Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Tuesday, October 25, 2011

keberkatan.satu ANUGERAH

BISMILLAH
lame sudah x menaip di sini
maaf kepada pembaca,si penulis agak sibuk dengan exam yang tidak lama sahaja lagi.


hmm
macam-macam peristiwa berlaku
yang menduga jernihnya KEIKHLASAN hati sanubari itu
yang selama ini mengiringi keberkatan,dan kerahmatan dr Tuhan
kan sahabat2 bec 56?


Perkataan berkat (barakah) bermaksud  perkembangan dan kebaikan. Secara umumnya kita oleh menyatakan maksud berkat  (barakah) disini adalah memohon restu dari Allah s.w.t agar dikurniakan kebaikkan yang berkembang. Berkat ini tidak syak lagi adalah dengan keizinan Allah s.w.t. Jika seseorang itu memohon Allah agar memberkati resekinya, maka jika Allah kehendaki, dia akan memberi berkat  kepada seseorang itu, sebagaimana berkata Nabi Isa a.s., firman Allah swt : -

وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنْتُ

"Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada" (Surah al-Maryam ayat 31)

Allah s.w.t adalah al-Mubaarik (pemberi restu / berkat) dan hamba-Nya adalah al-Mubaarak; seseorang yang diberkati sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat diatas. Sifat memberi berkat ini hanyalah milik Allah s.w.t,

Berkat Allah adalah dimana sahaja Dia letakkan, firmannya :-

وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُبَارَكًا

"Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya (keberkatannya)" (Surah Qaaf ayat 9)

Allah s.w.t bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. tanda Allah s.w.t kasih kepada hamba-hamba-Nya adalah Allah s.w.t memberi pertolongan, rahmat dan  keberkatan dalam kehidupan . Terdapat lima keberkataan kurniaan Allah s.w.t. diberikan-Nya kepada hamba -hamba yang dikasihi-Nya iaitu
1. Keberkatan pada umur.,
2. Keberkatan pada kehidupan berkeluarga
.3. Keberkatan pada rezeki. 
4. Keberkatan pada berjemaah
 5. Keberkatan pada ilmu

ingin saya tekankan.kepada no 4 dan  5 itu.keberkatan pada JEMAAH dan ILMU

sebagai penuntut ilmu,bagaimanakah ingin kita mencapai keberkatan itu?
kalau tidak dari penyampai ilmu?



dan bagaimana pula untuk kita menambahkan lagi keberkatan ilmu itu?
jika tidak kita menuntut ilmu secara berjemaah

agar keberkatan itu bakal terbias di setiap sanubari yang dahagakan ilmu
dan sanggup berkongsi ilmu tersebut
alangkah indahnye.

sahabat
keberkatan itu sebenarnya,
bukan setakat ada pada sesuatu tempat
tetapi
keberkatan itu sebenarnya ada pada diri setiap individu di sesebuah tempat itu
seandainya jiwa-jiwa kotor menghuni tempat yang selama ini dilimpahi rahmat dan barokahNya
pasti mungkin begitu mudah kerahmatan itu bakal terputus,dengan izinNya

memandangkan exam pun just around the corner
saat genting ini
apakah perkara lain yang boleh kita lakukan
selain dari duduk menghadap buku 24 jam?

ya,
carilah sesuatu yang membawa kepada keberkatan
ya.
KEBERKATAN
bantu ibu bapa
bantu rakan-rakan
jaga hati guru-guru
nampak remeh,kan?
namun perkara yang kita remehkn itulah selama ini
yang mungkin membawa kepada kurangnya kerahmatan dalam hidup

(aku x caye r.ade ke tolong mak bapak je pon bole jawab sokln exam nnt.kompom ke?x de kene mengene langsung)
mungkin persoalan ini berada di dalam jiwa pembaca
mungkin kita boleh ungkap sirah rasulullah
bagaimana begitu kelaparan para sahabat termasuk rasulullah s.a.w sendiri
tatkala menggali parit untuk perang khandak 
sehingga mengikat perut mereka dengan batu,agar dapat mengurangkan rasa lapar tersebut.
dengan jerihnya sanubari seorang sahabat,
dimasakkannya seekor kambing dan sedikit gandum untuk rasulullah
namun apa yang rasulullah lakukan?
rasulullah mengajak kesemua para sahabat untuk sama-sama memakan makanan yang mustahil cukup bagi mereka yang jumlahnya ramai
rasulullah menghalang daripada sahabat rasulullah yang menawarkan makanan itu daripada mengangkat periuknya dari tempat masakan
dan dengan izin Allah
makanan itu cukup untuk dimakan oleh SEMUA sahabat rasulullah yang mengikat perut kerana kelaparan
bahkan mereka pulang dengan PERUT YANG TERISI
MALAHAN ada makanan ditinggalkan sedikit untuk ahli rumah
mengikut logik akal
mana mungkin SEEKOR KAMBING dan SEDIKIT GANDUM itu cukup untuk 3000 tentera Islam yang berjuang dalam perang khandak?
maka apakah itu,
kalau bukan KEBERKATAN dalam BERJEMAAH.
lihat,telah jelas bukan Keberkatan yang dikatakan MUSTAHIL terjadi
tetapi TELAH pun berlaku,pada zaman rasulullah
adakah keberkatan seperti itu LAYAK untuk kita rasai?

YA
kita layak untuk menikmati keberkatan dalam jemaah itu
seandainya kita sama-sama bersatu hati
berpandukan wahyu Ilahi
memenuhi ilmu di hati
kecemerlangan akan sama-sama kita genggami
insyaAllah
itu kisah keberkatan dalam jemaah

bagaimana pula dengan keberkatan daripada ibu bapa dan murobbi? (guru)
'hampir guru itu menjadi seorang rasul'
lihatlah.betapa tingginya darjat seorang guru di sisi Allah
tercalar sedikit jiwa guru itu
bakal mengurangkan semaian rahmat Allah terhadap anak didiknya
dan saya ulangi
menangis seorang guru di sekolah biasa itu mungkin perkara biasa
tetapi
menangis seorang guru di kolej Islam.
adalah sesuatu yang LUAR BIASA
anda semua faham,kan?

jangan lupakan guru-guru yang telah banyak berkorban untuk kecemerlangan kita
bukan sekadar kecemerlangan di dunia
bahkan kecemerlangan dalam menjadi hamba yang setia,di sisiNya
bukan harta yang guru2 itu dambakan dari anak muridnya
tetapi cukuplah sebutir doa dari setiap lubuk doa-doa muridnya
yang membawa mereka hidup dalam ketenangan
sudahkah anda menyelitkan nama guru-guru anda dalam doa anda yang panjangnya hanya bermula dengan 'ya Allah,berilah AKU.....'
seandainya belum,
mulakanlah sekarang.masih belum TERLAMBAT


keberkatan itu bermula daripada sesuatu yang kita anggap remeh.
contohnya sedekah,zakat




keberkatan daripada kita berzakat itu,akan Allah tambahkan lagi harta untuknya
itulah KEBERKATAN


sahabat-sahabat
ada masa terluang ini
janganlah lakukan kebaikan semata-mata untuk mencari keberkatan itu
untuk kepentingan diri semata
untuk kecemerlangan diri semata
tetapi jadikan USAHA kita mencari keberkatan itu
sebagai satu titik permulaan kita
untuk kita berusaha mengecapi nikmat SYUKUR yang SEBENAR
kerana keberkatan itu satu anugerah
ibarat lautan yang diambil airnya banyak sekalipun
tidak akan pernah surut airnya
semoga kita masih lagi dinaungi Allah dengan keberkatan
dan semoga keberkatan yang kita kecapi kini
akan terus mengalir hangat di segenap inci tubuh kita
yang menjadikan kita lebih segar
untuk menjadi hamba yang TAAT pada perintahNya
ya.Yakinlah
keberkatan itu satu ANUGERAH 


'Ya Allah,jadikanlah kami muslim yang cemerlang.izinkan kami CEMERLANG untuk Islam.Izinkan kami dengan kecemerlangan ini dapat kami kekal di jalanMu,yang LURUS.izinkan kami cemerlang keseluruhan,KISAS teratas.ameeen'

waLLAHU A'LAM

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com