Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Saturday, April 7, 2012

PENGORBANAN adalah...

bismiLLAH.
moga dengannya nafas dalam maghfirah. hidup penuh rahmah. ketaatan dalam sakiinah!


(ini adalah page jiwangpuitis menuju TUHAN. ayuh kita menjadi hamba yang JIWANG kepada Tuhan! sila LIKE untuk sebarkan manfaat!)

Saya melihat rata-rata pemuda pemudi yang semangat dalam arena dakwah zaman kini begitu semangat dalam menambahkan perencah kelazatan dalam berdakwah. menjadikan dakwah ini sebagai satu keunikan dalam mendekatkan diri kepada Tuhan.

Terjumpa satu kata-kata ini di muka buku..


Pernah dahulu, seorang pemuda mendatangi Saidina Ali. Ketika itu Saidina Ali ialah khalifah. Pemuda tadi bertanya, "Ya Amirul Mukminin, mengapa di zaman khalifah sebelum kamu, keadaan tidak runcing, kacau, dan gawat seperti zaman pemerintahanmu?" Lalu jawab Saidina Ali, "Kerana pada zaman mereka menjadi khalifah, pemuda-pemuda di zaman itu ialah pemuda seperti aku, sedangkan di zaman aku menjadi khalifah, pemudanya seperti kalian!".


Satu bahasa yang cukup mendalam maknanya. Gunakan hati kita untuk menterjemahnya.
horhor
renung. fikir. zikir.


huh. ada terasa tak?

Pernahkah anda berkorban?

atau anda selalu TERKORBAN?

pernahkah anda menyelami apakah erti pengorbanan?

atau anda lemas dalam lautan pengorbanan itu?

pernahkah anda mengira kadar pengorbanan anda?

atau tak terhitung pengorbanan yang telah anda lakukan?

pernahkah anda menyedari, di sebalik kehidupan anda, setiap nafas yang terhirup ini, di setiap detik itu ada PENGORBANAN yang terselit?

Pengorbanan seorang IBU yang mengandung.
Pengorbanan seorang BAPA yang bekerja.
pengorbanan seorang GURU yang mendidik.
Pengorbanan seorang SAHABAT yang membimbing.
Pengorbanan seorang KEKASIH kepada kekasihnya...

eh eh
KEKASIH?
(merepek.. tengah jiwang ke ape nih??)
oh..TIDAK.
jiwang saya hanya untuk Allah. :)



mari pupuk cinta Tuhan.
melayari puitisnya bahasa
memahami maksud cinta SEBENAR, pada yang ESA

jom tekan LINK di bawah dan LIKE!
(ok. ni iklan saja sebenarnya. jemputla LIKE dan sebarkan CiNTANya!)

Cinta KEKASIH kepada kekasihnya yang dimaksudkan ialah, cinta Rasulullah s.a.w terhadap Allah,
dan juga cinta kita terhadap rasulullah s.a.w

apakah kita PERNAH sedar, keamanan dan kebahagiaan yang kita kecapi hari ini, adalah daripada usaha titik peluk jerih perit payah pengorbanan RASULULLAH S.A.W?

[Yg bermaksud: Katakan olehmu (wahai Muhammad (s.a.w) (kepada manusia)! Jika ada kamu kasihkan Allah (a.w), maka ikutilah aku (Rasulallah (s.a.w)), maka Allah (a.w) akan mengampuni dosa-dosa kamu …) [Ayat 31, Surah ali-Imran].

akhir kata.

pengorbanan itu PAHIT di dunia
tetapi
ia bakal membuahkan MADU
DI SYURGA..
sediakah aku BERKORBAN demi AGAMA TERCINTA?
berikanlah kami kekuatan untuk menghadapinya..

Allahu a'lam

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com