Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Sunday, November 6, 2011

pengorbanan -satu KASIH SAYANG-

bismiLLAH
kupohon.setiap bait kata ini sentiasa dalam keredhaanMu.
alhamdulillah.masih lagi diberi kesempatan sebelum SPM 2011.doakan lah agar si penulis diberi ketenangan dan kemudahan dalam menjalani kehidupan yang berliku ini...



PENGORBANAN
ya.setelah difikirkan,mengapa Allah memerintahkan Ibrahim a.s mengorbankan anaknya ismail a.s sehingga turunnya perintah untuk berkorban?
sebenarnya,ia adalah simbolik kepada KASIH SAYANG.
KASIH SAYANG YANG SENTIASA ADA DI SEKELILING KITA.
namun sayangnya,tidak semua menyedari kasih sayang itu.

Mungkin pada pandagnan awalnya manusa yang tidak menuntut ilmu itu menganggap bahawa perintah Allah kepada Ibrahim a.s itu satu bentuk kekejaman.satu pembunuhan seorang anak?mana mungkin.namun HIKMAHNYA Allah memberi ganjaran yang berlipat kali ganda.atas 2 perkara.

1. kerana TAATNYA ibrahim a.s terhadap suruhan Allah supaya mengorbankan anaknya,ismail a.s meskipun perkara itu amatlah berat.

2.kerana kasih sayang terhadap Allah itu melebihi kecintaan kepada anaknya.

HASILNYA?
Allah menggantikan ismail a.s dengan seekor kibas.sebagai BALASAN pengorbanan nabi ibrahim itu.
LIHAT.
Allah memberi KASIH sayang.
disebalik PENGORBANAN ITU.
itu yang terjadi,zaman nabi ibrahim a.s
dan kesan korban itu,terasa sehingga KINI

Pengorbanan insan sekeliling kita.adakah pernah kita sedari?
atau dengan erti kata lain,adakah pernah kita MENSYUKURI nikmat
atas segala pengorbanan insan sekeliling kita,
hasilnya -KASIH SAYANG-

(betol ke???tipuu r)
anda x percaya?

jom kita koreksi,pengorbanan insan di sekeliling kita
1.PENGORBANAN SEORANG IBU
segala apa kemahuan kita,ibu turuti.baju baru hendak beli,ibu turuti.pengorbanan ibu sanggup memakai baju lama,sanggup berjaga malam anak demam,sanggup bangun malam demi menitipkan doa suci agar tersemat kebahagiaan dalam diri anak-anaknya.
kadang kita tidak mengerti,tulus hati suci seorang ibu.Pengorbanannya membawa ke syurga.ya,pengorbanannya juga mengHASILKAN KASIH SAYANG.sedarkah kita?
atau kita hanya sibuk memikirkan ibu tidak pernah memahami diri kita?

2.PENGORBANAN SEORANG BAPA
Menurut kajian,tidak ramai ayah yang bisa menzahirkan kasih-sayang kepada anak-anaknya.mereka lebih kepada menasihati,tanpa membelai seperti seorang ibu.dan mungkin sesetengah daripada kita menganggap kasih ayah ibarat kurang atau tiada erti.jika anda berfikir seperti itu,ANDA SALAH.
Meskipun seorang ayah tidak pernah menzahirkan kasih sayangnya kepada anak-anak dengan membelai seperti ibu,tetapi hakikatnya di dalam kudus doanya tidak pernah terlepas rantaian permintaan agar diberikan kebahagiaan kepada anak-anak setiap detik.setiap ketika.

(bagaimana pula dengan anak yang ditakdirkan mempunyai ibu bapa yang tidak bertanggungjawab,tidak menjaga makan minum mereka?)
ya,mungkkin mereka tidak merasa pengorbanan @ kasih sayang ibu bapa,namun secara langsungnya apabila dia BERKORBAN jiwanya untk MENSYUKURI nikmat Allah dan TAAT pada perintahNya meskipun ketiadaan ibu bapa,bahkan dirinya bakal dihujani dengan limpahan rahmat dan kasih sayang ALLAH secara direct,langsung terus dariNya.mengapa??
kerana dia,seorang anak telah BERKORBAN,dirinya kepada Allah -dan hasilnya-KASIH SAYANG SECARA langsung DIBERIKAN aLLAH kepadanya.subhanaLLAH~

3.PENGORBANAN SEORANG GURU
ya,mungkin sesetengah daripada kita menganggap guru hanyalah sebagai satu medium untuk mencurahkan ilmu,tidak lebih daripada itu.tanggapan itu tidak benar.
Guru ibarat buku,
sering menjadi tumpuan ketika menuntut ilmu
dan satu saatnya manusia telah berjaya,
mungkin hanya dibiarkan sahaja buku itu
berhabuk,tidak terjaga
namun di dalamnya tetap tersirat cahaya ilmu itu
kekal hingga hujung nyawa
setiap kilauan ilmu itu membawa kebahagiaan kepada insan
dan dia tetap di situ.meberi sinarnya
guru.tulus doanya untuk setiap anak murid
terus berantai sehingga hujung abadnya
pengorbanan itu
menghasilkan KASIH SAYANG yang tidak terhingga.

sebenarnya,kasih sayang itu datang dari ALLAH
Dia beri ujian dan dugaan,
supaya kita akan melakukan pengorbanan
dan pengorbanan itulah akan menzahirkan
kasih ssayang tulus dariNya
maka bersyukurlah.
pengorbanan itu satu ANUGERAH

waLLAHU A'LAM

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com