Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Friday, July 8, 2011

Sijil Pandangan Manusia....kian hampir!!

bismiLLAH
dengan gagahnya laju menaip
setiap huruf-huruf menjadi kalimat azimat
pembakar semangat

14 SEPTEMBER 2011


tarikh yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar tingkatan 5 di Malaysia.bilamana satu saat diri setiap individu diuji dengan keberkesanan dan penghadaman segala pelajaran yang telah dipelajari sepanjang 2 tahun.Ya,dan dengan yakinnya sekarang pun sudah terasa hangatnya bahang itu.Lantas buku-buku menjadi teman sepanjang hari...

saja-saja penulis mencoretkan post ini.buat peringatan teman-teman dan sahabat-sahabat bersama.


semua mengidamkan 11A+
semua mengimpikan senyuman PALING BAHAGIA daripada kedua ibu bapa tatkala mendapat result spm
semua mahukan scholarship dan Universiti luar negara mahupun dalam negara yang mantap2
ya.saya tahu.semua ada impian dan angan-angan yang panjang.untuk meneroka kehidupan akan datang.

apabila dilihatkan Sijil Pandangan Manusia ini.merupakan satu titik PERMULAAN untuk kita mengecapi lumrah hidup.YA.baru titik PERMULAAN.kerana itulah semua insan berkejar-kejaran untuk melakukan yang terbaik agar titik permulaan hidupnya menjadi baik.inshaAllah.

namun...HAMPA
andai buku menjadi teman
solat dilewatkan
zikir diabaikan
al-quran ditinggalkan kesepian
tahajjud ditinggalkan
subuh diGajahkan
semata-mata kerana BANGUN MALAM
untuk menelaah buku-buku pelajaran

ya,saya akui.menuntut ilmu itu satu JIHAD.dn ia juga adalah satu IBADAH.
namun,mari kita sama-sama BERFIKIR
apakah kita katakan menuntut ilmu itu sebagai IBADAH?
TATKALA...
solat dilewatkan
zikir diabaikan?
dan ibadah-ibadah WAJIB dipandang REMEH?
maka BERDUSTALAH kita
andai kita KONONnya menganggap menuntu ilmu itu sebagai IBADAH
namun MENGASINGKAN ibadah KHUSUS dan lebih mengutamakan ibadah UMUM itu
sungguh rugi...sungguh rugi...

peringatan ini ditujukan KHAS buat diri ini
yang sememangnya selalu leka dan alpa
ditambah lagi dengan dugaan-dugaan yang bertimpa
tapi saya tak mahu itu menjadi satu ALASAN
untuk saya tidak CEMERLANG untuk ISLAM

maka sahabat-sahabat
melihatkan trial exam yang semakin hampir
terutamanya sahabat-sahabat SBP
waktu benar-benar kita di dalam MEDAN PERJUANGAN
di dalam bulan yang MULIA
bulan RAMADHAN

dibimbangi PENYAKIT itu bakal menular
bahkan semakin membarah dan merebak ke serata alam
semata-mata mengejar kemewahan dunia ( A+ yang banyak)
maka kemweahan AKHIRAT yang disediakan KHAS dalam satu bulan itu, DIABAIKAN begitu sahaja.
saya yakin.
perkara ini PASTI berlaku
kerana itu adalah FITRAH
manusia mengejar kemewahan dunia
lantas satu kemewahan AKHIRAT yang sepatutnya kita kejar..
diiarkan BEGITU SAHAJA..
alangkah ruginyaaaa



ya.TIDAK salah kita impikan A+ berderet-deret
supaya dapat scholarship bagus,UNIVERSITI BAGUS
namun alangkah RUGINYA seandainya matlamat kita hanyalah A+
kerana apa?
tahukah kalian
bahawa KEJAYAAN itu adalah satu PERJALANAN HIDUP
bukan MATLAMAT HIDUP yang HAKIKI

ha????
apesal pulak???
bukan ke matlamat hidup orang nak berjaya??
ni silap niiii


baca dahulu.anda akan mengetahuinya.
beginilah.
seandainya kita menjadikan KEJAYAAN itu MATLAMAT hidup.
maka
jika ditakdirkan kita GAGAL?
apakah hidup kita terhenti BEGITU SAHAJA?
hanya kerana kita meletakkan KEJAYAAN itu sebagai MATLAMAT utama??
nak dibandingkan seandainya kita jadikan kejayaan itu satu PERJALANAN HIDUP yang HARUS kita capai
tatkala kita menemui KEGAGALAN,
kita masih adala RUANG dan LALUAN untuk berjaya,bukan?
kerana kejayaan itu bukan semata-mata MATLAMAT UTAMA KITA
bahkan
matlamat sebenarnya
adalah  REDHANYA





ya.saya tahu
kadang-kadang sangatlah SUSAH untuk kita niatkan kita menuntut ilmu ini untuk mencari REDHANYA,nit kerana ALLAH.
sudah ada beberapa sahabat mengadu kepada saya hal ini.



sahabat
jangan kaburkan pandanganmu dengan nikmat dunia SEMATA-MATA
kerana nikmat SEBENAR yang patut kita IDAM-IDAMKAN ialah di SANA
hidup dunia ini hanyalah satu PERJALANAN MUSAFIR
kita juga harus BERUSAHA keras mencari bekalan kita ke SANA

macamane kite nak niatkan belajar kerana Allah??
bukanke orang biase blaja ni sbb nak kejar straight A,pi oversea..keje begus2..



sahabat,
kita muslim kan?
tidak salah kita pandukan tujuan kita menuntu ilmu ini mengikut cara ISLAM
sebagaimana Islam itu adalah Cara hidup
waktu ini lah sebenarnya cara untuk kita praktikkan Islam tersebut
bagaimana?

1. IKHLASkan dirimu
2. NIAT kan kerana Allah
3. RANTAIKAN niat anda.bagaimana??
 4. bergantung harap kepada Allah setelah BERUSAHA
 ingat sahabat2, Allah jua yang mengizinkan untuk kita mengingati pelajaran yg kita telah pelajari..

- nak belajar sungguh-sungguh,nak bantu sambung perjuangan RASULULLAH


 "tapi kalo nak amek subjek sains,tu bantu perjuangan nabi gak ke?nabi kan bawak Islam je?so orang yg amek medic,engineering tu x sambung perjuangan nabi la?"
tidak terlalu melampau saya katakan,kita menuntut ilmu apa sahaja selagi tidak bertentangan dengan syariat itu SEBENARNYA kita membantu perjuangan rasulullah s.a.w.



MENGAPA?

kerana akhir zaman inilah kita mahukan mukmin-mukmin yang BERKUALITI.bukan sekadar hebat ilmu agamanya bahkan juga mahir dalam ilmu-ilmu sains.ZAMAN inilah kita mahu membangkitkan kembali ruh hammasah (semangat) cendekiawan-cendekiawan Islam terdahulu, al-razi , ibnu sina dan ramai lagi cedekiawan Islam.kita melihat dahulu kegemilangan Islam pada zaman bani abbasiyah yang gilang-gemilang serta semua bidang ilmu dipelopori oleh cendekiawan Islam.bahkan orang Eropah datang menuntut ilmu dengan cendekiawan Islam tersebut.itu DAHULU

KINI?

siapa yang menguasai bidang ilmu sains?sejarah?falsafah?
bahkan bidang AGAMA ISLAM pun kini sudah mula dipelopori oleh orang yang bukan ISLAM,iaitu golongan ORIENTALIS.


SEJARAH ORIENTALISME
Orientalisme yang menyerang ummah ini datang dalam gelombang yang berbeza-beza.
Peringkat pertama bermula sejak barat mula mengenali Islam dan tamadunnya di Andalusia. Rasa kagum dan irihati yang memuncak terhadap keunggulan tamadun Islam membuatkan mereka merancang untuk melemahkan pengikutnya.
Peringkat kedua berlaku semasa peperangan salibiyah di mana setelah mereka gagal menyerang dan menakluki Palestin, mereka kembali berundur membuat persiapan dan strategi baru. Mungkinkah penggunaan senjata kurang berkesan?
Ada beberapa sebab mengapa jahiliyah barat membentuk barisan orientalisme ini setelah melihat kemajuan yang dibawa oleh Islam ke dalam masyarakat yang semakin luhur peribadi mereka. Kebimbangan pengaruh Islam terhadap tamadun barat Kristian memaksa mereka memikirkan strategi yang lebih berkesan untuk membentengi kemaraan fikrah Islamiyah ke benua Eropah dan Asia. 
siapakah orientalis?
mereka adalah orang bukan ISLAM yang mendalami,mempelajari serta MENGUASAI bidang agama ISLAM.usuluddin,syariah dll.namun Allah tidak meletakkan hidayah itu milik mereka.mereka hanya mendalami tanpa meyakini Allah itu pencipta.BAHKAN mereka mendalami ilmu agama Islam ini untuk MENJATUHKAN sendiri umat Islam kini.
di manakah muslimin?di manakah mukminiin?
HILANGKAH MEREKA semua?
mengapakah begitu LESU umat Islam kini untuk menuntut ILMU?
maka BANGKITLAH WAHAI GENERASI AKHIR ZAMAN

BANGKITKANLAH RUH SEMANGAT CENDEKIAWAN ISLAM TERDAHULU DALAM MENDALAMI ILMU-ILMU YANG ADA 
AGAR AKAR ILMU YANG KITA ADA ITU KUKUH,TAKKAN GOYAH DAN RAPUH
DEK ribut dunia yang fana
sahabat,
sampai bila kita mahu melihat Islam ditindas?
bukan sahaja ditindas fizikal
bahkan mentaliti, penindasan dari sudut ilmu pengetahuan, dan sebagainya
ayuh,bangkitlah kembali
cambahkan niat kita menuntut ilmu ini
untuk cemerlang
ya.cemerlang untuk ISLAM
ad-deen yang meresapi jiwa kita.SELURUHNYA
CEMERLANG UNTUK ISLAM!


P/S-doakan si penulis tabah,kuat semangat dan sabar dalam menuntut ilmu.keadaan kesihatan yang sering menziarahi diri ini.doakan diberikan kekuatan dalaman yang luar biasa.jazakumuLLAH KHEIR kathiiran buat semua yang sentiasa menyokong dan membantu si penulis.moga Allah merahmati kalian semua.


waLLAHU a'lam

3 comments:

CAHAYA_iftitah... said...

sangat menjentik iman sbnrnyer..sangat suke post ni.moganya sampai ke sudut hati yg paling dalam..

khaIRul_UmmAh said...

inshaAllah...sama2 kita berjuang dan tidak putus berdoa :).jzzk~

Doktor Muhami said...

Alhamdulillah..Betapa tersentuh diri saya nie..
Lagipun tahun nie saya amik SPM..
Insya-Allah,akan saya tarbiyahkan diri ini untuk lebih mendekati-Nya..


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com