Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Friday, September 2, 2011

aidilfitri yang PENUH .......?

bisMiLLAH..
alhamdulillah.lama sudah rasanya tidak mencoret di lembaran ini.semoga kita semua diberkati Allah..
tidak terlupa selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin atas segala kekurangan dan kesalahan yang dilakukan selama ini.kalau ada hutang boleh contact.takut lupaa.halalkan segala apa yang pernah dikongsi bersama..;)



AIDILFITRI

ya.semua bergembira menyambut hari raya.hari kemenangan umat Islam setelah sebulan bertarung dengan nafsu yang mungkin tidak dapat dikawan selama ini.maka dengan adanya tarbiyah ramadhan,mengajar kita mendidik nafsu untuk lebih mentaati Allah.

namun....

realiti hari ini
hari lebaran disambut dengan rantaian dosa
berleluasa konsert hari raya yang katanya untuk bergembira
sama merasai nikmat hari raya
namun bercampur dan bergembira,menyanyi penuh 'MERDU'
saat pada malam tersebut bergema TAKBIR memuji Ilahi?
agaknya mana yang patut kita dahulukan
KONSERT?
atau beramai-ramai bertakbir menyahut kesyukuran diberi hari kemenangan?

jujurnya, x banyak saya habiskan masa raya ini dengan menonton televisyen.banyak jugalah faktornya.
1. ziarah saudara mara dari pagi sampai petang.malam kepenatan
2. wadah yang disediakan dalam televisyen -rancangan-rancangan
3. exam SPM semakin menghampiri

aidilfitri.hari KEMENANGAN yang sepatutnya disambut dengan penuh kesyukuran,keikhlasan dan ketaatan kepada Allah telah dipudarkan dengan halusnya hiburan yang melalaikan.sungguh.lihat sahajalah rancangan-rancangan di televisyen.saya melihat 80% rancangan yang disediakan adalah cerita HANTU, filem-filem yang bagi saya tidak mendatangkan banyak manfaat kepada penonton dan bakal memberi contoh yang tidak baik kepada penonton bawah umur terutamanya kanak-kanak.

MENGAPA?
mengapa harus kita habiskan hari kemenangan ini dengan filem tahyul?
mengapa harus kita habiskan hari kemenangan ini dengan filem ala2 gangster?
mengapa harus kita habiskan hari kemenangan ini dengan konsert2 lagu hari 'raya' ?
mengapa agaknya,ya?

malam-malam raya penuh dengan filem-filem
kosong..hilang..nikmat qiamullail sewaktu ramadhan dahulu
petang raya penuh dengan hiburan melalaikan
kosong...hilang nikmat tadarus al-quran seperti ramadhan dahulu
manakah
manakah hilangnya nikmat ibadah itu?
adakah kita ini menjadi hamba bulan RAMADHAN sahaja?
ataupun hamba yang RABBANI?

PILIHAN terletak di tangan anda
hanya iman yang membisikkan kemakrufan untuk meninggalkan hiburan yang melalaikan itu
dan syaitan akan mengaburkan mata dengan hiburan yang mengasyikkan
PERSOALAN
bisikan manakah yang anda dengari?
dan
bisikan manakah yang anda TURUTI?

isikan tempat kosong ini,dengan penuh KETULUSAN hati

pada tahun 2011 ini.saya mengisi aidilfitri kali ini dengan penuh ___________

muhasabah diri bersama.semoga hari lebaran ini benar-benar merupakan hari KEMENANGAN pada diri kita
waLLAHu a'lam~

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com