Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Saturday, December 24, 2011

rumput?

bismiLLAH.
moga Allah redha ;)


Pada suatu hari , Anyel dan Ucunya pergi berjalan-jalan di taman permainan.Setelah mereka tiba,mereka pun duduk di kerusi yang berhampiran.Anyel seorang kanak-kanak yang pintar.Ada sahaja soalan yang hendak ditanya kepada Ucunya.Dengan kesabaran melayan kerenah anak saudaranya yang sedang dalam proses pembelajaran dan tumbesaran otak dan pemikirannya.

"Ucu,tu ape" tanya Anyel sambil menunjukkan ke bawah
"ni rumput,Anyel..warnanye hijau.green.ahdhor"
"ooo.nape rumput ni hijau?kenape rumput ni kat bawah?kenapa rumput ni selalu kene pijak orang?kesian diaaa"



Ucunya tersenyum.lantas menjawab
"Anyel.Allah cipta semuaaa yang ada di alam ni,semuaaaa ada hikmahnya.kalau pokok yang warna hijau kecik mahupun besar macam pokok besar tu ataupun rumput ni,dia bekalkan oksigen untuk kita nafas....."
"tapi tapi kenapa dia kat bawah?kene pijak orangg..kesiaaaan pulak.tapi bess pulak pijak dia.hihihi" sambil Anyel memijak rumput itu.
"haisho.Anyel,macam Ucu cakap tadi,Allah ciptakan seluruh alam ni,ada hikmahnya.cuba Anyel cabut rumput tu"

maka dengan bersusah payahnya si Anyel mencabut rumput itu,sehingga terkeluar akarnya.
"Nampak tak,bawah yang panjang tu namanya akar.Akar tu untuk serap air dalam tanah.Jadinya,akar ni la yang bantu rumput untuk terus hidup"
"lagi satu,anyel.walaupun rumput ni nampak kecikk je.selalu kene pijak orang,tapi rumput tetap berbakti kepada manusia."
"Ha??berbakti??apa dia buat,Ucu?tengok keciiik je.selalu kene pijak pulak tu"
Ucunya tersenyum dan dengan tenangnya dia menyuntik jarum halus mengenali Allah dalam pemikiran anak buahnya.

"Anyel,akar rumput ni jugalah banyak bakti kepada manusia.Akar rumput ni la yang mencengkam bumi,yang bole elakkan dari berlaku tanah runtuh.Jadi,walaupun rumput ni kecil,selalu kene pijak orang,dalam masa yang sama rumput tetap berbakti kepada manusia,menjalankan amanahnya sebagai hamba Allah yang selalu bertasbih kepadaNya."
"Oooo"
"Anyel,jadila macam rumput ni"
"Ha??ucu biar betul..tak nak lah Anyel jadi macam rumput ni.selalu kene pijak orang..eee.sakit la!"

"Anyel,dengar pesanan Ucu ni.Jadilah seperti rumput.Walaupun pada zahirnya dipijak orang,tetapi dalamannya,akarnya tetap teguh mencari sumber kekuatan daripada air mahupun galian mineral dalam tanah.Dalam masa yang sama juga bukan setakat luaran sahaja rumput memberi manfaat kepada manusia (membekalkan oksigen) tetapi akar yang terlindung di dalam tanah juga mencengkam bumi dari berlakunya tanah runtuh..."
"Ucu,Anyel tak faham lahh"
"Camni.Anyel, walaupun orang buat jahat pada kita,macam rumput tu selalu kene pijak dengn manusia.Tapi jangan sesekali kita membalasnya dengan kejahatan.kita kene sabar,macam RUMPUT tu.dia tetap teguh hidup untuk bekalkan oksigen kepada manusia,walopun sikit.Jadi,kalau orang ada buat jahat pada Anyel,balas la dengan kebaikan.sekurang-kurangnya Anyel doa lah untuk dia agar diberi kelembutan hati dan petunjuk."
"ooo..camtu rupanyaa" Anyel mengangguk faham.



Tidak lama selepas itu, Izzah pun datang ke arah mereka dengan senyuman yang terkoyak di bibirnya.
"Ha..sembang ape tu Anyel.Rancak nampak"
"Ucu ajar Anyel pasal rumput ni..best! "
"Izzah,akar rumput ni ibarat iman kita.makin kita kuat diuji seperti rumput ni yang selalu kene pijak dengan manusia,semakin KUAT kita mencari sumber KEKUATAN,daripada Allah s.w.t.semakin jauh menjalar ke dalam bumi untuk mencari sumber kekuatan itu.dan untuk pengetahuan Izzah, seandainya iman kita kuat macam akar tu,secara tak langsung kita dapat menyumbang sesuatu untuk Islam."
"HA?biar betul kak"
"Betul.Macam akar rumput tadi.makin ia menjalar ke dalam bumi.makin ia kuat mencengkam tanah,jadinya struktur tanah pun makin stabil,kan? Begitulah iman kita.Semakin bertambah iman kita,sepatutnya semakin bertambah usaha kita untuk membantu sahabat,keluarga,orang sekeliling kita untuk turut sama stabil dalam mengamalkan ajaran Islam seharian.insyaAllah kita pun dapat pahala juga"

"Jom balik.nanti mama marah pulak.hee" lantas mereka bertiga pulang ke rumah. Dalam hatinya Ucu berharap agar suntikan keimanan yang dilakukannya itu diredhai Allah.."

Jadilah seperti rumput,walaupun sentiasa dipijak orang.namun tetap gagah untuk memberikan manfaat kepada seluruh manusia.
waLLAHU a'lam



6 comments:

Wafa' Haslan said...

saya kongsi cerita ni kat blog saya hik3 =)

khaIRul_UmmAh said...

bole sajaaaa.moga manfaat diambil ya :)

وان احمد حارس said...

Mohon Copy, utk blog sya, utk disebarkan manfaatnya bersama. Syukran.

khaIRul_UmmAh said...

boleh2.tada masalah.moga Allah redha.jzzk

.:naqib saad:. said...

menarik dan terbaik.
jazakillah~ :)

khaIRul_UmmAh said...

Moga bermaanfaat...


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com