Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Wednesday, March 14, 2012

Tetamu Allah

bismiLLAH
Alhamdulillah. diberi kekuatan untuk terus mencoret agar kekal utuh ingatan ini pada Sang Pencipta.

Tetamu Allah

Ramai orang yang bercita-cita ingin pergi ke negara yang mempunyai musim sejuk. Mahu bermain dengan salji katanya.
Ramai orang terigin untuk pergi ke tempat-tempat perlancongan popular dan menarik hati seperti di Hawai, dengan pantai yang indah dan juga pandangan mata yang dikira menggoyah iman.
Ramai orang yang mengimpikan untuk pergi ke negara yang mempunyai flora dan fauna dan amat menarik, seperti di Malaysia dll.

Ramai. sangat ramai. mungkin anda juga salah seorang daripada mereka,bukan?
dan mungkin juga saya.

Tetapi. selepas menjejakkan kaki di tanah itu. rindu kepadanya kian terasa.
Tanah yang tiada salji untuk bermain
Tanah yang tiada kecantikan pantai yang berseri
Tanah yang tidak digunakan untuk pelancongan semata.
Tanahnya HARAM.
Tanah yang diharamkan pertumpahan darah di atasnya.
Tanah yang sepijak oleh setiap derapan tapak kaki manusia yang senantiasa berkejar-kejaran untuk mencari sesuatu yang abadi. Sesuatu yang di impi.

Apakah dia?
Redha Allah.

Di manakah tanah itu?
Makkah al-Mukarromah dan juga Madinah Al-Munawwarah.

Makkah al-mukarromah. Lima tahun penantian untuk menjejakkan kaki ke sini, alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.


Seperti yang semua sedia maklum, tanah suci makkah ini menjadi tempat untuk umat Islam seluruh dunia untuk melakukan ibadah umrah dan haji. Berkumpulnya umat Islam seluruh dunia dengan niat yang satu, matlamat yang satu dengan usaha gigih sedaya habis, iaitu mencari Allah dalam diri masing-masing.

Alangkah indahnya, saat solat jemaah bersama di masjidil haram. Manusia tidak kira harta dan rupa, pangkat mahupun bangsa semuanya bersama memakukan jiwa untuk membersihkan diri sebelum pergi menghadap Ilahi. Bagi yang tidak mampu berdiri, mereka akan duduk. Sesukar manapun diri mereka, akan tetap diusahakan agar dapat bersama berjemaah solat dan melakukan ibadah sunat serta iktikaf di situ.

Namun
Alangkah lebih indah lagi. Andai setiap jiwa yang menapakkan kakinya di Tanah Haram itu, untuk bersama mencari kekuatan agar Islam itu dapat ditegakkan kembali gak di mata dunia.

Sangat indah andai setiap jiwa yang hadir di Tanah Haram itu dapat memikirkan soal saudara-mara kita di Palestin dan Syria serta tempat-tempat lain, serta menyumbang segala apa yang ada pada dirinya untuk saudara kita yang ditindas.

Lebih bahagia andai setiap rukuk dan sujud yang teratur mengikut imam itu setiap sanubari yang menggerakkannya terbit satu sinar harapan dan keazaman untuk menegakkan Islam dalam diri dan kehidupan seharian.

Tempat umat Islam bersatu, dalam pencarian jiwa seorang hamba.
Namun, begitu banyak lagi tanggungjawab yang masih belum tertunai. terutama kepada saudara seislam yang ditindas kejam.

Khutbah jumaat yang penuh semangat dan kesayuan tentang nasib saudara di Syria, sangat menyentuh hati. doa yang dipohon oleh imam masjidil haram itu di aminkan oleh seluruh umat islam yang berada di situ, seakan-akan mereka semua menyertai dan merasai kepedihan yang kesusahan yang melanda di Syria. Moga Allah sentiasa melindungi kita dan juga sluruh muslimin muslimat di seluruh dunia khususnya di Palestin, Syria dan sluruh tempat, sepanjang zaman.

Saya pernah menjejakkan kaki di Syria satu masa dahulu. Rombongan sekolah bersama sahabat-sahabat yang lain. Satu saat yang paling tidak pernah mungkin dilupakan. Setiap kali berbual dengan orang di sana termasuk  penjual barang di suq hamidi (pasar) , pasti akan terbit di bibir mereka mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan diri ini. Tidak kira sesiapa pun yang di sapa, pasti di akhir pertemuan mereka akan menyebut  

"JazakaLLAH"
"tabaarokaLLAH"
"barokaLLAHU fikk" dan lain-lain lagi.

semuanya doa. doa untuk kesejahteraan saudaranya seislam. dan pegalaman itu paling bermakna kepada dri ini. Saat itu ketenangan dapat ditemui di buki syam. 

Namun, ketenangan itu seolah-olah diragut .
pertumpahan darah merata.
mengalir pekat darah mujahid setia di sana.
yang tinggal hanyalah kenangan.
namun doa yang mereka pernah tuturkan itu. amat terkesan di hati.
meskipun kita tak mampu untuk memberi apa-apa bantuan, cukuplah sekadar MENDOAKAN agar mereka terus di beri kekuatan.

ikuti kisah sebenar yang berlaku di Syria, di SINI

Alangkah malunya diri ini. andai dapat jejakkan kaki di sana tanpa sedikitpun perasaan belas kasihan kepada saudara yang merintih kehibaan mengharapkan kemerdekaan hakiki.
Menjadi tetamu Allah itu satu anugerah.

Tanda Allah masih sayang pada hambaNya

namun.
berapa ramaikah antara kita yang benar-benar merindui Tanah milik umat islam itu?
yang di dalamnya gah binaan dari jerih perit Ibrahim 'alaihissalam, iaitu kaabah, lambang kiblat suci umat Islam.
berapa ramaikah antara kita yang benar-benar menyucikan diri tatkala nafas masih terhidup di Tanah itu?

tiada siapa tahu, melainkan Dia.


masjid Nabawi. di dalamnya terdapat makam cinta agung, rasulullah s.a.w

Selawat ke atas nabi, sejahtera ke atas rasul.
adakah hanya semata-mata meniti di bibir?
tanpa sekelumit pun terdetik kerinduan di hati terhadap rasulullah s.a.w?
sekiranya dibandingkan kerinduan kita kepada nabi
alangkah sedikitnya
kerana kerinduan rasulullah kepada kita jauh lebih banyak, sejak berkurun lamanya.

menjadi tetamu Allah.
perkara yang diimpi insan bergelar mukmin
yang mencari hakikat sebenar diri
meski beribu batu jauh dari sini
kerinduan itu tetap terpalit di hati
saat menjadi tetamu Allah, terasa dekat di hati
kasih sayangNya yang utuh, tak berperi

Sahabat,
dalam setiap impianmu yang kau ukirkan dalam hidup,
adakah pernah terselit satu impian,
ingin menjadi Tetamu Allah yang sejati?
bukan sekadar bertamu di tanah itu, tetapi juga berpeluang menyucikan diri.
Sudahkah anda?

Moga kita diberi kesempatan oleh Allah untuk menjadi tetamu Allah yang TERBAIK DI SISINYA. Allahumma ameeen~

Allah A'LAM

2 comments:

sahabat awak :-P said...

setiap tahun...beribu-ribu malahan jutaan org pergi buat haji n umrah...tapi sayang...masjid2 tetap kosong.mana2 masjid tetap kosong...x kira besar tau kecil,bandar tau kg....,semua kosong...tidak pelik ka kenapa kosong?

adakah kesan haji tau umrah tu tidak ada?
tau pergi wat haji tau umrah just nak dapat title "HAJI" tau "HAJAH"?
tau pergi haji tau umrah just nak pg melancong?
tau just nak pg shopping?

sbb kesan memang tak nampak?
majis tetap kosong....yg dah haji pun masih tikam nomor ekor,yg dah umrah pun masih tak tutup aurat dgn sempurna...

sedih kan....haji just 1 adat..tapi x ada kesan pada diri....memang rugi sgt...bila dah lengkapkan rukun islam tp masih tak amal agama dgn baik!!!

just perkongsian.....ya ha....

khaIRul_UmmAh said...

owh. sahabat saya :)

mungkin kesan tu tak dapat dilihat secara mata kasar, atau mungkin Allah akan berikan pada waktu yg dirasakan sesuai mengikut aturanNya.

mungkin juga kesan itu berpunca dari soal keikhlasan dan pengabdian diri hamba kepada Tuhan. tapi masing2 ada bahagian masing2. Allah mahu menguji keimanan mereka pada waktu itu, tetapi jgnlah melihat mereka tiada masa depan kerana setiap jiwa juga punya fitrah beriman kepada Tuhan.

segalanya sebenarnya berbalik kepada kita, adakah kita melihat mereka dgn pandangan benci dan hina atau memandang mereka dengan rahmat dan belas kasihan dari Tuhan? supaya mereka yg meakukan dosa akan kembali ke pangkuan TuhanNya dgn cara lembut dan hikmah seperti cara rasulullah s.a.w?

hati itu milik Allah. Dia yang memegang kemas hati manusia. tugas kita hanyalah usaha atas iman ini, agar hidayah milikNya disalurkan kepada mereka, dan juga kita..

trima kasih atas perkongsian, sahabat :)

moga Allah memeluk erat kita semua dalam rahmat dan kasih sayangNya..
jzzkumullah kheir kathiiran


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com