Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Thursday, March 22, 2012

Redha siapa yang kau cari??

bismiLLAH
debaran yang rasa macam nak meletup dalam dada calon SPM tahun lepas da berakhir.
bagaimana? meletup dengan kegembiraan atau tangisan?
okai. jawapan simpan sendiri.

Saya juga melihat situasi sahabat-sahabat yang berpelukan, sama-sama menangis gembira mahupun sedih. melihat dengan pandangan kosong. hati ini tak berdebar pula. mungkin kerana yakin Allah telah mengaturkan yang terbaik utk kita. mungkin juga

cerita yang terbit dari minda. moga ada manfaatnya, okai



satu hari. zaid dan ziyad bertemu di hari keputusan SPM. zaid melihat wajah duka ziyad.

" weh, kau dapat brape A?"

"11 je, tak stret A pon"

" ???.... je kau kata? aku x stret A pon"

" aku target A+ semua la. tak dapat pulak. sedih la"

" oo. kau nak bagi tunjuk kat siapa A+ semua yang ko idam-idamkan tapi tak dapat tu?"

" nak tunjuk kat mak ayah aku la. diorang da korban macam-macam untuk aku, tapi sedihnya aku tak dapat plak result yang cemerlang macam aku nak"

sahabatnya merenung jauhhh..

" weh, kau nak cemerlang tu untuk pandangan mak bapak ko semata ka?"

" at least terubat la sikit keperitan mereka besarkan aku.."

zaid merenung ziyad. dan menyambung kata-katanya.

"belajarlah BERSYUKUR dan BERSABAR, sahabat. apa yang Allah dah tentukan untuk kau tu dah TERBAIK dah mengikut aturanNya di dunia ni, mengikut usaha yang telah kau buat. Memang lah kau rasa 11A+ tu lebih baik, tapi apalah erti 11A+ yang kau nak sangat dapat tu kalau kau hanya harapkan dunia sajaha? mengharapkan pandangan manusia semata? ada pernah kau fikir macamana Allah melayan segala kerenah kau lambat solat semata-mata nak belajar lebih masa, curi masa biasa kau zikir kepada Dia dengan baca nota-nota matapelajaran kecil kau tu?"

"........"

"pernah Dia berkira dengan kau? ada Dia pernah kurangkan oksigen yang kau sedut setiap hari tu? pernah Dia hentikan jantung kau selama seminit? pernah Dia bagi kau lumpuh sehari sebab culas jadi hamba yang taat saat-saat genting ketika peperiksaan? tak da kan? jadinya, BERSYUKUR. walaupun tak dapat secemerlang yang kau nak sangat tu, ada hikmah di sebaliknya. Kalau kau culas jadi hamba yang taat semata-mata kejar A yang banyak tu tapi Dia tak pernah pon berkira dengan nikmat yang selama ni Dia bagi kat kau, takkan la kau berkiraa sangaaat dengan A dalam kertas keputusan SPM kau tu?"

"................"

" cuba kau lihat Peter Abdullah tu. kau pernah dengar dia dapat A dalam trial ataupun mana-mana peperiksaan persediaan untuk SPM?"

"eh, tak pulak..kenapa? dia dapat brapa A?"

"agak-agak laa..dapat berapa?"

"erm...5 kot..."

"kenapa kata macam tu?"

" yela, selama nih tak ada A pun. 5A tu kira ok la"

" kau percaya tak, kalau aku kata dia dapat straight A?"

"erk..."

"aku pun tak percaya. tapi tadi aku lihat kertas result dia, memang betul stret A. aku tanya kawan-kawan rapat dia ape rahsia si Peter tu cemerlang walaupun tak pernah dapat 1A dalam semua ujian ataupun percubaan.."

" kawan dia kata, Peter tu walaupun tak pernah dapat A, dia pula yang selalu pesan dan kuatkan kawan dia. Dia selalu kata

 " takpa kalau tak dapat A kat dunia ni selepas kita USAHA sungguh-sungguh, asalkan "A" dalam hati tak berganjak bahkan bertambah kukuh dalam jiwa- "ALLAH" kerana rezeki Allah tu memang dah dijanjikan untuk hamba yang taat."

"dan kau tahu, berbekalkan kepercayaan, keimanan dan KEYAKINAN dia kepada Allah akan adanya REZEKI yang tak disangka-sangka buat manusia yang menjaga taqwanya, alhamdulillah Allah bagi dia stret A  untuk pengakhirannya, SPM yang betul-betul.


"....................................."

" Ala, aku harap dengan result gempak aku tu mak bapak aku redha la dengan 11A+ tu... tapi aku tak dapat..macam mana diorang nak redha ngan akuuu "

"sahabat, memang redha Allah tu terletak pada redha ibu bapa. tapi kau kena ingat. takdir dan ketetapan yang Allah telah beri tu adalah satu ujian untuk mengukur darjat keredhaan hambaNya selepas dia berusaha bersungguh-sungguh. Agak-agak hanya dengan 11A+ tu sahaja ke mak ayah baru nak redhai kau? kau salah fahamlah, sahabat. Cukup dengan kau bersyukur dan masih dapat result yang cemerlang, dan kau berusaha lagi agar kecemerlangan kau tu tak sia-sia dan kau berusaha untuk sumbangkan sesuatu untuk agama. dengan cara tu aku gerenti lah ibu bapa kau akan selamanya meredhai kau. Kerana mereka yakin, imani dan faham, anak soleh itu adalah aset mereka ke syurga.." zaid mengoyak senyuman.

" baru aku faham. Selama ni aku memang culas jadi hamba yang taat. selalu ja aku stay up malam nak stadi lebih tapi terlajak subuh. selalu ja aku nak qailullah waktu kelas sedangkan cikgu ada ja dalam kelas tengah mengajar. Selalu ja aku lari dari baca wirid lepas maghrib sebab nak curik masa stadi. slalu jugak aku buat macam-macam yang tak sepatutnya, tapi Dia tetap bagi aku cemerlang. rasa segan kat Dia pun ada. Allaaaaah"

Ziyad menutup mukanya. segan. bukan segan kepada manusia. Segan dengan rahmat Allah yang melimpah-limpah untuknya, tidak dia SYUKURI dan nikmati sebagai hamba Ilahi yang taat. Walaupun sebelum ini dia hanyalah hamba yang culas dalam beribadah, tetapi tetap Allah beri kecemerlangan itu untuknya. Betapa sayangnya Allah pada dirinya, masih mengekalkan cemerlang itu dalam dada.

Ziyad bertafakur sejenak, memikirkan apakah kecemerlangan yang dikejar selama ini hanya untuk dunia ataupun sebagai bekalannya utk hari muka?

" Allah... adakah cemerlang ku ini hanya untuk kebanggaan semata-mata atau menjadi batu loncatan aku menyumbangkan tenaga dan kudratku untuk agama tercinta? Bantulah aku menuju redhaMu, Allahhhh.."

itu kisah zaid dan ziyad. ANDA PULA BAGAIMANA?

sahabat, REDHA dan SYUKUR serta SABAR itu penawar duka.
kerana YAKINnya dirimu terhadap REZEKI bagi sesiapa yang menjaga taqwanya
maka,
jagalah TAQWAMU untuk agama.
dan CEMERLANGLAH dirimu untuk agama terchinta :)

Allah A'LAm

2 comments:

aqilahmad said...

terbaik kak ain!!
itula yg sepatutnya tapi ramai masih susah nak bersyukur :(

khaIRul_UmmAh said...

hehe.x pe.sebarkwn lw.post akaknih.mana twu sape2 yg trbaca tu akn trkesan kee kankankan.insyaAllaaaahhh :-)


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com