Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Sunday, March 18, 2012

Erk..

bismiLLAH.

Hari yang Indah.

Perjalanan yang panjangnya biasa daripada stesen UKM menuju ke Shah Alam. tetapi kerana rosaknya sistem maka tundanya itu mmakan masa setengah jam. langit pun semakin gelap. Matahari mengalihkan cahayanya ke negara lain pula. Hati berdoa mengharap agar perjalanan yang memakan masa ini Allah berikan sesuatu ilham dan pengajaran buat diri.

Situasi SATU

Ada tiga orang indonesia, di sebelah si penulis. Kedengaran perbualan mereka. Seorang memakai tudung, yang lain tidak.

A (tutup aurat) : eh, dari mana ini?
B : Mau pulang lah..
C : Eh, kamu. Tudungnya mana?
(( erk, mereka sebenarnya pakai tudung kahh? ))
B : Ya di simpan. Malam ini mau pergi clubbing. mahu karaoke.
((erk..............))

perbualan terhenti di situ.

Situasi DUA

Kelihatan manusia yang bukan wanita masuk ke koc wanita.
melihat dan mendengar percakapan mereka. laah. Indonesia.
((erk......nak kata tidak faham bahasa melayu. faham saja))
oleh sebab train delay setengah jam. sesak di dalam koc tidak usah digambar.Maka si bukan wanita itu pun tanpa segan silu memenuhkan ruang koc yang sebenarnya mereka tiada hak di situ.
alahai..~

Situasi TIGA.

kelihatan tiga orang remaja perempuan, 3 kanak-kanak perempuan. pakaian chantek, muka chantek, hati insyaAllah chantek, tapi sayang, pakaian tak cukup lagi syarat mengikut syariat. tak pa, slow2 mungkin mereka pelan2 nak lengkapkan pakaian mereka mengikut syariat...

"Ayaah, bila kita nak sampai kat mid valley niii"
"kejap lagi ya, kejap lagi kita shopping"

oh.lupa. di situ ada seorang lelaki. ayah mereka mungkin.
seronok lihat gelagat mereka anak beranak. ada kemesraan dalam keluarga yang mungkin ramai antara kita kemiskinan kasih sayang dalam keluarga. tapi alangkah indahnya andai mereka selimutkan kasih sayang dan kemesraan mereka itu dengan kasih sayang Tuhan melalui cara hidup Islam yang chantek. Moga2 untuk mereka dan KITA :D

Sampai satu stesen perhentian, di luar terlalu ramai menanti untuk masuk ke dalam koc istimewa itu. koc wanita. tetapi sayangnya saling bertolak-tolakan pula. Ada juga orang di dalam koc menjerit-jerit
"Oi, dah penuh laa. tak muaaatt"
((erk.......))
suara jeritan, wanita. <>
si penulis melihat gelagat pelancong yang tersepit antara ramai orang itu. Berkerut mukanya. agaknya apalah yang difikirkannya, yaaa

Situasi Empat

Kelihatan ada seorang pelancong wanita yang sedang berdiri kepenatan. Senyuman hadiah terukir kepadanya. Dia membalas senyuman. Manis. horhor

azuma : Helo, where r u from?
Pelancong : im form Ukrein
azuma : owh. great, do u come here for holiday?
Pelancong : Acctually i hv a conversation here.
azuma : I see. so far, what do you think about Malaysia?

Dia tersenyum. tetapi senyumannya kali ini kurang manis.

Pelancong : Malaysia its very nice. and also very HURT. VERY HURT.
((erk....mungkin perkataan HURT yang diguna itu disebabkan oleh jeritan2 sumbang yang menghalang orang luar memasuki gerabak itu kerana terlalu penuh tadi agaknyaa..))

seorang kakak yang mendengar perbualan itu pun hanya tersenyum dan memandang si azuma. alahai~

IBROH-pengajaran-

Kadang-kadang terasa lelah. Melihat kebanjiran Malaysia dengan pekerja asing. Yang menjadi kurang selesa melihat mereka itu di kalangan wanita. Bukan berburuk sangka namun apabila melihat situasi perbualan. sanggup cabut tudung untuk pergi ke tempat maksiat. Tidak hairan. bukan sekadar pekerja asing tersebut yang melakukannya, mungkin juga warganegara kita yang memegang agama Islam dalam kad pengenalan yang melakukannya. ataupun mungkin di kalangan ahli keluarga kita sendiri yang melakukannya juga??

Namun.
dari kaca mata apakah kita melihat golongan seperti itu?
adakah dengan kacamata menghina dan mencaci maki?
atau melihat mereka dengan kasih sayang Tuhan?
dan mengajak mereka kembali dalam dakapan mesra Ilahi,
atau setidak-tidaknya membanjiri mereka dengan doa tulus agar hidayah itu bersinar dalam kalbu mereka.
moga2~

Keluarga muslim.
adalah waslah satu daripada manhaj pembentukan tarbiyyah menuju ustaziatul alam.
saya kurang arif bab ini.kerana saya masih lagi belum berkeluarga. (lama lagi mungkin.tunggu turn atas2 dulu.)
namun.
melihat dan perkongsian pengalaman daripada kakak2 yang pernah dikenali.
serta buku2 yang pernah dihadami seperti buku ust hasrizal tntang pembentukan keluarga bahagia berasaaskan Islam.
Ramai hari ini ibu bapa memberi kasih sayang berbentuk material dan kemewahan buat anak-anak.
sehinggakan si anak-anak melihatkan material itu seperti satu hak asasi yang wajib dipenuhi oleh kedua orang tua. namun kehendak melebihi keperluan sehinggakan wang yang dibelanjakan itu menjauhkan diri anak-anak dari Tuhan.
Moga kita semua diberi kekuatan untuk membina keluarga Islam yang mengamalkan cara hidup Islam dan berkasih sayang sesama ahli keluarga dengan keberkatan ikatan aqidah yang kukuh di jiwa.
moga2~

Bagaimana pula dengan pelancong tadi?
Saya terfikir. di mana nilai budi bahasa budaya kita yang menjadi budaya masyarakat kita sepatutnya.
ataupun sebenarnya telah menjadi budaya yang diamalkan sejak 1400 tahun dahulu mengikut acuan akhlak mulia rasulullah s.a.w.
melihatkan keadaan yang mungkin pada waktu itu amat menekan -train delay, orang ramai sesak, masa terlewat dll- membuatkan diri segelintir panas di hati.
ubatnya mudah. SABAR.
tetapi sabar itu tidak semudah yang digambar. kerana setiap kesabaran itu ada KEYAKINAN bahawa segala ketetapan Allah itulah yang terbaik buat kita.
andai anda atau saya tidak yakin dengan kettapan Allah itu TERBAIK buat kita,
mana mungkin kita akan BERSABAR tatkala dugaan BERAT menimpa kita?
kan kan kan?

moga sehari perjalanan ini diberkati, diredhai, dirahmati
dan juga diberi kekuatan untuk terus bernafas sebagai 'abdi Ilahi yang setia di sisiNya.

Allahu a'lam


No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com