Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Monday, February 27, 2012

madu itu RACUN

bismiLLAH.
tajuk post yang sangat bertentang dengan hakikat sebenar
sabar dahulu, sahabat
baca dengan teliti. dengan mata HATI.

madu itu manis. namun janganlah jadikan maksiat yang dilakukan menjadi madu hidupmu, kekal manis kau rasai namun hakikatnya racun segenap penjuru jiwamu. peria itu pahit. meskipun kebaikan itu perit untuk kau sentiasa melakukannya, ianya penawar luka jahiliyah kalbu. maka dunia itu indah serinya dengan pahit pengorbanan, kerna manisnya balasan itu akan kau terima dari TUHAN ♥ :D 

MADU ITU RACUN


Surah Muhammad. Ayat 014.

 أَفَمَن كَانَ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ۬ مِّن رَّبِّهِۦ كَمَن زُيِّنَ لَهُ ۥ سُوٓءُ عَمَلِهِۦ وَٱتَّبَعُوٓاْ أَهۡوَآءَهُم

Dengan yang demikian, adakah orang-orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya: Sama seperti orang-orang (yang ingkar derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik) dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama)! 

dapat LIHAT?
madu itu sememangnya beracun.
kerana maksiat yang dilakukan itu dihias oleh syaitan supaya memandang baik terhadapnya . seronok merasai kemanisannya.
tetapi.
PENUH racun di dalamnya.kerana nafsu itu menjadi Tuhan, dan bisikan iman itu ditepis ketepi dan diabaikan.
manis maksiat itu ibarat madu. tetapi adakah madu itu dapat memandumu menuju Syurga?

koreksi iman, renungi amal
adakah dalam kehidupan kita,
adanya kita pernah merasa madu yang beracun itu??
sanggupkah kita meninggalkan madu yang manis itu,
dan menerima kepahitan peria yang sebaiknya memberi manfaat?

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا
 Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
Moga kita berusaha untuk meninggalkan madu yang beracun itu
Allahu a'lam

1 comment:

liana said...

salam, jejak cni lak...


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com