyayang dan juga abang-abang Dina yang suka bermain bersama Dina.

Dina membesar dengan sihat. Ramai kawan-kawan mama geram tengok Dina sebab Dina tembam. Semua orang yang lihat Dina akan cubit-cubit pipi Dina. Kadang-kadang bila Dina rimas, Dina akan menangis. Mama akan segera pujuk dengan kasih sayang mama yang lembut. Dina sayang mama. Dina sayang Ayah. Dina sayang keluarga kita.

Satu hari, Dina demam. Masa tu Dina baru beberapa bulan melihat dunia. Mama rasa risau, segera Mama hantar Dina pergi ke Hospital. Doktot bagi ubat air untuk Dina. Dina tak suka. Ubat tak sedap. Dina merengek tak mahu makan ubat, tapi Mama paksa juga Dina makan supaya Dina cepat sihat. Dina pun akur dan makan ubat. Mama tak pukul Dina. Mama belai sambil menyuapkan Dina ubat tu. Sepahit mana ubat tu, dengan belaian Mama sgalanya menjadi indah dan manis..

Dah tiga minggu demam Dina tak kebah-kebah. Dina asyik menangis malam-malam sebab tak selesa. Kesian Mama, terpaksa bersengkang mata jaga Dina. Mama lapkan badan Dina yang panas demam dan mengharap agar diberi kesembuhan untuk demam itu kebah dengan segera. Satu malam itu, tangan Dina tiba-tiba bergerak sendiri. Dina rasa sakit sangat kepala dan mulut Dina keluar buih-buih. Masa itu Mama dan Ayah sangat terkejut dan bergegas menghantar Dina ke hospital. Doktor kata Dina kena sawan. Dina ditahan di wad. Dina nampak Mama menangis. Kesian Mama. dah berapa minggu tak cukup tidur jaga Dina. Kali ini terpaksa jaga Dina di wad pula. Ayah pula kelihatan risau. Kesian Ayah. Terpaksa jaga abang-abang Dina.

Banyak prosedur yang Dina kena buat untuk pastikan apa penyakit Dina yang sebenar. Macam-macam doktor dan jururawat buat pada Dina. Banyak kali doktor cucuk jarum di tangan. Dina menangis kuat sebab takut dengan jarum. Tapi Mama tetap menjadi penenang kepada Dina. Apabila doktor dapat tahu apa penyakit yang Dina hadapi, Mama dan Ayah menangis. Tak pernah Dina lihat Ayah menangis. Selalunya kalau Dina menangis mesti Ayah yang pujuk. Tapi sekarang Dina tak boleh nak pujuk ayah, sebab Dina dah terlantar lemah di katil hospital. Dina tak tahu, apa yang doktor cakap sampai Mama dan Ayah menangis? Doktor marah Mama Ayah sebab tak jaga Dina sampai Dina sakit kuat macam sekarang kah? Doktor tu salah! Mama dan Ayah jaga Dina dengan penuh rapi dan kasih sayang. Mungkin ini ujian Allah untuk kelaurga kita. Dina lihat Mama kesat air matanya dan senyum pada Dina. Dina suka lihat Mama senyum. Senyuman Mama itulah pengubat kesakitan Dina, pemujuk sewaktu Dina menangis. Dina suka lihat Mama senyum. Dulu masa Dina sihat Mama selalu senyum manis. Sekarang pun Mama tetap senyum sewaktu melihat Dina. Tapi Dina dapat rasa senyuman Mama tak semanis dulu, kenapa, Mama? Sebab Dina sakit dan tak selincah dulu kah??

Dina ada terdengar yang Ayah beritahu kawan ayah yang datang lawat Dina bahawa Dina ada sakit meningtis . Sebab tu demam Dina tak kebah-kebah dan Dina rasa lesu. Dina tak selincah dahulu. Satu hari doktor beritahu yang kepala Dina terpaksa ditebuk untuk mengeluarkan cecair virus yang ada kat otak Dina. Lepas ditebuk Dina dah lemah dah. Orang senyum kat Dina, Dina dah tak mampu nak balas senyuman dengan gelak tawa Dina. Dina rasa sakit sangat..

Bukan sekali doktor tebuk kepala Dina. 4-5 kali kepala Dina ditebuk. Sakit, pedih. Tangan Dina ni dah tak rupa tangan. Banyak sangat kesan jarum. Dina selalu kena sawan. Doktor terpaksa letak penahan di kaki Dina . Sebab bila kaki Dina tak letak penahan tu, otot jadi tegang akibat sawan. Nenek tengok Dina dengan linangan air mata. Dina tak suka lihat orang menangis kerana Dina. Apa salah Dina sampai buat mereka menangis? Dina tak mampu nak seka air mata dan pujuk mereka macam Mama dan Ayah selalu buat pada Dina. Senyum pun sekarang Dina tak mampu. Otak Dina tak berfungsi dengan baik. Akhirnya Dina lumpuh. Dina tak mampu nak lakukan apa-apa meskipun mengerang kesakitan atau mengeluarkan suara. Dina pasrah. Mama dan Ayah pun terima ujian Allah terhadap Dina dgn redha.

Satu hari apabila keadaan Dina dah stabil, Doktor syorkan untuk berehat di rumah dan tidak di tahan di wad. Oleh sebab Mama dan Ayah sibuk bekerja, Dina di hantar ke kampung dan dijaga oleh Nenek Dina. Beliau seorang yang sangat penyayang. Tangannya yang halus telah membesarkan 3 orang anak dengan jernih kasih sayangnya, dapat Dina rasakan melalui sentuhan tangannya. Kalau kanak-kanak seumur dengan Dina rasa lapar, mereka akan menangis meminta makanan. Dina tak mampu untuk menangis. Keadaan kerosakan otak Dina menyebabkan fungsi tubuh badan lumpuh sepenuhnya. Nenek dengan penuh kasih sayang akan terus menjaga Dina sebaik mungkin. Setiap kali waktu makan, dia akan suapkan Dina makanan yang berkhasiat, bagi Dina minum waktu Dina haus, walaupun Dina tak mampu nak beri apa-apa isyarat pun yang Dina lapar atau haus, Nenek seakan-akan ada kuasa untuk tahu bila waktu Dina lapar, haus, tidur, tukar lampin, dan macam-macam lagi. Dina sayang Nenek. Nenek selalu berikan senyuman manis macam Mama pernah beri pada Dina dulu. Terasa hangatnya kerinduan pada Mama dan Ayah saat Dina di kampung halaman bersama Nenek..

Satu hari, Allah menjemput Nenek untuk menjadi tetamu Allah di baitullahil haram. Dina dihantar ke kampung sebelah ayah pula. Berbeza suasananya. Satu hari Dina demam panas. Dina mula muntah-muntah. Lesu rasanya. Bila dah demam, Mama dan Ayah ambil Dina balik rumah. Ketika itu Dina dah ada dua orang adik baru. Kembar. Comel Dina lihat. Seronok rasa ada adik baru. Tapi sayangnya Dina tak dapat nak bermain dengan mereka sebab keadaan Dina yang lupuh. Dina hanya mampu untuk melihat abang-abang Dina bermain dengan adik-adilk Dina yang comel tu. Mama dan adik-adik baby tidur dalam bilik. Dina tidur dengan ayah..

Satu malam Dina rasa sejuk sangat. Dina muntah-muntah. Tapi ayah tak sedar sebab ketika itu ayah sdang tidur. Tiba-tiba Dina nampak cahaya. Dina rasa tangan dan kaki Dina rasa boleh bergerak. Cahaya itu seperti kelibat seorang lelaki dewasa. Dia mengajak Dina bersama mengikutinya. Dina pun mengikuti cahaya itu. Sebelum tu Dina lihat ayah yang sedang nyenyak tidur. Kesian ayah, penat jaga Dina. Selepas itu Dina pergi lihat Mama dan adik-adik yang comel di dalam bilik. Sayu rasa hati sebab tak sempat nak bermain-main bersama adik. Dina pergi lihat abang-abang pula. Dina doakan abang-abang mampu menceriakan hati Mama Ayah. Selepas itu Dina pergi....

Pergi bertemu Cinta Ilahi yang selama ini menerangi hati san sanubari. Bukan Dina nak tinggalkan Mama seorang diri sebab Dina satu-satunya anak Mama, tapi Dina akan tunggu Mama di syurga... Dina akan tunggu Mama...dengan senyuman yang dah lama Dina tak berikan pada MAMA...

*kisah ini diadaptasi daripada kisah sebenar dan ada sedikit penambahan dalam penceritaan. Sama-sama kita berfikir, anak kecil tak berdaya pun bersungguh-sungguh mahu membalas jasa kedua ibu bapanya.

kita pula, BAGAIMANA??

mari sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada allah yarhamah adik IRDINA HUSNA.. moga tenang ruhnya bertemu Tuhan yang Maha Esa...

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com