Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Saturday, December 3, 2011

MELAYU HANCUR ISLAM MUNDUR

BISMILLAH
alhamdulillah.lagi 2 papers lagi SPM..doakan ya
tergerak untuk menulis perkara ini.
sejara jujurnya,si penulis bukanlah insan yang terbaik.mungkin perkara ini perkara yang berat bagi seorang budak hingusan untuk membincangkan.tetapi kerana kebosanan melihatkan ramai manusia dewasa yang berperangai melebihi budak hingusan,tidak menggunakan kewajaran akal untuk berfikir dan ada segelintir yang hanya bertaqlidkan sesuatu yang tidak JELAS tujuannya.
sebelum apa2.
izinkan saya kembali menyingkap sejarah




ZAMAN RASULULLAH.
melihatkan penghijrahan rasulullah bersama para sahabat untuk MENYELAMATKAN iman dan Islam,telah datangnya sinar keimanan yang selama ini didamba oleh penduduk madinah yang dalam keadaan kacau bilau.golongan arab saling bertelagah,kaum yahudi mengambil kesempatan untuk menguasai ekonomi.penduduk madinah sangat terdesak untuk mencari seseorang pemimpin yang berwibawa supaya mereka dapat hidup aman dan sentosa.maka segala perancangan rapi diatur berikat dengan perjanjian aqabah 1 dan 2,akhirnya dengan izin Allah rasulullah s.a.w bersama para sahabat berhijrah ke madianh,untuk menyelamatkan iman umat Islam mekah yang ditindas hebat serta menyalurkan kemanisan ukhuwah islamiyah kepada penduduk madinah yang ternanti-nanti kedamaian yang bakal dibawa dalam sinar IMAN itu.

setelah rasulullah tiba di madinah,perkara pertama yang rasulullah lakukan ialah membina masjid nabawi.Masjid nabawi menjadi pusat kegiatan Islam di madinah.
Rasulullah diangkat menjadi pemimpin yang kewibawaannya tidak dapat dinafikan lagi.lantas untuk mengukuhkan aqidah dan IMAN yang baru hendak berputik di madinah,apa yang rasulullah s.a.w lakukan?

baginda s.a.w menyatukan kaum yang bertelagah,kaum ARAB.serta menyatukan golongan MUHAJIRIN dan ANSOR.untuk membangkitkan semangat juang untuk mempertahankan Islam.setelah perlembagaan dibuat,PIAGAM MADINAH tercipta,lantas tenyata Islam itu ADIL untuk semua apabila rasulullah s.a.w sebagai pemimpin tidak mengenepikan hak kaum yahudi.dengan syarat kaum yahudi mesti sedia mempertahankan madinah sekirannya diserang musuh.lihat.rasulullah menyatukan BANGSA UTAMA di madinah,BANGSA ARAB kerana mereka adalah golongan majoriti dan secara keseluruhannya boleh MENINGKATKAN ISLAM DI MATA DUNIA.

tamat sudah sirah rasulullah s.a.w

kita lihat pula sejarah saat jatuhnya zaman khilafah di muka bumi,lantas lenyaplah sedikit demi sedikit sinar gemilangnya ISLAM dimuka bumi,akibat busuknya hati yang penuh sekularisme untuk menakluki dunia,disamping MENUMPASKAN ISLAM agar terus TERPADAM api baranya Islam DI MUKA BUMI INI.

kelesuan umat Islam setelah jatuhnya zaman khilafah yang memerintah bumi,datangnya seorang pemuda biasa yang jiwanya sangat luar biasa.atas desakan iman yang membuak-buak untuk melihat Islam bisa tertergak kembali ke muka bumi ini,dengan halusnya perjalanan hidupnya,beliau memulakan misinya dengan berinteraksi bersama manusia-manusia biasa di warung-warung kopi,dan sebagainya.dan akhirnya tarbiyah halus tetapi padu itulah menggegarkan dunia dengan padunya hati-hati yang bisa memancarkan sinar keimanan yang sangat menyinar atas dasar persaudaraan kerana TUHAN.siapakah beliau?

AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA



Hasan Al Banna dilahirkan di desa Mahmudiyah kawasan Buhairah, Mesir tahun 1906 M. Ayahnya, Syaikh Ahmad al-Banna adalah seorang ulama fiqh dan hadits. Sejak masa kecilnya, Hasan al Banna sudah menunjukkan tanda-tanda kecemerlangan otaknya. Pada usia 12 tahun, atas anugerah Allah, Hasan kecil telah menghafal separuh isi Al-Qur'an.

tarbiyyah@ didikan awal dari keluarganya membuahkan chaya iman yang semakin lama semakin menyerlah dalam jiwanya sehinggakan cahaya itu terbias pada insan di sekelilingnya.lantas dengan usaha gigih beliau menubuhkan kumpulan-kumpulan kecil iaitu usrah untuk menanamkan benih keimanan agar subur dalam sanubari.dengan rahmat Allah as-syahid imam hassan al-banna telah menubuhkan IKHWANUL MUSLIMIN sebagai satu wasilah untuk membangkitkan keimanan umat Islam yang selama ini menyepi setelah kejatuhan zaman khilafah uthmaniyyah.

Atas dasar keimanan yang tulus kerana Allah, kekuatan jiwa yang dibina telah merebak hampir ke seluruh tanah arab membangkitkan lagi semangat umat ISLAM untuk tetap di atas jalanNya-jalan yang BENAR.dan apakah antara perncangan teliti as-syahid tatkala beliau menyusun jiwa-jiwa yang mendamba redha Tuhan itu?

"wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..."

setelah diteliti dan dikaji cara untuk meningkatkan semangat untuk membangkitkn Islam.Beliau melihat bahawa dengan menyatukan BANGSA ARAB,bangsa majoriti di tanah arab,maka akan terbangkitlah Islam.tindakannya tidak sia-sia malahn menunjukkan bahawa dengan bersatunya satu bangsa yang bersatu atas dasar AQIDAH,maka Islam dapat ditegakkan di bumi itu.beliau menyatukan BANGSA UTAMA di situ,bangsa arab

dan kini.
saya generasi muda yang mungkin bagi sesetengah manusia menganggap saya hanyalah budak hingusan yang tidak tahu apa apa.
saya sangat HAMPA
kerana yang berlaku di tanah tumpah darahku kini
bangsa MAJORITINYA telah BERPECAH BELAH
masing masing punyai satu AQIDAH
tapi malangnya berpaksikan panji-panji yang BERBEZA
yang akhirnya bertelagah sesama sendiri
konon mahu memerintah negara dengan aman dan makmur
tetapi bagaimanakah caranya nak bangkitkan ISLAM itu?
sedangkan bangsa UTAMA itu BERPECAH BELAH?
kononnya bersatu dengan orang kafir itu HARAM
padahal situasinya tetap SAMA
dan akhirnya nanti si musuh dalam selimut yang bertakhta
semua orang ternganga
segala janji manis hancur lebur
kuatkanlah BANGSA.

yang bersatu atas dasar AQIDAH yang jitu
kelak Islam tertegak nanti.insyaALLAH








tetapi
HAMPA
SANGAT HAMPA
kutukan itu melayulah yang JUARA
kononnya bersatu berpaksikan AGAMA
apa ni?
Islam ada ajar kah MENCACI MEMAKI?
apa salahnya kita BERSATU.membantu satu sama lain
untuk bangkitkan satu negara berpaksikan Islam yang TULEN
yakinkah dengan kerjasama buknmusim itu akan dia berikan kemenangan buat orang ISLAM
jangan MIMPI
mereka juga ada agenda SENDIRI
seandainya...
MELAYU HANCUR
maka..
ISLAM KAN MUNDUR
kerana apa?mampukah umat islam lain yang golongan MANORITI membangkitkan ISLAM sekiranYA golongan MAJORITI ISLAM itu sendiri berpecah BELAH?
ayuhlah.buanganlah persengketaan lama.
jangan menggunakan AGAMA untuk kepentingan peribadijangan menggunakan janji manis untuk mendapat kredibilititetapi BERSATULAH kita dengan hati yang TULUStidak hanya mentaqlid begitu sahaja.


MELAYU BERSATU.ISLAM BERDAULAT!


insyaAllah.yakinlah.kemenangan Allah pasti TIBA.seandainya kita BERUSAHA ke arahNYA! 
waLLAHU a'lam
(kritikan membina mahupun cacian menghina dipersilakan.ini hanyalah suara hati budak hingusan yang mahukan perubahan dalam era kebangkitan Islam ini..)



2 comments:

Wan said...

Mabruk, teruskan penulisan anda yg semakin hari smakin bersinar.

khaIRul_UmmAh said...

InsyaAllahhh


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com