Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Tuesday, January 24, 2012

Aku rindu.

bismiLLAH
moga pengisian memberi hikmah.

Satu senja yang dingin.Hembusan bayu itu tidak dapat memberi lembutnya ketenangan dalam jiwa Husna.Hatinya berkecamuk mengenangkan satu perkara yang tidak di duga.kehadiran sebuah erti Rindu dalam dirinya.

"Mengapa kau termenung ni, Husna? Ada apa-apa ke yang nak dikongsi bersama?"
sahabat karibnya, Adibah menyapa.
"Tidak ada apa-apa. Cuma aku terfikir sesuatu yang aku pun tak pasti jawapannya."
Husna menundukkan wajahnya.ibarat satu helaan nafas itu teramat berat bagi dirinya.

Adibah mendiamkan diri,sambil melihat ke arah sahabat atas imannya itu.Sungguh.Belum pernah dia melihat sahabatnya bermuram durja seperti itu.

"Tiga perkataan tanpa perlu kau terangkan mengapa" ucap Adibah ringkas.
"Hm..Aku Rindu" jawabnya mudah.
Adibah memandang tepat di sudut mata sahabatnya itu.

Rindu?

*****************

Husna. Seorang yang peramah. Wajahnya sering terlihat kegirangan namun di sudut hatinya tiada siapa yang tahu.Satu saat dia menanggung rindu tak terperi. Kalimah rindu yang bertama kali dilabuhkan kepada manusia,sahabat karibnya itu.

Namun,rindu itu pada siapa? untuk apa?

Adibah mencari erti kerinduan di dalam kotak hati jernih sahabatnya itu. Sanubarinya berbicara lembut,
"Rindu itu pasti kau letakkan di tempat yang kukuh. Aku pasti"
tetapi di manakah ia?

Husna menyepi. Ibarat malam tiada seri bintangnya, tiada bulan purnama. Seakan dirinya mencari sesuatu yang ingin pasti,mencari hilangnya sesuatu yang merapati sebuah erti.

"Mungkinkah kerinduanmu itu terubat tatkala kau melafazkannya kepadaku dalam butiran kata pesona? akanku selaminya dengan jernih akal logika." luah Adibah yang berusaha mencari jawapan.

"Duhai sahabat, aku merindui tempat semaian benih imanku dahulu. Aku merindui tenangnya derasan sungai keberkatan itu. Aku merindui hangatnya sebaran kalam terindah itu. Aku merindui jatuhnya manik mutiara dari kedua mataku. Aku merindui luasnya tapak keyakinanku. Kini semuanya semakin menjauh daripadaku. dan mungkin juga semakin jauh daripada generasi yang ada di bumi itu"

Mengalir jernih mutiara sayu daripada kelopak mata Husna. Kerinduan itu seakan-akan dia kehilangan sesuatu yang sangat bermakna. Sesuatu yang mungkin tidak di lepaskan begitu sahaja. Adibah mengerti erti maksud luahan sahabatnya itu. Kerna dia juga merasa.Merasai kehilangan itu.Mengerti kerinduan itu.

"Husna. tahukah kau?"
Husna memandang Adibah tanpa kerlipan mata

"Kerinduanmu itu satu tanda jalinan iman itu sentiasa berpaut antara kita."
"Kita?"
"Ya.Kita.bukan sekadar aku dan kau,sahabat. Tetapi kita dan juga generasi yang masih ada di sana. Kau tahu, mengapa  Tuhan masih mengurniakan kita perasaan itu?"
Husna menatap wajah sahabat atas imannya itu

"Dia menguji kita, apakah nikmat semaian benih yang kita pernah mula menanamnya di sana kita bawa ia mekar subur di luar, ataupun layu di luar. Adakah benih yang kita semai itu dapat dituai untuk generasi seterusnya?" Adibah menutur perlahan.

"Mengapa pula seandainya generasi akan datang tidak menerima tuaian yang baik hasilnya?"

"Husna, bukankah itu tanda Allah menyayangi kita SEMUA? setelah bertahun-tahun semaian itu SUBUR,tetap mengeluarkan tuaian yang berkualiti,saban waktu. Namun satu saat Allah menarik salah satu nikmatnya itu, mungkin atas sebab sanubari kita, yang menuai benih itu. Tidak kita sirami dengan keikhlasan. Tidak kita bajainya dengan pedoman. Lantas satu saat itulah datangnya serangga perosak yang akan merosakkan semaian itu."

"Zahirnya syukur itu yang harus kita titipkan. Tetapi bagaimana pula dengan generasi akan datang? Apakah mereka berhak menerima tuaian yang kurang subur itu?" Husna melontarkan soalan.

"Sahabat, kau harus faham agenda kehidupan ini. Tidak semuanya akan melakukan dua pekerjaan dalam satu masa.Mungkin generasi dahulu mengekalkannya. Maka sekiranya generasi baru ini berlaku kerosakan, harus untuk mereka MEMPERTAHANKANNYA. Itu yang sebenarnya harus kita lakukan. Bukan sekadar kata-kata nista caci maki hina yang mengisi kotak DOSA."

"Tetapi aku masih merinduinya. Tempat itu yang membuatkan aku teguh berdiri atas tiang iman dalam sanubari" Luah Husna.

Adibah menatap wajah sahabat atas imannya, dan menggenggam erat tangan sahabatnya itu.

"Husna, kau silap. Bukan tempat itu yang menjadi kau seperti sekarang. Tetapi harus kau sedari semua itu hanyalah satu PENYEBAB.yang menjadikan kau sekental jiwamu kini adalah kerana Allah. Dia yang meletakkan titik kekuatanmu untuk berubah di situ.Mungkin kau amat terkilan melihat keadaan di situ tidak seperti yang kau rasai DAHULU. Tetapi percayalah.aku ada satu rahsia untuk mengubati kerinduanmu itu"
Adibah mengoyak senyuman.Dia menyambung kata-katanya.

" Saat kau YAKIN di situlah bermulanya tempat kau berubah,tempat kau menanam benih imanmu yang kini kau tuai SUBUR mekar dalam jiwamu. Di situ jualah kau harus YAKIN pada yang Maha BERKUASA. Kerna tidak akan selamanya Dia meletakkan dugaan itu tanpa pengakhirannya. Yakin itu harus kau genggam ERAT,sahabat. Kerana Yakin itu adalah KUNCI pembukaan kasih Ilahi kepada hambaNya.Percayalah. Setelah kau menggenggam erat kunci itu dan kau mencari pintunya, kelak kau akan BAHAGIA."
Husna terpinga-pinga.Kata-kata sahabatnya itu seolah-olah membaluti luka jiwanya yang selama ini berdarah.

"Aku mengerti kini. Bukan sekadar kunci YAKIN itu harus ku genggami, tetapi aku juga harus mencari secangkir KESABARAN dalam diri.Aku lihat semuanya aturan indah,sahabat.Baru aku mengerti. Selama ini kita di bumi itu diberi peluang khusus untuk beramal ibadah seperti yang biasa. Namun kali ini amat BERBEZA. Dia memberi Peluang untuk generasi kini LEBIH MERASAI KEHADIRANNYA. Saat Dia mnguji KEYAKINAN dan KEHAMBAAN yang kerdil lagi hina,saat tiada manusia pun mampu mengubat luka itu.Mungkin selama ini ibadah kita hanya takat solat berjemaah,puasa, dan sebagainya. Tetapi SUBHANALLAH. Alangkah indahnya susunan Ilahi saat Dia mahu menjadikan generasi baru ini lebih Kental menghadapi gelombang kehinaan itu dengan KEYAKINAN KEPADA ILAHI."

Allaaaaah. Kini Adibah dan Husna mengerti. Kerinduan yang terbuku di hati itu kini sudah terubat, dengan segalanya di rungkaikan berpandu ilham yang Esa, yang mana SEMUANYA akan berbalik kepadaNya.

mungkin penulisan kali ini agak majaz.namun hakikatnya tersirat 1001 maksud bererti.maka bacalah dengan iman dan MATA HATI.kelak akan kau FAHAMI.
khusus buat pejuang pejuang di bumi itu.dan juga bumi KITA ini.
kita bakal pemegang panji Ilahi.
saat kita diuji.
maka REDHAIlah
dan peganglah kunci itu, KEYAKINAN
kelak kau temui jalannya
jalan bahagia!

waLLAHU a'lam




No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com