Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Saturday, February 11, 2012

jalan BAHAGIA (part 2)

BismiLLAH


Carilah mutiara itu.


            Hari berlalu seperti biasa.Rumah agamnya yang terletak di atas bukit terus sepi.Ibu dan ayahnya sejak awal pagi lagi telah meninggalkan rumah untuk bekerja.Lewat malam baru pulang ke rumah agam mereka.Seringkali mereka pulang dengan keadaan yang mabuk kesan meminum air kencing syaitan itu.Dalam lubuk hati Najah terungai satu persoalan.

“Mengapa aku dilahirkan dalam keluarga seperti ini? Apakah darah yang mengalir dalam badanku ini hasil dari pendapatan yang haram?”

Soalan yang sememangnya Najah inginkan jawapannya.Namun takdir Allah telah memberinya seribu erti dalam melalui jalan bahagia itu.Meskipun hidupnya dilimpahi dengan kekayaan hasil perniagaan syarikat keluarganya, Kami Sdn. Bhd. Namun kasih sayang Allah itu lebih melimpah ruah.Kasih sayang Allah yang Maha Lembut menyapa kegusaran jiwanya,dengan kehadiran sahabat jalan bahagianya itu,Asilah.

Masih teringat di mindanya pertemuan pertama dengan Asilah.Ketika itu Najah mendapat tawaran ke Kolej Islam Sultan Sulaiman di Klang,Selangor. Tawaran melanjutkan pelajaran ke sekolah perasrama penuh yang sungguh hebat itu langsung tidak terjangkau dek akalnya.Tambahan lagi sekolah itu adalah sebuah sekolah agama.Semua itu ibarat mimpi buat dirinya.

“Mana mungkin aku akan masuk ke sekolah itu?Solat pun aku tak pernah buat.Tudung pun aku tidak biasa pakai lagi.” Hatinya mengomel.

Namun keputusan dari bapanya ,Dato’ Hasan telah dipersetujui oleh ibunya, Datin Nurul dan seisi ahli keluarganya untuk Najah menerima tawaran ke Kolej Islam Sultan Sulaiman.Hatinya memberontak.Belum pernah dalam keluarganya yang bersekolah di sekolah agama.Kakak kembarnya, Nadhirah dan Amirah sejak kecil lagi ibu bapanya telah menghantar mereka ke United Kingdom untuk bersekolah di sana dan tinggal bersama makciknya yang telah lama berhijrah di sana. Sejak beliau berkahwin dengan Luqman Jacob,seorang berdarah Inggeris yang telah menganut Islam atas sebab perkahwinan itu,hidup kakak kembarnya semakin lama semakin menyimpang dari agama yang indah.Hayatnya larut ke dalam derasan jahiliyyah suaminya yang menjadikan Islam itu sebagai tiket untuk mengahwini dirinya.Akhirnya kakak kembarnya juga turut terhanyut dari landasan jalan bahagia itu.Mereka sejak kecil tidak didedahkan dengan keindahan dan kemurnian Islam.Tetapi ibu bapa mereka langsung tidak menghiraukan keadaan anak mereka yang hidup dengan budaya barat secara keseluruhannya.

“Najah, Baba dah buat keputusan muktamad.Najah mesti terima tawaran ke sekolah baru itu.Sekolah tu sangat bagus untuk Najah.Ramai yang cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia dengan cemerlang tertinggi.Baba teringin juga nak melihat anak bongsu Baba ini cemerlang seperti generasi sebelum ini yang menuntut di Kolej Islam Sultan Sulaiman.”

Mata ayahnya menyinar umpama memberi harapan penuh agar anaknya menerima tawaran itu.

“Kenapa Baba dan Mama ambil keputusan muktamad tanpa beri Najah peluang untuk pilih arah hidup Najah? Najah dah biasa dengan sekolah lama, Najah tak mahu pindah sekolah!”

Hatinya meronta.Jiwanya bercelaru.Keadaannya yang keras kepala itu diabaikan oleh Dato’ Hasan dan Datin Nurul.Mereka sudah masak dengan perangai Najah yang selalu memberontak.Maklumlah anak bongsu,segala permintaannya akan dipenuhi.Akibat melihat keadaan keluarganya yang sudah lama menyimpang dari jalan bahagia,Najah juga terikut-ikut dengan perangai dan kelakuan ibu bapanya.Najah sudah mula keluar malam dan lepak bersama rakan-rakannya di restoran yang berbeza setiap malam.Kehidupannya yang dipenuhi kemewahan itu membuatkan dirinya berasa sungguh bahagia.Tetapi dirinya tidak dapat menipu hatinya yag berbicara.Terasa ada satu kekosongan yang wujud dalam sudut hatinya.Kekosongan yang membuatkan dirinya hanya bahagia secara zahir.Kekosongan yang membuatkan dirinya terasa ingin mencari sesuatu.tetapi apakah ia?





Hari yang tidak mahu dilaluinya tiba jua.Hari yang sememangnya ibarat hari yang paling malang dalam hidupnya.Namun tanpa disedari hari itulah sebenarnya hari permulaan bagi dirinya untuk berdiri di jalan bahagia itu.Susun atur takdirNya yang tidak diduga.Bukan sekadar berdiri,tetapi teguh dalam meneruskan perjalanan hidupnya melalui jalan itu.Jalan bahagia.

“Mama, perlu ke Najah pakai baju sekolah macam ini?”

Najah mengomel.Tudung labuh,baju sekolah putih yang bercekak,stokin panjang dan kasut kulit menjadi peraturan pemakaian kepada setiap pelajar di Kolej Islam Sultan Sulaiman itu.Selama ini Najah hanya memakai tundung yang sangat singkat untuk ke sekolah.Perkara itu menjadi tradisi di sekolahnya.Sesiapa yang memakai tudung labuh atau tudung yang menutup dada akan diejek sebagai ustazah dan dipulaukan oleh pelajar-pelajar di sekolah itu.Berbeza pula kali ini.Najah melihat seolah-olah perkara yang begitu asing di sekolah lamanya,iaitu memakai tudung labuh menjadi kebiasaan di sekolah barunya.

“Tak apa lah Najah,lama-lama nanti Najah biasa lah pakai pakaian sekolah macam ni.Mama lihat pelajar sekolah ni semua ni macam baik-baik sahaja.Tak seperti kawan sekolah lama Najah yang perangai tidak senonoh itu.Najah cari kawan yang baik di sini,ya?”

Datin Nurul memberi harapan yang menggunung kepada anak kesayangannya.Meskipun kehidupan keluarganya sendiri sudah jauh daripada Cahaya Ilahi,namun di sudut hatinya dia juga mengimpikan seorang anak yang solehah,yang akan menjadi hartanya yang sangat berharga di akhirat kelak.Itu antara perkara yang diingati.Pesanan seorang ustazah yang amat dikaguminya dahulu yang mengajarkan erti kehidupan beragama yang membawanya terus menapakkan kaki di jalan bahagia.


Itu dahulu.

Berat hati rasanya dato’ Hasan dan Datin Nurul melepaskan anaknya untuk menyambung pelajaran di sekolah baru itu.Namun demi masa depan anak mereka,Najah ditinggalkan untuk meneruskan persekolahannya di sekolah baru itu.Sekolah baru,suasana baru,kehidupan baru.Najah bermasam muka.Kalbunya berbicara.Tergamak ibu bapanya membiarkan dirinya berada dalam suasana yang dikatakan kuno.Segalanya ibarat terbatas.Telefon bimbit tidak boleh dibawa,tudung labuh mesti dipakai apabila hendak keluar asrama.

Rimas.Terasa seperti mahu lari sahaja daripada sekolah ini.Namun hasratnya itu terpaksa dilupakan apabila teringatkan Baba dan Mamanya yang sangat berpengaruh.Mereka adalah antara jutawan di Malaysia.Maka secara tidak langsung Najah terpaksa berkelakuan baik agar tidak mengaibkan dan merosakkan reputasi ibu dan bapanya.


Sedang Najah mencari-cari biliknya,tiba-tiba belakangnya terasa ditepuk lembut.

(to be continued insyaAllah :D )

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com