Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Wednesday, February 22, 2012

zahirkan kasih sayang itu, tulus untuk MEREKA..

bismiLLAH
moga setiap kalimah itu. terbit kekuatan dariNya.






عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
 أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.[1]

Hadis ini termasuk di bawah makna ayat 39 surah al-Najm, iaitu bagi menegaskan bahawa manusia mesti berusaha untuk dirinya. Hadis ini juga sebagai perincian kepada ayat tersebut supaya manusia melakukan amalan yang pahalanya tidak terputus selepas meninggal dunia. Rasulullah s.a.w. menunjukkan tiga bentuk amalan yang menjamin pahala yang terus menerus diperolehi walaupun setelah meninggal dunia. Tiga perkara ini adalah amalan seseorang itu sendiri bukan amalan orang lain. Pada asalnya apabila seseorang itu meninggal dunia, catatan amalan ditutup kecuali tiga perkara ini sahaja yang pernah dilakukannya semasa masih lagi hidup. Walaupun orang lain yang beramal dia turut sama memperolehi ganjaran pahala. Ini kerana, dia mempunyai peranan dalam amalan yang dilakukan oleh orang lain. Hakikat ini diperjelaskan lagi oleh hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ مَا يُخَلِّفُ الرَّجُلُ مِنْ بَعْدِهِ ثَلَاثٌ وَلَدٌ صَالِحٌ يَدْعُو لَهُ وَصَدَقَةٌ تَجْرِي يَبْلُغُهُ أَجْرُهَا وَعِلْمٌ يُعْمَلُ بِهِ مِنْ بَعْدِهِ

Daripada Abu Qatadah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik perkara yang ditinggalkan oleh seseorang selepas (setelah meninggal dunia) tiga perkara: anak soleh yang berdoa untuknya, sedekah yang berkekalan yang menyampaikan pahalanya kepadanya dan ilmu yang diamalkan selepasnya.” [2]

 Allah.
berapa ramai antara kita yang mampu untuk memandikan jenazah ibu bapa?
siapakah antara kita yang mampu untuk menjadi imam solat jenazah ibu bapa?
mampukah kita membahagiakan mereka di saat hujung waktunya mereka di dunia?

perhatikanlah.
Allah tahu hatimu. 
sayang kasihmu terhadap kedua ibu bapa itu luasnya selaut lautan dalam.
kasihnya takkan mampu mencapai meskipun ke dasar laut itu.
maka zahirkan lah ia.
kau tahu.
kasih sayang terzahir darimu untuk mereka itu.
umpama mutiara terindah dari lautan luas nan kelam.
yang memandu mereka 
menuju syurga.

"Ya Allah. peliharalah kedua ibu bapa kami daripada panasnya api neraka. balutilah mereka di dunia ini dengan lembut belaian kasih RahimMu saat mereka menanggung derita yang tidak terjangka. jadikan setiap nafas mereka yang terhela itu mendekatkan jiwa mereka HAMPIR dengan Mu.."



Allahu a'lam

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com