Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Sunday, February 12, 2012

oh Dunia..

bismILLAH
moga dengan kalimah itu.aku menongkah
menuju jutaan redha Allah



ingin sekali saya memetik kata-kata Imam Hassan Al-Banna. beliau syahid pada 12 Februari 1949.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang,
Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.

Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus,
mengalirlah air mata kecewa kegagalan.

Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat,
mengalirkan air mata insaf mengharap..

Jatuhnya pemerintahan Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924 merupakan satu tamparan hebat terhadap setiap individu Muslim yang cinta kepada agamaNya. Sejak dari saat itu, Islam telah diinjak-injak dan dihina serendah-rendahnya. Dunia Islam telah dibahagi-bahagikan sesama kuffar la’natullah sebagaimana makanan dibahagi-bahagikan, bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam akhir zaman seumpama makanan yang dikerumuni oleh musuh-musuh. Muslim yang berjuang di bawah naungan jihad telah diperangi habis-habisan, sehingga umat Islam yang tinggal hanyalah Muslim yang berkulitkan Islam. Pemikiran dan budaya Barat diagung-agungkan. Al-Qur’an dan as-Sunnah dilekeh-lekehkan. Pemerintahan negara-negara Islam pula diwariskan oleh penjajah kuffar kepada anak-anak didik mereka yang telah kosong roh Islamnya dan boleh diharap untuk meneruskan dasar-dasar penjajah. Hasilnya, tiada satu inci muka bumi Allah SWT pun sekarang ini yang terlaksana di dalamnya syari’at Allah SWT yang Maha Sempurna, yang tidak perlu diragukan lagi sama ada sesuai atau tidak dengan keadaan semasa.



LATAR BELAKANG Al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di Mahmudiah, dekat Iskandariah, Mesir. Ayahnya, Ahmad ibn ‘Abd ar-Rahman al-Banna, merupakan lulusan Azhar yang bekerja sebagai tukang jam, juga seorang imam dan guru al-Qur’an di masjid serta telah menghasilkan beberapa buku berkaitan dengan perundangan Islam. Sebagai anak sulung, al-Banna telah dididik dengan suasana keIslaman dan disemai dengan nilai-nilai Islam oleh ayahnya.




PERKEMBANGAN IKHWANUL MUSLIMIN Pada tahun 1933, di atas kemahuannya sendiri, al-Banna dipindahkan ke Kaherah, di mana beliau turut memindahkan pusat gerakannya. Sejak dari saat itu, Ikhwan telah berkembang dengan pesat dan Kaherah menjadi pusat da’wah. Faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan mendadak ini ialah organisasi dan ideologi kepimpinan yang diterapkan oleh al-Banna.



SYAHIDNYA SEORANG PEJUANG Akhirnya, satu komplot telah dirancang oleh kerajaan Mesir dan British dan dilaksanakan oleh anjing-anjing mereka untuk membunuh al-Banna. Pada 12 Februari 1949, pada hari yang cerah di sebuah pasar di Kaherah, al-Banna telah ditembak oleh agen kerajaan di hadapan bangunan Persatuan Pemuda Islam. Selepas beliau dibawa ke hospital, beliau telah dibiarkan terlantar di atas lantai dengan darah yang masih mengalir tanpa adanya bantuan dari sesiapa pun untuk menyelamatkan beliau. Dua jam selepas beliau ditembak, beliau meninggal dunia menuju Ilahi. Tiada seorang pun telah dibawa ke muka pengadilan di atas kejadian tersebut.

Al-Banna hanya berusia 43 tahun pada ketika itu. Anak perempuan bongsunya juga dilahirkan pada hari yang sama. Ibunya telah menamakannya ‘Ishtisyhad’ iaitu kesyahidan (martyrdom).

Lihatlah. perjuangan mereka bukan untuk keduniaan semata. Namun mata hati mereka melihat ada perkara yang lebih istimewa buat mereka DI SANA.

63 tahun sudah as-syahid bertemu ROBnya,dengan hati yang REDHA.


Maka.
Keselesaan di dunia hanyalah untuk beribadah. Mencari satu arah, agar Islam kembali tertegak dalam setiap jiwa-jiwa muslim.

persoalan..
adakah kehidupan kita selama ini
cukup menzahirkan kita sebagai seorang MUSLIM yang benar-benar hati terikat kepada Allah
adakah setiap perkara yang kita lakukan di dunia ini
membawa kita mendekati redha Ilahi?

tiada akhirat tanpa dunia
tiada dunia tanpa akhirat
kerna dunia itu tapak semaian benih iman
dan akhirat adalah masa untuk menuainya.

Sahabat.
adakah benih iman yang pernah kita semai selama ini subur?
atau layu sebelum sempai dituai di sana?

Allah a'lam

2 comments:

Rayyan Mz said...

ain, ana suka post nih...ringkas tapi padat...hehe..keep up sis..klo blh lps ni post2 nt biarlh camtuh...sbb pndpt ana sndr..ana tak minat baca yg pnjg2 punye,meleret-leret...

khairul ummah said...

okai.insyaAllah akan diperbaiki :D btw jazakillah sahabat :D


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com