Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Saturday, September 3, 2011

merdeka hanya pada BENDERA?

bismiLLAH
dengan nama Tuhan.aku mencoret lagi.
kuharap.dengan tiap bait tulisan ini.mampu menjentik sanubari si pembaca.untuk lebih mentaatiNya.insyaAllah


31 ogos 1957
saat indah bersama
bergetar sanubari jiwa
dek menanti satu saat penuh makna
lafaz MERDEKA
lantas negara berdaulat tercipta

ya.jika kita meninjau waktu itu, betapa peritnya sang pejuang tanah air mengorbankan setiap inci jiwanya untuk menbebaskan tanah melayu dari cengkaman penjajah.yang meratah hasil galian tanah ini dengan penuh lahap.serta menyuntik racun-racun dakyah kuffar hingga berdiri megah gereja-gereja di tanah melayu.
namun
bukan itu menjadi persoalan.negara kita kini berbilang bangsa,agama mahupun budaya.tiada paksaan dalam beragama.tetapi ingat, AGAMA ISLAM ADALAH AGAMA RASMI.mengikut perlembagaan,seWAJIBNYA yang menjadi pemimpin itu adalah yang BERAGAMA ISLAM.ya.ingat ya.agama ISLAM



bukan itu juga persoalannya
tercoret kata-kata di sini.saya melihat.merdeka kini hanya sekadar pada BENDERA jalur gemilang yang dikibarkan.


merdeka kini hanyalah sekadar melaungkan lagu-lagu patriotik
merdeka kini hanya sekadar...pada NAMA -MERDEKA

HAKIKATNYA
jiwa anak watan kini KOSONG
dengan erti merdeka
sahabat-sahabat sekalian.apa ertinya merdeka bagi anda agaknya?
'________________________________________' (isikan tempat kosong ini.dengan penuh makna)

saya terpanggil.untuk menulis ini.kerana saya suka sejarah.
saya tahu.ramai sahabat2 yang tak minat sejarah,kan?
senang nak skor sejarah.belajarlah dengan MATA HATI.
hayati setiap ruh perjuangan orang terdahulu yang memperjuangkan agama,bangsa,dan tanah air
bukan sekadar merebut A+ dalam subjek itu
namun hampa.semangat PERJUANGAN itu langsung TIADA.

SYUKUR
bersyukur itu nikmat TERINDAH.saat Allah mengurniakan keamanan dan kesejahteraan meskipun kita hidup berbilang kaum dan bangsa mahupun agama.tetapi hampa.keamanan yang dikecapi selama ini tiada rasa SYUKUR.

KESANNYA?
keadaan menjadi pecah belah.melayu dahulu KUAT kerana bersatu keseluruhan umatnya atas dasar SATU AQIDAH.kini HANCUR
mengapa?
adakah aqidah yang kita imani masing-masing BERBEZA?
ya.saya tahu.masing-masing berbeza pendapat
namun
jangan biarkan perbezaan pendapat itu menyebabkan kesatuan bangsa yang kita bina selama ini atas dasar AQIDAH..hilang..lenyap begitu sahaja...
(tulisan saya bebas dari bau2 politik yang (....) percayalah.saya tidak menyokong mana2.harap maklum)

inilah pendapat saya,sebagai seorang remaja yang sedang meningkat dewasa,yang melihat BANYAK kepincangan dalam sistem pentadbiran Malaysia kini,kelemahan dari segi pentadbiran,mahupun kelemahan PEMIMPIN itu sendiri.

saya tahu,saya ini hanyalah budak hingusan yang tak mengerti apa-apa tentang pentadbiran negara.namun setelah melihat jauh,saya rasa keadaan seperti sekarang ini dengan pecah belah dan saling melontar fitnah akan mendatangkan kesan buruk terhadap KEDAULATAN negara.

dan mungkin...
keSUCIAN ISLAM juga pudar?
gara-gara lahapnya pemimpin merebut takhta
walaupun zahirnya beriman,berkredibiliti tinggi,dan sebagainya
hilang.HILANG PEJUANG-PEJUANG tanah air
yang sepatutnya BERUSAHA UNTUK menjadikan tanah air kita
bebas..aman dan makmur dengan nikmat IMAN dan ISlam
kini..
semakin pudar...pudar...dek rakus mendabik dada
'akulah pemimpin berkuasa'

wahai insan
pejuangan kita masih jauh
MELAYU BERSATU,ISLAM BERDAULAT
itulah resepi kebangkitan dan kegemilangan umat melayu zaman dahulu
tanah melayu berkembang pesat,orang melayu terkenal,kerana kesatuan mereka terhadap aqidah yang SATU
yang jitu
bangkitnya MELAYU..kerana mereka membangkitkan ISLAM dalam diri

kini?
orang melayu
apa yang kau bangkitkan dalam dirimu?
harta?
takhta?
sedangkan ISLAM kau kecilkan
maka disitulah. KEHANCURAN kesatuan itu berlaku.kehancuran Bangsa.kehancuran AGAMA

teringin sekali
merdeka itu bersama KESATUAN BANGSA
yang berakar daripada kesatuan AGAMA
yang membawa kepada kedaulatan negara
yang tunjangnya daripada Aqidah yang sejahtera
lantas rahmatNya melalui keamanan dan kesejahteraan negara
dapat dirasai di setiap urat nadi jiwa-jiwa MERDEKA
merdeka daripada peperangan NAFSU durjana
merdeka daripada belenggu rakus KUASA
merdeka daripada rantaian dosa noda
merdeka dengan penuh kesyukuran
merdeka dengan nafas iman dan Islam
merdeka itulah yag kuharapkan
agar gegar dunia
dengan sebuah negara yang setiap jiwanya merdeka
BUKAN SEKADAR..
PADA BENDERA!

waLLAHU a'lam



2 comments:

Ariffin Khomeini said...

1. kemerdekaan bermaksud bebas dari penghambaan sesama manusia or anyelse. Hanya Tuhan yg layak disembah

2. Tapi hari manusia sembah pemimpin, sembah duit, sembah artis, and so on. Ini bukan merdeka

khaIRul_UmmAh said...

benar.
itulah perang halus kuffar utk menghancurkan merdeka yg kita bina
jadilah anak watan yang merdeka jiwa
dari segala belenggu kepincangan dunia
thnks 4 ur comment.
jazakallah


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com