Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Wednesday, June 6, 2012

kau MAMPU!

bismiLLAH.
moga hatiku mencoret dengan coretan sinar
saat duka gelap memayungi hatimu
kelak cahaya Iman turut terpancar
dalam kalbu

CERITERA 1

Pagi redup menyambut salam Nur di bumi . Cahaya mentari seolah-olah memberi ruang untukku mengerti hakikat diri. Bumi yang kupijak kini seakan-akan yang tersimpan dalam memori. Semuanya seakan-akan sama.  UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI. Terpampang gah nama itu di laman pintunya.

Cuti selepas SPM bukan sesuatu keseronokan. Hati ibarat digoncang bagai tunggu karam di lautan putus asa. Tawaran yang diimpikan hanya ditolak begitu sahaja. Semua dilakukan demi mengejar satu cita yang disimpan di dalam hati. Nur masih teringat saat dia berbual dengan Ibu.

" Ibu, ibu rasa ibu suka Nur masuk mana?"
" Erm.. ibu rasa baik Nur masuk UM tu..dekat pun dekat. Tak payah pergi oversea."
" Tapi bu, bukan dekat UMKL, tapi kat Kelantan."
" La..yeke.. Takpa la, Ibu suka Nur pergi UM"

Hatinya rabak. Impian untuk pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara itu ibarat punah meskipun telah mendapat tawaran ke sana. Terbelah bahagi rasanya jiwa saat diuji pilihan yang manakah yang terbaik untuk diri dan masa hadapannya nanti. Seringkali Nur bertanya pendapat kepada senior dan juga kakak-kakaknya.

" Baik kau ambil medic mesir tu, bertambah la doktor dalam keluarga kita."
" Kau duduk Malaysia saja lah."
" Okai gak ambik psikology AUSMAT tu. bertambah la psikologist Islam."
" Nur comfirm tak nak pergi mesir? Ayah boleh je nak sponsor kalau Nur nak pergi."

Hatinya dikuatkan. Doanya digentarkan. Harapannya dikukuhkan agar Tuhan memberi jalan yang diimpikan. Satu hari Nur berbual dengan kakak senior yang amat dihormati. Dia meluahkan segala hasrat yang terbuku di hati. Seolah-olah hari itu ribut petir melanda hatinya.

" Kak, saya buntu. Jalan mana yang harus saya pilih? Saya takut jalan yang saya pilih ini SALAH."
" Dik, jalan betul atau salah itu bukanlah yang utama yang perlu kita fikirkan. Tapi pernahkah adik terfikir, apakah jalan yang adik pilih itu ALLAH AKAN REDHA? Sejauh mana usaha adik untuk MEREDHAKAN HATI untuk menerima segala ketentuan Ilahi sebelum adik menagih redha Ilahi?"

perbualan itu benar-benar menyentap iman yang gersang di jiwa.

" Kak, kenapa saya selalu doa minta apa yang saya mahu, contohnya belajar di luar negara, tapi tak dapat?"
" Dik, Allah takkan bagi apa yang KITA MAHUKAN. Tapi Allah akan beri apa yang KITA PERLUKAN. Cuba kita muhasabah balik cara kita berdoa kepada Allah tu sendiri..macam mana? Adakah ayat kita seperti ini.....

Ya Allah, aku nak jugak pergi luar negara. Kau kabulkanlah ya Allah..

atau.. BEGINI?

Ya Allah, aku mohon. Andainya menuntut ilmu di luar negara itu baik untukku, maka Kau permudahkanlah. Seandainya tidak, aku pasrah kepadaMu. 

atau.. BEGINI?

Ya Allah, IZINKANLAH aku untuk belajar di luar negara..

HA! cara doa kita yang mana satu? Yang pertama itu kah? Cuba renung betul-betul cara yang pertama itu. Keyakinan dalam berdoa sehingga seolah-olah doa itu ibarat memaksa Tuhan untuk mengikut kehendak kita. Padahal siapalah kita ini? Kita ini HAMBA sahaja, dik. Allah lebih berhak dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya..."

Nur merenung panjang. Kata-kata kakak itu benar-benat mengukir hatinya yang selama ini tak terlihat hikmah di sebalik cara berdoa itu sendiri. Dia akui, seringkali dia berdoa dengan cara pertama, tanpa memikirkan hakikat penciptaan dia hanyalah HAMBA.


MANUSIA itu ibarat SELIPARseMAHAL atau seMURAH manapun, dia tetap SELIPARdiPIJAK oleh tuannyadan BERKHIDMAT hingga akhir usiatak kita masa, di mana juabegitu jualah MANUSIAhakikat besar manapun jawatan, kita TETAP HAMBAyang punya amanah sebagai HAMBA HINAtak kira masa..di manapun jua..

Nur skur. Pilihannya ke UMNP itu adalah aturan terindah Allah buatnya. Kini dia perklu berusaha gigih untuk mencari erti REDHA dalam setiap pengorbanan yang dilakukan itu. kau MAMPU!

Pilihan ada dalam genggaman kita. Namun perancangan hidup kita adalah dalam genggaman TUHAN. seandainya sudah memilih, usah khuatir PILIHANMU ITU SALAH. tapi BIMBANGKANLAH pilihanmu itu tidak diredha Allah.

CERITERA 2

" Kak, doakan saya dapat JPA. Nak fly ni. Tak sabar rasa nak main salji!" Luah Nana.

Nini hanya tersenyum melihat gelagat juniornya itu. Melihat bersungguh-sungguh dia mahu menuntut ilmu di luar negara.

" InsyaAllah, ada rezeki, pasti dapat. Kalau tak dapat pun, rezeki tu Allah aturkan di tempat lain yang lebih baik dan tak disangka-sangka selagimana hamba itu menjaga TAQWANYA."

Nana terdiam. menjaga TAQWA? tak pernah pula dia dengar.

" Kak, menjaga TAQWA tu macam mana? Kenapa dapat rezeki yang tak disangka-sangka pula? tak fahamm"

" Dik, cuba buka tafsir, cari ayat seribu dinar. surah at-tolaq, muka surat belah kiri, ayat dia bawah-bawah sikit. Di siti Allah berjanji untuk memberi rezeki yang tak disangka-sangka buat hamba yang MENJAGA TAQWANYA.."




"okai kak..terima kasih!" Nana berlalu begitu sahaja.

Satu hari, Kak Nini mendapat panggilan telefon daripada Nana.

" Assalamualaikum, kak...." Suaranya serak-serak menahan tangisan.

" Waalaikumsalam. Kenapa ni, dik?" Nini kerisauan.

" Nana tak dapat JPA. Nana pergi matrix je. Kat sini biah tak sama macam kat kg Jawa. Solat pun suka hati nak solat ke tak. Jemaah solat jangan mimpi. Pergaulan laki perempuan tak jaga..blablablaa....." Nana meluahkan hasrat di hati.

kak Nini berusaha untuk menjernihkan perasaan.

" Dik.. Sekarang ni, saangat ramai orang yang baik. Mungkin adik salah seorangnya. Sebab tu la adik akan cepat terasa kalo ada kemungkaran berlaku sekitar adik.. tapi dalam lautan orang yang baik tu, BERAPA ORANG YANG MEMPU DAN BERUSAHA UNTUK MENCETAK ORANG UNTUK MENJADI BAIK?? Berapa ramai orang yang SANGGUP UNTUK MEMBINA SUASANA BAIK DI TEMPAT YANG TIADA BIAH SOLEHAH? berapa ramai yang MELIHAT KEMUNGKARAN DI SEKELILINGNYA DENGAN PANDANGAN RAHMAT, BUKAN PANDANGAN MENGHUKUM?? Sebab itu antara alasan-alasan yang menjadikan Islam itu tak berkembang. Sibuk mencaci menghukum suasana, tanpa ada sebarang USAHA untuk memperbaikinya ke jalan yang diredhai Allah.

Nana tersentap lagi.
Apakah usahanya untuk perbaiki suasana disitu agar menjadi baik dan diredhai?
Atau hanya membiarkan kemungkaran itu memayungi hati dan sanubari?
YA, AKU MAMPU!

di manapun kita berada, Allah ingin menguji kita, APAKAH ERTI ISLAM yang kita FAHAMI ITU BENAR-BENAR MENJADI PANDUAN HIDUP DAN HATI...

waLLAHU a'lam




No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com