Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Saturday, August 20, 2011

ramadhan -tempat TERBAIK mencari kekuatan

bismiLLAH
jari ini masih gagah menaip
agar setiap bait kalimah
membawa kekuatan syahadah



sahabat,
apa khabar iman agaknya?
adakah semakin bertambah gara-gara limpahan pahala yang Allah beri sempena ramadhan ini?
atau kita hanya merasai Ramadhan ini dengan adanya tarawih dan puasa sahaja?

di sini si penulis ingin berkongsikan mengapa Allah memberi dugaan Berat sempena ramadhan.buat insan-insan terpilih yang diuji pada bulan yang mulia ini,ada tercari-cari cahaya hikmah?ayuh kita selidikinya~

si penulis tergerak untuk mencoret ini,kerana penulis sendiri diuji hebat.dengan bermacam-macam perasaan yang hampir terasa tewas.namun,Allah itu Maha Penyayang.itulah sumber kekuatan diri ini.

kadang-kadang,orang yang kita sayang pergi menghadap Ilahi pada waktu ini.
kadang-kadang,kita diuji dengan fitnah yang kita x pernah lakukan pada bulan ini
kadang-kadang kita terasa diri kacau bilau.Mengapa?
sehingga titisan-titisan air mata hamba jatuh ke bumi.tanda masih lagi ada sifat seorang HAMBA dalam diri


sahabat,
seKUAT mana ujian itu,seKUAT itulah akan Dia beri TITIK KEKUATAN dalam diri kita.
itulah hakikat,sahabat
berat mana ujian itu.sebenarnya sangatlah beruntung buat insan yang diuji.
kerana apa?

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

alangkah beruntungnya,buat insan yang diuji...



DALAM sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."

Hadis di atas menjelaskan bahawa Allah SWT memerintahkan malaikatNya yang tidak pernah menderhaka dan tetap melaksanakan apa yang Allah SWT perintahkan kepada mereka untuk melakukan pelbagai ujian dan dugaan terhadap hamba-hambaNya. Dengan dugaan dan ujian ini, diharapkan akan terkeluarlah suara hamba itu. Namun begitu, sekiranya tidak terkeluar suara hamba itu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sesuatu yang tersembunyi dalam hati hambaNya. Sesungguhnya kehidupan ini tidak sunyi daripada kesenangan dan kesusahan, kesukaan dan kedukaan yang silih berganti. Oleh itu, barang sesiapa yang beranggapan kehidupan ini adalah kesenangan, kemewahan semata-mata atau penuh dengan kesukaran dan kesusahan selama-lamanya, itu adalah salah.
Melalui hadis di atas, Allah SWT mengingatkan bahawa kesenangan dan kesusahan itu adalah ujian ke atas hambaNya dan ia adalah sunnatullah. Oleh itu, kehidupan ini dipenuhi dengan ujian dan dugaan daripada Allah. Ini kerana sesuatu yang tidak diuji, tidak akan kelihatan keasliannya. Umpama manusia gagal untuk menentukan emas tulen dengan tiruan. Maka, untuk menentukan emas itu tulen, maka perlulah dinilai ketulenannya. Demikianlah halnya manusia, di mana mereka telah mengaku diri beriman, tentulah Allah SWT akan menguji sejauh mana keimanan mereka terhadapNya 

sahabat..

indahnya aturan Allah untuk Dia berikan kita kasih sayangNya.bukan sekadar tatkala kita gembira itu tanda sifat rahimNya.bahkan saat kita berduka cita itulah sebenarnya cara Dia hantarkan belas Rahmaan dan Rahiimnya kepada hamba yang kembali kepadaNya..

kalau kita tidak diuji,mana mungkin kita dapat mengetahui sejauh mana kualiti amalam kita,bukan?
Firman Allah SWT bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi itu sebagai perhiasan, agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik amal perbuatannya." (QS Al-Kahfi:7-8). Ayat ini menjelaskan bahawa tujuan Allah SWT mendatangkan pelbagai ujian ke atas hambaNya adalah untuk menilai siapakah di antara hamba-hambaNya yang terbaik. Yang terbaik amalnya itulah adalah orang terbaik di sisi Allah. Ujian yang Allah datangkan kepada hamba-Nya tidak hanya berupa kesusahan, kesulitan dan kesakitan semata-mata.

subhanaLLAHH...

ADAKAH ujian iu sekadar kegembiraan??
 "Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (QS al-Anbiya:35).




oleh itu sahabat,apakah ganjaran buat orang yang BERSABAR dalam menghadapi ujian ini??

"Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa." (HR At-Tirmidzi)

subhanaLLAHH...
BERUNTUNGLAH buat insan yang diuji
dan Dia kembali kepada Tuhannya..
saat ramadhan kita temui.carilah kekuatan didalamnya.kerana terbantang luas rahmat,maghfirah,dan sumber kekuatan untuk mengharungi cabaran yang mendatang..

"kuatkan semangat!Allah sentiasa disisi.."
waLLAHU a'lam

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com