Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Saturday, February 11, 2012

manusia itu BUTA.

bismiLLAH
mungkin aku juga buta.
kerna itu tidak terlihat hidayahNya
yang mengalir setiap masa.



Kau tahu
manusia itu BUTA
meskipun mereka melihat
mereka tetap BUTA
dan mungkin kita juga

Kau tahu
manusia itu buta
tatkala mata hatinya
tak mampu menafsirkan penglihatan
yang mencambahkan keimanan

Kau tahu
manusia paling buta itu
tatkala hidayah bergolek di hadapannya
tak pernah dia merasa
itu adalah kasih sayang Tuhannya
yang tak pernah membiarkan hamba gersang
dengan jutaan rahmatNya

Kau tahu
apakah matamu juga buta
dengan kerlipan hidayahNya
umpama bintang bergemerlapan
menyinari seluruh alam
sehingga mampu menerangi gelita malam

Kau tahu
manusia buta itu bukanlah buta matanya
tetapi buta mata hatinya
mata hati itulah pengesan hidayahNya
rosak mata hati,
takkan terkesan hidayah dalam jiwa.

cuba kau fikirkan
aku jua memikirkannya
apakah mata hati kurnia Allah ini  digunakan sebaiknya?
atau kau melemparkannya sia-sia?

renungi dirimu
dan juga aku
kita manusia alpa
namun sedarilah









No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com