Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Thursday, December 29, 2011

pohon? ( U.n.A part 2 )

bismiLLAH
moga Allah redha.
saya ingin bertatih menulis cerita.
maka dengan ini...
saya mencoret versi ( U.n.A )
maksudnya, cerita Ucu dan Anyel.
seorang makcik yang berusaha untuk menerapkan nilai2 Islam dalam diri anak buahnya
moga Mnfaat dan Allah redha~~

Satu pagi yang hening lagi mendamaikan, Ucu menemani Anyel yang sibuk hendak bermain di taman permainan.Maka dengan rela hatinya si Ucu pun menurut sahaja kehendak anak buah tercinta tercomel itu.Kanak-kanak,semua benda hendak diteroka.

"Ucu, jomla main jongkang-jongket ni dengan Anyel "
"tak mau"
"jom la jom laaaa"
lantas Anyel menarik tangan Ucu yang sedang khusyu' membaca novel islami.

"Ucu,haritu kan Ucu ada cerita pasal rumput kan?"
"Aah,kenapa?lupa dah keee"
"Mane ade lupe laa Ucu.Ucu ajar Anyel jangan balas orang yang buat jahat dekat kita dengan jahat juga,kan??"
Ucu tersenyum
"nak tahu je, Anyel nampak Atok selalu jaga pokok-pokok yang Atok tanam.Atok siram dengan air,Atok baja..sampi pokok tu besar.Tapi ada je pokok yang mati."
"Jadi?"
"Tapi Anyel tengok rumput kat tanah tu x da sapa pun yang tanam.Anyel hari-hari mengendap2 kot kot ada orang yang curi-curi baja rumput ni ke..tengok rumput ni macam segar je."
"Anyel mengendap rumput tu Anyel nampak ke sapa yang baja rumput ni sampai nampak macam segar?"
"Tak la Ucu...tak nampak..huuu"

Lantas minda Ucu sangat ligat berfikir taktik terbaru untuk menyuntik fahaman Islami yang mudah agar dapat larut dalam jiwanya.

pokok dalam pasu,dijaga,tapi layu jugaa
"Anyel,tidak semua pohon yang tidak dijaga rapi macam rumput itu akan layu atau mati,bahkan akan lebih segar berbanding pohon yang dijaga penuh rapi,tetapi hakikatnya rosak di dalam.Kekuatan pohon terbiar macam rumput ni sebenarnya bergantung kepada kekuatan akarnya mencari kekuatan,dari Tuhan dan dari Pengalaman


"HA??"
Anyel menggaru kepala yang tidak gatal.
"Yela, kan Anyel kata tadi, pokok Atok selalu Atok bagi baja,siram air,tapi ada je yang layu.Itu sebab pokok tu tak ada perlindungan untuk menghalang segala kuman-kuman yang ada dari menjangkiti pokok tu."
"oooo"
"Ha,macam Anyel jugak.Kan kene enjet (suntik) ubat masa kecik dulu,sebab enjet tu untukAnyel bina antibody atau perlindungan untuk halang kuman tu masuk.Dalam masa yang sama,Anyel jugak kenalah usaha,pergi enjet,makan ubat kalau sakit.Kalau tak macamana nak ada perlindungan tu? (antibody)
"oo..kiranya rumput tu ada perlindungan lagi kut la berbanding pokok yang Atok jaga tu walaupun dia kecik dan selalu kene pijak orang?"
"Ha..Anyel..jangan nampak rumput tu kecik ja,dia lemah.Anyel jangan lihat sesuatu tu dengan fizikal je.Lihat,rumput kecil ni pon lagi kuat perlindungannya berbanding pokok Atok tanam,kan??"
"Aah la Ucu.." 
Maka fikiran Anyel terus berlari sepantasnya dengan menangkap segala maklumat yang disalurkan oleh Ucu kepadanya.


Tiba-tiba terdengar sayup-sayup suara seseorang memanggil Anyel.lantas dua pasang mata memerhatikan seseorang datang ke arah mereka.Macam biasa,Izzah yang akan memanggil mereka berdua pulang.


"Anyel,mama suruh balik.MANDI"
"Alaaa,Anyel nak denga Ucu cerita lagii"
"Ha..Ucu cerita apa pula kali ni?"
"Pasal pokok pulak." jawab Ucu ringkas
"Pokok?ada apa dengan pokok?"
Lantas Anyel menceritakan apa yang telah Ucu menerangkan kepadanya dengan bersungguh-sungguh seolah-olah butir kata-kata itu ibarat emas berlian untuknya.


"Izzah, sekarang isu apa yang paling popular kat Malaysia?"
"Erm...isu buang anak kot.Kesian bayi tu.Tak salah apa-apa pun dah kena macam-macam.Buang dalam longkang lah ape lah."


Astaghfirullaaah..innalillahi wa inna ilaihi roji'unn


"Izzah rasa dalam masa 10 tahun lagi la contohnya,apa jadi dengan dunia ni?"
"Erm..mungkin dunia ni dipenuhi dengan anak luar nikah? Habislaaah.Macam mana Islam nak tegak ni kak?"
"Izzah, tak semestinya anak luar nikah itu mewarisi dosa ibu bapanya.mereka mangsa keadaan.Kita tak sepatutnya melabel mereka dengan caci maki hina.Bahkan sepatutnya kita membimbing mereka,ke jalan yang lurus."
"Macamana kak?"
"Izzah tengok,banyak kes bayi kene buang tu mati kan? Tapi ada je yang selamat,orang jaga jadi anak angkat.Izzah sendiri kata,satu masa nanti anak luar nikah ni akan memenuhi dunia.Jadi mahu tidak mahu mungkin mereka juga akan menjadi antara pemimpin masa depan"


Izzah seperti terkesima.
"Biar betul kak?boleh ke kita angkat orang seperti mereka jadi pemimpin kita?"
"Izzah,tidak semua pohon yang tidak dijaga rapi macam rumput itu akan layu atau mati,bahkan akan lebih segar berbanding pohon yang dijaga penuh rapi,tetapi hakikatnya rosak di dalam.Kekuatan pohon terbiar macam rumput ni sebenarnya bergantung kepada kekuatan akarnya mencari kekuatan,dari Tuhan dan dari Pengalaman


"Alhamdulillah,kita dilahirkan dengan kedua ibu bapa di sisi, ada nak mengajarkan nilai Islam dalam diri.Tetapi hakikatnya juga ramai remaja yang rosak,walaupun ada DIDIKAN AGAMA kerana penyakit alwahan.Mengapa?Kerana kerosakan dalaman mereka.Macam pokok tu.Waaupun disiram di baja satu saat pokok tu diserang penyakit,ia akan layu dan mati juga."
"Kak,al-wahan tu apa?"


"Cintakan dunia dan takut mati.Yalah Izzah lihat sendiri lah berapa ramai remaja seusia Izzah ni dah hilang maruah diri.Mencalarkan maruah keluarga.Kerana mereka ada penyakit cintakan dunia itu.Anak-anak luar nikah ni ibarat rumput tu.walaupun kecil tapi akarnya kuat mencari kekuatan dari sumber-sumber seperti air,mineral untuk dia terus hidup.Kiranya,seandainya anak-anak luar  nikah ini diberi peluang untuk menuntut ilmu dan faham agama dengan baik mereka mungkin akan menjadi lebih BAIK beranding kita yang selalu disiram dan dibaja,tetapi dalaman tetap ROSAK,kan?"


"Juga berbekalkan pengalaman mereka,walaupun keluarga angkat mereka menyembunyikan daripada pengetahuannya tentang anak luar nikah itu,satu masa nani mereka mesti mengetahuinya.Maka dengan pengalaman..mungkin pengalaman lampau dosa yang ibu bapanya lakukan itu sedikit tercalit pda dirinya.Melihat pengalaman dengan petunjuk Allah dan keinsafan membolehkan seseorang itu menjadi lebih hebat dar manusia lain,dan juga mungkin lebih HEBAT di sisi Allah.."




Izzah terkedu.Ucu pun terdiam.Memikirkan sesuatu.Apakah diri mereka seperti pohon yang dijaga rapi disiram dibaja tetapi tetap layu kerana kerosakan dlaman,atau dalam erti kata rosak Hati?Berbanding dengan insan yang sebelum ini pernah melakukan dosa atau terpalit dosa daripada keluarganya itu berbekal kekuatan dan petunjuk serta pengalaman pahit itu membuatkan Taqwa mereka lebih menebal.Mereka pun tiba di rumah.dengan berfikir.dan zikir.


rumput.tetap teguh.meskipun tiada siapa peduli


Pada pendapat anda manakah yang lebih baik?
Adakah pohon yang selalu disiram di baja tetapi rosak dan layu...
ataupun rumput yang sering dipijak manusia,tetapi kuat perlindungannya dari kekuataan yang Esa
Agaknya mana satukah diri kita?
renungkan.dengan.Iman.
waLLAHU a'lam

1 comment:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com