Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Wednesday, February 15, 2012

tunggu hidayah datang dulu la..

bismiLLAH
Allah.berkatilah setiap perkataanku ini.
agar ianya terus berpaksikan redhaMu,ya Ilahi




" Awak bila nak berubah ni? Dari dulu awak kata nak berubah.."
"saya tak ada kekuatan lagi la. tunggu la hidayah datang.."


"Awak tak nampak ke? hidayah tiap-tiap hari datang jenguk awak tau"
" Nama awak bukan Hidayah. tak nampak pon. awak ni, tipu la"


"awak ada KEINGINAN tak nak berubah jadi LEBIH BAIK?"
"mestilah ada. kenapa awak tanya macam tu?"


" Mari saya bagitahu, KEINGINAN awak tu namanya HIDAYAH"
"erk. tapi kenapa saya tak boleh nak berubah lagi? saya takda kekuatan laaa"


"awak, dua PERATURAN yang WAJIB awak patuhi, kalo awak benar-benar nak berubah jadi lebih baik"
" apa dia peraturan tu?? nak TAHUUUU "

"PERTAMA, awak kena ada KEINGINAN untuk berubah lebih baik. jadi, awak dah pass peraturan pertama."


"KEDUA, awak kena USAHA SUNGGUH-SUNGGUH untuk berubah ke arah kebaikan.tu namanya TAUFIQ. Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang BERSUNGGUH-SUNGGUH mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA. Ianya berdalilkan ayat 69 surah al-Ankabut"



" ooo "
"sebab tu lah org selalu gandingkan perkataan taufiq dan hidayah.kerana tanpa hidayah tiada taufiq. tanpa taufiq tiada perubahan dalam diri awak"



"oo..baru saya faham..hidayah itu mudah dicari. cukup sekadar KEINGINAN HATI untuk berubah ke arah kebaikan. namun sayangnya ramai ketandusan TAUFIQ dalam erti kata sebenar-benarnya. kerana KESUNGGUHAN untuk berubah itu TIADA dalam diri mereka."


"memang susah nak berubah jadi baik. ada saja halangannya. Tapi ingat! tak ada istilah 'AKU TAK DAPAT HIDAYAH LAGI' tapi istilah itu diganti dengan 'AKU MALAS NAK BINA TAUFIQ LAGI UNTUK BERUBAH.."

baru saya mengerti. pengertian HIDAYAH dan TAUFIQ yang sebenar.
kita berada di takuk mana?
adalah perubahan kita ini menggunakan 2 peraturan di atas?
moga Allah memberi kita kekuatan utk mempertahankan taufiq di jiwa agar mekar hidayah di segenap ruang hati. :D

Allah A'lam

2 comments:

ash_mza said...

taufiq hidayah:)

Wafa' Haslan said...

mohon share entri ini ^_^ terima kasih


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com