Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Thursday, February 2, 2012

…umpama ibu yang memeluk erat anaknya (U . n . A part 4)


Ucu dan Anyel seperti biasa pergi ke taman permainan pada waktu petang. Mereka sama-sama meluangkan masa sebelum Ucu berangkat ke Russi untuk melanjutkan pelajarannya di sana.

Anyel : Ucu, apa yang Ucu termenungkan tu? Ooo. Ingat pakwe ye?

Ucu : pandai-pandai ke pakwe. Anyel la pakwe Ucu.hehe

Anyel : Mana boleh la Ucu.

Ucu : Boleh jugaaak.hee. Anyel. Nak tahu tak. Ucu tengah terfikirkan seseorang ni..

Anyel : Siapa Ucu?? Nanti boleh la Anyel report kat nenek.

Ucu : tak kisahla Anyel nak report pon. Hmm. Anyel tahu tak, sebelum kita ada lagi kat dunia ni, ada seseorang yang RINDUKAN kita.

Anyel : Pelik la Ucu. Orang tu tak pernah pun jumpa kita. Macam mana dia tahu kita ada? Macamana pula dia boleh rindu kita? Bukan rindu tu untuk orang yang kita pernah jumpa je ke?

Ucu : Betul Anyel. Kadang-kadang Ucu malu sendiri. Dia dari dulu rindukan kita. Harap sangat kita ikut jejak langkah dia. Nak sangat kita berada di jalan yang sebenarnya kita patut ada.

Anyel: Kenapa dia bole rindu pada kita, Ucu?

Ucu : Anyel nak tahu tak, kehidupan dia itu satu pengorbanan untuk kita. Setiap perjuangan dia itu untuk memastikan kita bahagia, sampai sekarang pada zaman kita. Bahagia kita sekarang lupa pula pada dia. Kesian pada dia,kan?

Anyel : Anyel tak faham la, Ucu. Siapa dia? Kenapa perlu kita rindu pada dia?

Ucu : Erm.. ok Anyel, tengok baby yang tengah di dokong maknye kat pondok tu. Nampak tak?

Anyel : Nampak.eeee.comelnya! tapi dia tengah nangis la Ucu..

Ucu : Anyel nak tau, apa yang mendiamkan baby tu dari terus menangis?

Anyel : mak dia?

Ucu : lebih tepat, KASIH SAYANG ibu dia, betul,kan?

Anyel : Ye kut..

Ucu : Kalau mama Anyel saying Anyel, mama buat ape?

Anyel : Mama peluk Anyel!

Ucu : macam tu jugak la orang yang Ucu tengah fikirkan ni. Anyel nak tahu tak? Dia juga sangat sayangkan kita. Dia juga telah peluk kita,seerat-eratnya tanda dia sangat sayangkan kita. Tapi malangnya kita yang sendiri tak rasa pelukan erat dia.

Anyel : X faham la Ucu, bila dia peluk kita? Tak pernah Nampak pun.

Ucu : Dia peluk kita dengan dia tinggalkan dua perkara dalam kata-katanya yang terakhir.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.”

Al-quran dan as-sunnah. Itulah yang dia jadikan untuk peluk kita erat, tanda kasih sayang dia pada kita, supaya kita tak tersasar jauh dari landasan yang sebenar.

Anyel : Kalau kita tersasar? Kita kena kembali dalam pelukan dia balik la?

Ucu : Ya, kembali kepada Al-quran dan as-sunnah

Anyel : Ucu, boleh Anyel tahu siapa yang rindukan kita tu? Anyel rasa nak rindu dia lah jugak.

Ucu : dialah, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam wa aalihi wa ashabihi ajma’in

Anyel : Baru Anyel tahu. Selama ni kita rindu orang yang pernah kita jumpa je. Tapi Anyel rasa seronok pula jadi orang yang pernah dirindui orang yang Hebat, orang yang Agung, kekasih Allah yang Mulia..


Sepi. Masing masing memandang kepada bayi yang suci itu, di belai mesra dakapan ibunya dengan penuh kasih sayang.


Ucu : Anyel nak tahu tak, kasih sayang Rasulullah kepada kita bukan seindah seperti yang Anyel Nampak pada ibu baby tu. Tpi kasih sayang rasulullah itu dizahirkan dengan pengeorbanan baginda dalam menyebarkan CINTA. Cinta Allah kepada kita supaya dengannya kita tenang. Kita bahagia..


Anyel : Hm…Ucu, agaknya kan. Kat mana ye kita letakkan Rasulullah s.a.w dalam hati kita???

Allah a’lam

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com