Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Friday, March 23, 2012

celaru identiti?

bismiLLAH
moga jiwaku tidak celaru
juga jiwamu. tulus kepada yg Satu.

Lebih 6 juta remaja Malaysia dilaporkan menghadapi krisis kecelaruan identiti. Jumlah ini ialah 40.28% daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini.


menjalankan minda ke laman sesawang lelawang mengkuang di alam maya, terjumpa statement di atas. selepas penulis mencari-cari maklumat di internet untuk mengetahui keadaan sebenar, terjumpa lagi pencerahan yang lebih jelas. Pembaca boleh baca di sini, ya



kajian berdasarkan kes-kes si anak GADIS menghilangkan diri atau kehilangan diri dari keluarga ataupun yang sewaktu dengannya. pada awal penceritaannya pula si anak gadis keluar pergi BELI TOPUP. (kalo macam tuh baik beli topup guna cimb clicks ka lagi senang tak payah keluar rumah! macam saya.)horhor. kejadian yang sama, dimulakan dengan beli topup, dan hilang begitu sahaja. lantas kisah penghilangan diri si gadis itu di war-warkan dan diharapkan kepulangannya ke pangkuan keluarga. Setelah itu apabila ditemui, cerita si gadis sebenarnya tidak melarikan diri dan pergi BERLINDUNG di rumah keluarga kekasih hati. horhor. cerita itu di jaja serata negeri. dan kisah begitu diulang berkali-kali di dada-dada akhbar.

ya. rumah kekasih hati menjadi tempat berlindung daripada kesesakan dada akibat masalah keluarga mungkin ataupun kecelaruan diri. alahai si anak gadis sekolah menengah mampu merasakan kekasih hati menjadi pelindung diri. mungkin cerita itu dimanipulasi mahupun di tokok tambah untuk menjadikan cerita di dada akhbar menarik tertarik untuk dibaca. maka sejak itu tidak dirasakan dalam hati bahawa ALLAH itu MAHA PELINDUNG?

penulis tak tipu. cuba baca INI
itu hanyalah satu daripada mungkin berpuluh ratus yang terjadi zaman ini.

apakah puncanya?
apakah penyelesaiannya?

" budak pompuan tak sedar diri. da menggatal ke nak kahwin. spm pon x lepas lagi."
" remaja zaman sekarang ni buang tebiat."
"aku rasa tu semua daripada masalah keluarga"


okai. okai. banyak perselisihan pula ya.
bagi penulis.
punca kecelaruan identiti remaja zaman sekarang adalah kerana tapak kehidupannya goyah, retak, ataupun sudah hampir nak pecah.
tapak kehidupan ialah- KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM ISLAM. yang betul-betul terkesan di hati. iman az-zati as-syauqi
tidak dinafikan solat mengaji al-quran itu telah diterapkan sejak sekolah rendah mahupun tadika. namun sayangnya agama itu dipandang hanya sebagai subjek sekolah yang perlu dipelajari dan mendapat result yang cemerlang. hor~

cuba pembaca bayangkan. kalau nak bina satu bangunan tinggi hebat gah lagi mempersona makanya tapak asas binaan itu mestilah kukuh, betul tak?
kalao dah bina chantek punya bangunan, tapi sayangnya tapak bangunan tu bahan binaannya tak berkualiti dan goyah. boleh ke kita kata chantek dan menarik dan tertarik bangunan itu?
tentu TIDAK.
kerana binaan itu TIDAK ADA BINAAN YANG KUKUH.
begitu jugalah manusia, tanpa tapak asas kehidupan yang kukuh, maka binaan seterusnya di atas tapak itu tentu roboh. manusia ibarat bangunan. makin meningkat usia manusia makin tinggi bangunan. remaja adalah proses pembinaan bangunan perngkat pertengahan.. dan waktu itulah badai segala ribut taufan akan menyapa. sesiapa yang tidak ada kukuh tapak tu, maka retak binasalah binaan. tetapi sesiapa yang kukuh tapaknya akan tetap teguh walau badai datang melandaaa.

MACAM MANA nak kukuhkan tapak tu? lebih-lebih lagi remaja yang katanya CELARU IDENTITI?
jawapannya mudah = jaga solat fardhu lima kali sehari. buat si jejaka macho solat jemaah setiap waktu di masjid. untuk si gadis jelita pula di rumah saja pun sudah memadai tetapi awal waktu. kan comei macam tu.
ya. mudah. tapi PAYAH nak melaksanakan.
tapi. tak mustahil, kan?

“Berikan aku 1000 orang tua, niscaya akan kucabut semeru dari akarnya, berikan aku 1 pemuda, niscaya akan kuguncangkan dunia” . -sukarno-

tak cukup seronok kata-kata tu?

Masih ingat akan pesanan ringkas daripada Khalifah kedua Islam iaitu Saidina Umar al Khattab ‘Jika kamu mahu melihat masa hadapan, lihatlah pemuda yang ada pada masa kini.’

remaja masa kini, bagaimana?
mereka yang sudah kurap. ek silap korup masih ada cahaya buat mereka
mereka yang masih utuh Allah di hatinya, sudahkah anda bersedia untuk menjadi RIJAL yang diredhai?
yang bersama dapat menjulang Islam kukuh di hati dan di bumi?
dan tiada sebarang kecelaruan identiti dalam diri.
kerana SEDAR remaja adalah aset Islam yang paling bernilai.
para remaja sekalian!
jom ubah diri!

buat jejaka tampan! penuhkan masjid dan surau berhampiran rumah anda setiap waktu solat setiap hari!
buat gadis jelita! lapangkan masamu dengan solat awal waktu!

dengan permulaan ini maka anda adalah generasi bakal menggegar dunia dengan kalimah agung = ALLAH!


Allahu a'lam~



1 comment:

Egg Head said...

senyum lah selalu okai...bukan just jejaka tampan or gadis jelita but semua org tau.....woha...


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com