Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Monday, April 2, 2012

yang MATI pasti HIDUP

bismiLLAH.
segala pujian itu hanya untuk Allah



YANG MATI PASTI HIDUP?

pelik bunyinya. macam terbalik pula. bukanakah selalunya yang hidup pasti mati? ayat al-quran sendiri menerangkannya dalam surah an-nisa' ayat 78

أَيۡنَمَا تَكُونُواْ يُدۡرِككُّمُ ٱلۡمَوۡتُ وَلَوۡ كُنتُمۡ فِى بُرُوجٍ۬ مُّشَيَّدَةٍ۬‌ۗ وَإِن تُصِبۡهُمۡ حَسَنَةٌ۬ يَقُولُواْ هَـٰذِهِۦ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ‌ۖ وَإِن تُصِبۡهُمۡ سَيِّئَةٌ۬ يَقُولُواْ هَـٰذِهِۦ مِنۡ عِندِكَ‌ۚ قُلۡ كُلٌّ۬ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ‌ۖ فَمَالِ هَـٰٓؤُلَآءِ ٱلۡقَوۡمِ لَا يَكَادُونَ يَفۡقَهُونَ حَدِيثً۬ا (٧٨)

 “Di mana saja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat”.

namun kali ini si penulis mahu menceritakan pula kisah sebaliknya. setiap yang MATI PASTI HIDUP.
bagaimana tu ya?

"ala, hidup kan untuk enjoy. selagi hidup, KITA ENJOY!!"
"ala, rilek la. hidup kan lama lagi. takyah nak risau..tua nanti kita taubat laa."

apa Allah berbicara dengan kita??


( أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَـٰكُمۡ عَبَثً۬ا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ (١١٥)

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? 

terkesima jugak lah apabila seorang zsahabat post di FB

"ramai orang fikir untuk kahwin awal,
tapi tak ramai orang fikir untuk MATI AWAL"

(dush!)

benar juga kan kan kan?

sebenarnya, kehidupan kita BERMULA sesudah KEMATIAN kita. 
mengapa?
kerana apabila kita meninggalkan dunia, maka AKHIRAT itulah PERMULAAN KEHIDUPAN YANG HAKIKI SELAMANYA. Sama ada kita di syurga mahupun di neraka. Dunia ini hanyalah ibarat jambatan si pengembara mencari bekalan untuk meneruskan kehidupan di alam yang HAKIKI. Seandainya bekalan itu sedikit, maka x survive lah kita DI SANA. sekiranya bekalan kita banyak, insyaAllah bekalan itu mencukupi untuk kita BAHAGIA DI SYURGA.



agak-agak kan, bekalan kita dah cukup ka belum ya?

bekalan apa yang perlu kita cari?
bekalan berbentuk ibadah yang IKHLAS dan KHUSYU' kepada Allah
mungkin ramai memikirkan KUANTITI,
tapi sebenarnya, yang penting adalah KUALITI ibadah itu sendiri.
ya, setiap yang MATI PASTI HIDUP.
bermaknya, kita masih lagi tidak hidup di alam yang hakiki. 
hidup kita kini hanyalah sebagai pengembara mencari bekalan menuju Ilahi, 
sebelum dijemput pergi dan melangkah ke KEHIDUPAN SELEPAS MATI.

oleh itu, janganlah terlalu seronok dengan kehidupan hari ini. kerana kehidupan yang kita lalui di dunia ini hanyalah sebagai pengembara menuju Ilahi. untuk mencari bekal redha dan rahmat Tuhan yang Hakiki. supaya dengannya jannatul firdausi bakal menanti.

ayuh, penuhkan masjid solat berjemaah, solat awal waktu, perbaiki ibadahmu, perdalamkan ilmu, pertambahkan keyakinan kepada TUHANMU. agar kita bakal menjadi hamba yang DIREDHAI ALLAHU..

Wallahu a'lam

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com