Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Sunday, January 15, 2012

ada apa dengan Buah? (U.n.A PART 3)

bismiLLAH.
alhamdulillah.meskipun penat musafir masih terasa namun Allah tetap memberi nikmat yang x terkira.musafir mencari redha Ilahi.perjalanan yang panjang moga diredhai Allah itu menjadi titik kekuatan untuk tajdid diri dan insan sekeliling.insyaAllah.Moga Allah memberi saya kekuatan utk berkongsi ilmu agar dapat mencapai iman qalbi az zauqi.insyaAllah

Cuti sekolah tiba lagi.Menjadi kebiasaan bagi keluarga Embah Siah untuk berkumpul anak-cucunya di kampung yang dihiasi dengan sawah padi. Cuaca pada hari itu tenang,setenang terbangnya burung-burung yang kegirangan pulang ke pangkuan yang tersayang.

Kereta tersusun rapi di tepi rumah itu. Kelihatan Embah Siah mengoyak senyuman manis.Berbunga sanubarinya melihat kepulangan anak cucunya yang dirindui.

Anyel : Embah! Sihat ke? Dah makan belum?
(sambil bersalam dengan Embah Siah)
Embah : Alhamdulillah..sihat ni..Anyel dah makan ke? Masuk lah rumah ya,rehat.Perjalanan jauh kan tadi.

lantas Anyel dan keluarga yang lain juga baru tiba melangkahkan kaki ke rumah pusaka itu. Masing-masing saling mengoyak senyuman dan saling bertanya khabar. Ucu juga tidak melepaskan peluang untuk pulang dan berkumpul bersama-sama saudara-mara yang dirindui.

Ucu : Bik Tum, sihat ka?
Bik : Alhamdulillah.sehat ja.Ucu macamana? ok ke?
Ucu : Alhamdulillah.sihat-sihat beginilahh
Bik : Ni Bik Tum ada bawa buah rambutan.Ucu tolong ambilkan bekas untuk buang kulit rambutan ni.Tak la beesepah nanti.
Ucu : Baiklah.Kejap ya.hah.guna plastik ni je lah.senang nak buang terus nanti.

Maka mereka beramai-ramai menikmati buah rambutan itu bersama-sama di ruang tamu yang agak luas memandangkan keluarga Embah Siah yang ramai.

Anyel : mmm.sedapnya buah rambutan ni! Nenek Tum beli kat mana??
Bik Tum : Ada kat tepi jalan waktu nak datang sini.sedap kan?alhamdulillah..rezeki Allah beri..
Ucu : Anyel,tolong Ucu bukakkan buah rambutan ni
Anyel : Alaaa.Ucu kan reti bukak sendiri
Ucu : Anyel budak yang soleh kan? tolong la
Dengan muncung mulutnya Anyel pun tolong mengopek buah rambutan tersebut



Ucu : Cuba Anyel tengok buah tu,ada berapa lapis?
Anyel : erm.dua lah.kulit dan isi.
Ucu : Salah.cuba perhati betul-betul.
Anyel : ha! ada tiga! satu lagi lapis nipis kat isi tu.
Ucu : ahsanta.pandai pun.cuba Anyel tengok kulit luar tu, keras kan? kulit kat luar tu yang jadi pelindung kepada isi buah di dalamnya,daripada rosak kan?
Anyel : Aah la Ucu..Tapi kenapa Ucu cakap hal ni?
Ucu : Ha.cuba Anyel tengok dari luar.Anyel dapat agak tak manis ke tak buah tu?
Anyel : tak dapat agak la Ucu,kadang0kadang warna kulit merah beul,nampak macam sedap.tapi masam je.Kalau nak tahu mana yang sedap,kena kopek dulu la kulitnya dan rasa,baru tau manis ke tak.

Ucu tersenyum.

Ucu : Anyel, macam tu juga la iman kita.Keyakinan dan kepercayaan kita kepada Allah,Tuhan Maha Esa.dalam erti kata lain,Tauhid. Keimanan seseorang tu tak bolehnak kita ukur pada luaran sahaja.Ada orang yang nampak cantik,soleh di luar,tetapi hakikatnya kita tak tahu kan macam buah rambutan yang warnanya merah cantik tapi rasanya masam..

Anyel mengangguk tanda faham

Bik Tum : Ucu,apa pula kaitannya Tauhid dengan buah rambutan ni?
Ucu : Begini Bik, Tauhid tu dalam erti kata sebenar diukur bukanlah luarannya,tetapi kita akan lihat kepada HASIL DAN KESAN yang terjadi pada diri kita.Buah rambutan tadi,kalau kita tak buang kulitnya dan rasa,mana mungkin kita dapat mengagak manis ke tidak buah tu kan? HASIL yang dimaksudkan ialah setelah kita makan itu,kita akan rasa buah itu masam ataupun manis.Kesan itu pula sama ada kita suka dan nak makan lagi rambutan tu sebab manis atau rasa masam yang buatkan kita rasa tak nak makan lagi dah buah tu.

Bik Tum mengangguk tanda faham.Wak Tam yang mendiamkan diri sejak tadi tiba-tiba bersuara.

Wak Tam : Tu perumpamaan dengan buah.Macamana pula kita nak ukur Tauhid tu secara sebenar?

Ucu tersenyum.Alhamdulillah,kalimah yang diucap didalam hati.Ada juga insan yang Allah ikatkan hatinya untuk mendengar pengisian bermanfaat ini.

Ucu : Wak, ada satu cerita ni,kisah Saidina Abu Bakr As-Siddiq r.a.Ketika itu beliau jatuh sakit.Lantas sahabat yang lain bertanya kepada saidina Abu Bakr mengapa beliau tidak bertemu dengan doktor untuk mengubat sakitnya itu.Apa jawapan saidina Abu Bakr? beliau berkata : "bahkan doktorlah yang membuatkan aku sakit.sesungguhnya Allah yang menyembuhkan dan mengurniakan aku sakit ini." Saidina Abu Bakr melihat segala yang terjadi padanya iu adalah perbuatan Allah,yang menguji ukuran keimanannya.Beliau tidak melihat doktor yang menyembuhkannya di dunia ini.
Anyel : Lepas tu,apa jadi pada Saidina Abu Bakr tu Ucu??
Ucu : ada juga sahabat lain bertanya kepada beliau tentang apakah yang dikatakan doktor tentang kesakitan yang beliau alami ini.lantas saidina Abu Bakr menjawab
" فَعَّالٌ۬ لِّمَا يُرِيدُ "
Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.  (alburuj -16)
doktor yang dimaksudkan itu adalah Allah s.w.t yang berkehendak yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.Lihat,bagaimana saidina Abu Bakr begitu YAKIN dengan Allah meskipun jasadnya terasa sangat sakit? Kita lihat perwira Islam yang lain,contohnya Abdullah ibn rawahah.Bagaimana beliau mendapat kekuatan untuk terus mengetuai tentera Islam setelah beliau melihat 2 orang panglima Islam Zaid bin harithah dan Jaafar bin Abu talib syahid?

Bik Tum : Ha,Bik pun ada dengar ceramah ni,ustaz cerita kisah Abdul Rahman bin Auf yang menjadikan tubuh badannya perisai Nabi muhammad s.a.w dengan melindungi Baginda sewaktu perang Uhud.Beliau tak gentar seketika pun kerana Keyakinannya pada Allah.

Ucu : Ha.betul tu.Sahabat dan as-sabiqunal awwalun (orang yang awal masuk Islam zaman rasulullah s.a.w ) tak gentar langsung walaupun diseksa kejam oleh kaum musyrikin kerna kepercayaan dan KEYAKINAN mereka sepenuhnya kepada Allah,yang menjanjikan ganjaran hebat di sisiNya.ikatan HATI mereka kukuh,teguh mempercayai Tuhan Yang Satu,Allah s.w.t meskipun mereka tidak melihat zahirnya Allah.itulah dinamakan aqidah yang kukuh.TAUHID yang utuh.manjadikan Allah itu SATU,tiada dua dan selain daripadaNya.Nak tau tak,percaya dengan YAKIN Allah tu ada 3 peringkat.macam buah tadi,ada 3 LAPIS.

1-LAPISAN LUAR

ya,kita nampak keras,kukuh,kadang-kang cantik.tapi tak semestinya buah yang canik kulitnya tu isinya MANIS.begitu jugalah iman kita,yakin kita pada Allah (tauhid).lapisan luar yang pertama ni bagi orang yang melafazkan laa ilaaha illallah.kalo lihatkan zahirnya.sapa2 pun boleh lafaz kalimah itu.walaupun orang kfir yang melafazkan sekadar di bibir,tetapi tidak membenarkan di dalam hati.kalimah itu adalah kalimah Ikhlas.boleh jadi kalau orang munafiq mahupun kafir yang melafazkan laailaha ilallah menyalahi batin dan zahirnya.maksudnya lafaz hanya pada lidah.tetapi tidak membenarkan dalam hati.

ini adalah iman pertama,iaitu iman aqli.ini menjadi tauhid orang kebanyakan (tauhd awamul kholqi).sekiranya kita BENAR-BENAR faham maksud lafaz laa ilaaha ilallah itu sebenar-benarnya,ia akan menjadi pelindung kepada tauhid kedua (kulit kedua)

Wak Tam :bagaimana pula lapisan kedua tu,Ucu?
Ucu : ok.begini.kalo kita buka kulit rambutan tu,lapisan kedua tu macam selaput nipis yang lekat dekat isi kan?

2-LAPISAN KEDUA

lihat,mengapakah lapisan itu nipis dan terlekat bersama isi buah?kerana lapisan kedua dan isi buah itu sangat berkait rapat.keyakinan dan kepercayaan kepada Allah sepenuhnya dalam pengkat tauhid kedua ini akan berlaku pada diri seorang hamba itu tatkala didalam hatinya tiada sebarang percanggahan mahupun penolakan bagi pengertian daripada kalimah itu.Dalam erti kata lain,seseorang itu zahirkan dengan lisan,dan membenarkan dalam HATI.lihat

لا إله إلا الله
terbahagi kepada dua. 1.mewajibkan SEMUA sifat-sifat Allah (musta'in kullu ma siwah)
                                              2. SEMUA perkara yang lain bergantung SEPENUHNYA kepada Allah 
                                                   (la ma'bud illalLAH.)
perkara tersebut zahir dalam hati dan meliputi seluruh kehidupan ini.

Anyel : Waa..macam tu ke?macamana pula yang isi tu,Ucu?

Ucu : ok.kita lihat pula pada Isi.bahagian ini sangat sukar dan hanya yang benar-benar MENGHAMBAKAN diri kepada Allah sahaja yang mampu mencapainya.

3- ISI (lubab)

apabila kepercayaan dan keyakinan (tauhid) seseorang itu mencapai satu tahap bilamana segala urusan kehidupannya sama ada neikmat baik mahupun dugaan itu dalam mata hatinya melihat SEMUANYA datang dari Allah s.w.t. dan bukan dari sebab musabab perantaraannya.

sebagai contoh.orang sakit jumpa doktor.doktor periksa pesakit,dan beri ubat.pesakit makan ubat.tidak lama selepas itu,sakitnya sembuh.

doktor dan UBAT yang dimakannya itu hanyalah sebab musabab pesakit itu kembali sihat.HAKIKATNYA kesihatan itu datang dari Allah.dan berdasarkan kisah sahabat rasulullah ajma'in yang sanggup mengorbankan diri demi mempertahankan agama Allah di muka bumi ini,kerana mereka melihat ALLAH di dalam kehidupan mereka.Mereka melihat ALLAH yang mengaturkan segala baik dan buruk sesuatu.

Anyel : Ucu,Atok,Nenek,agaknye kan,kita pada pangkat yang mana ye??hmmm
kesemua yang mendengar penerangan Ucu sentap.Pertanyaan seorang kanak-kanak tentang khabarnya iman dalam hati.masing-masing berteleku,termasuk Ucu.persoalan dalam minda berlarian melihat masa lalu. "Apakah yang aku lakukan selama hidup ini dalam mencapai tauhid pangka 'isi' buah tauhid itu?"
renungkan.
waLLAHU A'LAM

(ALLAH.berat saya untuk menulis dan mengolahkan ilmu yang sememangnya berat untuk diterima hati yang karat dengan debu dosa.ucapan terima kasih tak terhingga diucapkan kepada Ustaz Zulkifli b. Ismail kerana sanggup mengorbankan waktu lapangnya untuk menanamkan benih tauhid dalam diri anak muda ini.Tidak lupa juga kepada Ust Syauqi.moga Lindungan Allah itu sentiasa bersamanya,seluruhnya seisi keluarganya,dan diberi rezeki melimpah ruah di dunia,serta Akhirat sana.buat sahabat2 lain yang sama-sama mengikuti pengajian ini mahupun ustaz/ah yang lebih 'arif pada bab tauhid ini.segala kesilapan dalam olahan yang telah dilakukan ini harap anda dapat menegur SEGERA.segala penambahan boleh dibuat di dalam komen pada post ini,agar memudahkan pembaca lain sama-sama mendapat manfaatnya.Moga Allah REDHA ke atas segala usaha kita mencari Allah di dalam jiwa.Allahumma ameeen)




No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com