Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Friday, April 20, 2012

masuk hutan. (1)

bismiLLAH

setelah jiwa digoncang sekuat-kuatnya goncang, ia kembali tenang. Moga ketenangannya tetap damai. menuju redha Tuhan.

MASUK HUTAN?

alhamdulillah diberi kesempatan dan kepercayaan oleh ckgu di samttaj untuk tolong tengokkan adik- adik yag nak bercamping nih. Sepatutnya camping tu untuk ahli KRS, tapi sebab ramai yang malu-malu nak pergi, camping kali nih terbuka untuk semua pelajar. jadinya, ada la dalam 80++ yang berjaya menyertai. 50++ adalah perempuan.

"Cikgu, lelaki brapa ramai yang pergi?"
"Ada la dalam 30++"
"Yang lain perempuan??"
"Yup"
"Mana lelaki..pupus ke.."
"Ntah la. cikgu pun taktau nak kata apa"

horhor..

JUMAAT

"ain, reti tak nak guna walkie talkie nih?" *ckgu tanya
"er.. TAK"
"ha, tekan je tepi nih. cbe try"
"test test"
"roger2" *suara dari dalam walkie talkie tu
"ha, kalo ada ape2 nk hubungi ust, gne nih je okai"
"set cikguu"

sampai di hulu langat dirai dengan hujan renyai-renyai. Si penulis pon macam seronok bangaat dapat join camping. memang tiap2 tahun tak pernah ketinggalan nak pi camping, jugle trekking. kalau tak, rasa tak lengkap hidup. jadi ala-ala guru pengiring adek-adek itu, memang kena muka mata luas-luaslah nak pantau mereka. Amanah, kena laksanakan sepenuhnya~

" ok, ustaz harap kamu semua jaga kelakuan, disiplin di sini. Senior kamu ni akan tolong ustaz untuk pantau disiplin kamu. *semua mata lihat saya. segan.* Kalau ada apa-apa masalah boleh rujuk kami. dan ustaz serahkan kamu semua kepada pihak konsultan. sekian.." kata ust ermie, guru pengiring kanak-kanak riang itu. haihh

maka bermulalah pengembaraan dan perkhemahan unit beruniform *sepatutnyalah. 3 orang junior tingkatan 5 jadi helpers merangkap pembantu pemantau rakan-rakan yang lain juga turut serta menjadi peserta.

"kak, nanti tolong tangkapkan gambar bole?" *sambil memberi beg kamera.
"dslr, nikon!" *mata kecik jadi bulat
"nanti tolong tangkapkan gambar utk aktiviti semua lah, bole? nak buat dokumentasi nanti" *muka anisah sang  pemilik kamera mengharap
"okai okai nanti jangan lupa belanja akak aiskrim magnum" *lantas kami mengoyak senyuman.
terbaik. dapat pegang dslr orang pon chantek lah. :D

selepas asar berjemaah, peserta dikehendaki untuk memasang khemah masing-masing. berlaku macam-macam adegan dan cerita. malam itu mereka dibentuk beberapa kumpulan dan macam biasa, LDK..

setelah berbincang dengan kem komanden dan guru-guru pengiring..

"ustaz, ada apa2 suprise ka utk dia orang malam ni?"
"ha. pukul 3 nanti ada rocall. get ready ja. jangan bagitau dorang pulak"
"oraitt"

jam 3.30 pagi *terlajak tidur pon sebenarnya. pukul 2 baru nak tido lepas pantau adek-adek itu semua masok khemah. haihh

"macam mana ni, kenapa lambat bangun! bla3" marah kem kom. tugas saya memetik kamera beberapa angle dan kali. horhor

bagus juga sebenarnya. nak lihat kepekaan ataupun kepekakan mereka apabila siren dibunyikan.
IBROH 1 = kalau nak diaplikasikan, KITA, umat Islam semestinya harus SENTIASA BERSEDIA dalam menghadapi sebarang kemugkinan mahupun ancaman MUSUH ALLAH. sudahkah anda bersedia??

SABTU

pagi mereka bermula dengan senaman. ohh ngantuk juga rasa. mana taknya tidur berapa jam saja. tapi rilek. dah nama camping kan. nak tidur lama di rumah la. okai. huu

seterusnya peserta dikehendaki untuk membuat reka cipta dengan menggunakan alam sekitar. buat la apa pun..

sambil memerhati dan memegang dslr si penulis pun pantau lah adek-adek itu buat kerja apa. 2 jam diberi masa untuk hasilkn reka cipta yang boleh digunakan oleh generasi seterusnya. dslr pon dipetik banyak kali.*horhor 


" korang buat apa ni?" *usha kumpulan peserta laki
" tripod stand, kak."
" TALI tu ikatan apa?" *nak bagi dorang klu sebenarnya, yang TALI tu tak boleh digunakan.
"gunanya untuk apa?"
"nak letak macam-macam pon bolee"

tiba-tiba kem kom datang

"soalan saya senang je, bahan yang kamu guna tu semuanya dari ALAM SEMULA JADI KE?"
panahan bagi kumpulan itu. mereka menggunakan tali kasut untuk mengikat gajet itu. hoh. terkena sudahh

macam-macam gaya ada. seronok juga lihat telatah peserta-peserta nih. ada yang sibuk cari bahan, ikat sana sini, macam-macam.

"kak, kami kering idea ni, tolong la. nak cipta apa ni?"
"erk. la. kan ada 8 kepala. mesti ada 8 akal yang bole fikir" *bagi senyum sama mereka

akhirnya, setelah di 'presentation' kan di depan kem kom n tcer azizi. dslr dipetik lagi kepada semua kumpulan.

" okai. dengar sini semua. sehebat mana pun ciptaan kamu semua ni, pasti ada kekurangan,kan? itu menunjukkan manusia ini LEMAH. dan Allah itu KUAT, Maha Bijaksana, Maha Perkasa..." kata-kata hikmat tcer Azizi.
IBROH 2 = ciptaan Allah itulah yang terbaik. dan ciptaan yang PALING BAIK itu adalah MANUSIA, kerana mereka dianugerahkan AKAL. sudahkah anda meMANFAATKAN akal anda sebaiknya sebagai HAMBA?


rindu nak masuk kelas tcer azizi. tcer perempuan yang sangat berpengalaman dan ajar bidang sains. selalu menyelitkan dan mengingatkan akan kebesaran Allah dalam silibus biology yang tiada dalam buku teks. begitu juga sir Hidayat *dulu Sir ajar sains form 2 . mereka sering mengingatkan anak muridnya bahawa sains itu adalah salah satu cara kita mengenal Allah yang Esa. alhamdulilaah! = IBROH 3


"kak! tolong!"
"hah, kenapa??"
"khemah kitorang tak boleh nak bukak la. zipnya tersangkut."
"eh, ada orang ke dalam ni?"
"ada2. "
"camna nak keluar khemah tuu?"
"kak, tingkap ada.." *errr. macam2 la mereka ini. haihh

Petang. awan mendung mula berarak menghalang terinya matahari sejak pagi. risau rasa. khemah peserta perempuan tak ada cover water proof dua lapis.

" ustaz, hujan kat luar tak nak tengok khemah dak perempuan ke? takot ada yang masuk air nanti"
"ain nak pergi tengok ke? boleh jugak. ustaz pon risau. gerak sekali dengan ckgu azhan"
makanya semua guru pengiring pergi ke tapak khemah dan cek khemah peserta.
"ain buka khemah satu-satu, tengok khemah mana yang masuk air"
"orait.."
haih. banyak kot khemah yang masuk air. makanya terpaksalah menolak segala beg dalam SETIAP khemah ke tengah khemah supaya tak basah kena air yang biasanya masuk dari belah tepi2 khemah. habis mandi hujanlah gamaknyaa. ckgu ada payung. saya ada raincoat. horhor. lepas cek khemah terus balik bilik dan khidmat diri *duduk dalam bilik dengan ckgu puan, bukan dalam khemah. horhor
IBROH 4 = sila laksanakan AMANAH yang dipertanggungjawabkan dengan TULUS dan TELUS!

night walk.

" ain, tolong tengokkan pelajar perempuan ye.kalau ada apa2 masalah bagitau saya" kem kom pesan
" okai"

peserta tutup mata. bawak jalan-jalan, lepaskan sorang2 duduk sorang-sorang. padahal dekat2 saja mereka. sementara tu pantau2 jugak la mereka nih. tido ke nangis ke. tiba-tiba ternampak seorang peserta lelaki yang terbaring. time tu ustaz ada dekat2 situ gak. panggil ustaz tengokkan budak tu tido ke ape ke. bila kem kom cek. tidor rupenya adek itu. ngantuk sangat sampai terbaring. siap buka ikatan mata. apa lagi. proses mencolek pon bermulaaa.

pukul 2, semua pelajar dikumpulkan di tengah tapak perkhemahan.

"ok, kira dari hujung!"
"84!" *orang last skali jerit.
"aik. tak cukup? biar betul. kira balek! dari hujung sana pulak!" jerit kem kom
"....84!" *orang last skali jerit. kali nih belah sana pula.
"penghulu, siapa yg takda ni?" kem kom memulakan lakonan hebadnya. kami guru pengiring sibuk menahan gelak dengan membuat muka serius dan berpecah mencari peserta yang 'hilang' itu di sekitar kawasan perkhemahan.

" cikgu, macam mana boleh hilang ni? nak cari kat mana ni?"
" ustaz, kita nak buat apa ni?" *antara dialog yang sengaja dikuatkan oleh ckgu n ustz supaya menimbulkan kecuakkan berganda kepada peserta.
"kak, ni agenda je kan kan kan?" *seorang adek nak mengenakan saya
" hoh, amendenya. dah kawan awak yang hilang, takkan kami nak main-main kut."

3pagi

"okai. semua pergi ke kemah masing2."
tiba-tiba....

*to be continued in sya Allah :D










No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com