Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Saturday, June 16, 2012

wahai wanita!

bismiLLah
moga hirupan nafas segar pagi ini penuh kasih sayang LILLAH


tersentak seketika melihat kata-kata ini.
ada benarnya jua.

hati wanita itu takkan pernah berjaya diduga.
disebalik kelembutan itu ada ketegasan pendiriannya.
disebalik senyuman manis itu ada derita yang tersimpan di dada.
disebalik gelak ketawa itu mengalir air mata yang tak terduga.

itulah indahnya hikmah ciptaan manusia.
di sebalik kuatnya emosi wanita.
Allah titipkan ketabahan hebad seabad usia
buat hamba yang KEKAL YAKIN akan janjiNya.

namun hampa.
wanita kini hanyalah simbol maksiat nyata
sedangkan dahulu siirah jelas terbuka
bahawa serinkandi itulah peneraju kebangkitan agama
disebalik kesopanan lahir ramai pewaris generasi ghurabaa'

di sebalik kebanggaan wanita akan kecantikan diri
masih ada wanita yang melindungkan diri
disebalik megah wanita dengn emas berlian
masih ada wanita yang penuh kesederhanaan
disebalik wanita bergembira tanpa pengertian
masih ada wanita yang berusaha untuk menghayati hidup penuh keimanan
masih ada
masih ada..

aku bukan yang tercantik untuk menulis
aku bukan terhebad untuk berpuitis
aku bukan yang terbaik untuk menjadi contoh yang manis.
aku juga hamba.
penuh debu dosa 
dan pengalaman silam yang kelam.

wahai wanita punya fitrah dalam jiwa
berapa lama kau peruntukkan hidupmu untuk memenuhi fitrah BERIMAN itu?

wahai wanita yang punya kecantikan tabah kurnia Tuhan
berapa kuat pergantunganmu saat derita mewarnai kehidupan?

wahai wanita punya nilai lebih berharga dari intan berlian
sudah cukupkah amalan kita
untuk bertemu TUHAN?

ayuh ramaikan dunia ini dengan wanita yang kukuh iman di sanubari

ayuh ramaikan wanita di dunia ini yang beramal dengan amal soleh setiap hari

ayuh ramaikan wanita di alam ini dengan kelahiran generasi yang menghayati Islam dalam diri.

sebarkan cinta Ilahi wahai wanita yang mengerti, 
kepada mereka yang masih belum mengenal makna diri

semoga dengannya kita peroleh REDHA ILAHI
tercapainya nikmat SYUKUR tak terperi..


waLLAHU a'lam



3 comments:

srikandi umar said...

salam.ayuh.kak ain..
kite bangkit.rise for the ummah.

khaIRul_UmmAh said...

insyaAllah..sama2 kah kitaa ;)

nursyaza zainal said...

perjuangan ini perlukan sokongan ...jika tiada yg menyokong, Allah ada... #harapbantusaya...


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com